Saturday, September 24, 2011

Menu Tengahari Emmm Rendang Ayam AyuFAB

... Emmm fikir-fikir nak masak apa ye... tekak nie teringin pulak masak rendang ayam.... anakku Syah dan Akir boleh makan so senang cerita .... aku tambah dengan sambal tumis udang dan nasi empit...wah... macam sedap je... cuti cuti nie... sesekali kena masak juga ... hubby dah mula sound .. ashik makan masakkan orang lain..je... dapur pun tak berasap... bawang semuanya dah busuk... hahah  bilalah  agaknya dapur nak berasap....    haha... nie mulalah tunjuk rajin sikit...

Aku bukan apa jemputan rumah terbuka tak henti-henti... tu yang tak masak . Oleh kerana hero aku tak nak ikut nie yang kena masak juga.... senang sikit hati bila tinggalkan mereka kat rumah... apa pun  nak tak resepinya....

Jom intai ....

 
bahan-bahannya
1 ekor ayam basuh dan masukkan dalam kuali

bahan A
15 tangkai lada kering
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
bawang bawang merah 6 biji
bawang putih 3 ulas
serai 2 @ 3 batang
kerisik agak aje...
kalau nak pedas letaklah 10 biji cili padi

bahan perasanya
sedikit garam, gula dan asam gelugor (kalau tak de letak je air asam jawa)
Santan cair dalam 1 mangkuk
1 mangkuk santan pekat
daun kunyit di hiris (ikut suka)

Bahan A diblender semuanya, masukkan dalam kuali yang ada ayam tadi  (tiada periuk besar yg ada kuali besar pemberian ibuku) dan santan cair masak  dengan api yang sederhana

masak hingga kuah pekat baru masukkan perasa dan asam gelugor..
kacau lagi jangan sampai hangus... atau jangan sampai ayam hancur pulak ... masak rendang ayam ini jangan banyak sangat santan cairnya ... takut ayam hancur .. baru masukkan kerisik ... kacau lagi   dan akhir sekali masuk 2 atau 3 senduk santan pekat .... biarkan  (sesekali kacau ya.. )hingga  masak dan pekat ... rasalah dulu... kalau kurang tambahlah apa yang patut... masukkan hirisan daun kunyit ... ada orang suka letak daun limau purut emm ikut sukalah ya.... bolehlah dihindangkan...jom tengok gambarnya...

Rendang Ayam Ayu FAB...



Maaf ya...  gambar kurang terang...

Friday, September 16, 2011

Suasana di pagi raya

Sesi bersalaman  ...... masa nie paling seronok..... sayang ramai yang tak de.. kalau tak lagi best gila... masa bersalam tu.. anak saudarku yang umur 3 tahun pelik... eee katanya kakak nanggis... buatkan semua orang ketawa tak jadi sedih.... adam...... nanti aku tunjuk gambarnya...



Mohd Anuarudin n Haslina Family

Mohd Saiful family


familyku....

aku bersama hubby...

Bonda dan ayahda tercinta... macam pengantin kan

Gambar kat kampung Pontian





Nie gambar adam dan adiknya nakal sungguh..
nie Adam mukhlis

ni   Mai..






    
    



 

Gambar2 Raya 2011

Gambar kek hasil tanganku untuk pagi raya


Gambar ketupat aku bukan pandai isi sangat yang pakar anak perempuanku.. setiap tahun dialah kena mengisinya..
nie acah je... konon dah siap masak









 Gamabar  


 
 
    

Ayu Harlina

Sunday, September 11, 2011

Ungkapan

Sesekali kita perlu DERITA, untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS
untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu  TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI....


Sambil membaca mutiara kata sambil tagkan gambar kek ini...





Kek tempahan kawan hubby ...
sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyingkapnya
dengan syukur, sabar dan tawakkal serta mampu mengambil hikmah
dari setiap kejadian..semoga kita makin tabah dengan apa yang mendatang...


Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Yang menjadikan sia-sia itu adalah akal yang tidak mahu berfikir dan mengambil pengajaran serta hikmah di atas apa yang berlaku...

Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepada anda , maka tidak mustahil dia juga akan membawa berita tentang diri anda kepada orang lain. ....berhati2lah dalam memilih kawan.....

Ku pinjaman dari kata-kata nasihat dari Prof Wan Zukkifli....

Padamu ku bersujud lirik lagu Afgan

Entah kenapa aku suka mendengar lagu ini . Banyak menginsafkan aku yang selama ini leka dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab ku padanya...... . Banyak peristiwa yang berlaku pada tahun 2011 yang kadang-kadang aku tak mampu untuk melawannya....  namun aku bersyukur kerana ia telah mendekatkan aku dengan nya .... Ya Allah sesungguhnya ... kau yang maha mengetahui tentang apa yang berlaku ... Sesungguhnya perancanganmu amat sempurna dan kalau kau dah tentukan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengelakkannya... Amin...


Ini Gambar famili ku raya tahun 2011.......



ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
pada-MU