Friday, December 31, 2010

Roti Yaamm Yamm


Roti Pintal Bulat


Roti Hot Dog 


Salam.. sudah 3 kali mencuba resepi yang dibagi oleh rakan-rakan di KR masih tak menjadi.. mungkin inilah akibat aku menderhaka pada tok guru...Tapi aku jenis orang yang tak putus asa akhirnya menjadi juga ... so bila dah siap masuk ke mulut anak2 dan Hubby sedap katanya.... ooooo heheheh   lalalala tak payah g kedai beli roti, hasil tangan orang melayu dan halal. Sebenarnya aku dah menderhaka pada resipim yh KR bagi.  Aku ikut cara  kak nah... mana akak lama tak jumpa katanya ada kat Terengganu... Kalau akak datang JB carilah kami ... Saya dan Mak Okid masih dirumah lama rindu kat akak... Resepi Kak Nah memang sedap selalu mendapat pujian dan tempahan dari rakan2 (kini dah lama tak ambil tempahan)... walaupun dan 2 hari masih lembut dan sedap.. Apa pun kini aku dan ada koleksi Roti....

Jom tengok Resepinya:


Bahan A
11 g yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum 
1/2 cawan air suam
(campurkan semua n biarkan naik)
Bahan B
2 sudu menterga/majerin dicairkan
2 sudu softening 


Bahan C
3  cawan tepung gandum
Bahan D
1 cawan saya kurangkan tak nak manis sangat
1/2 cawan air panas
(tuang air panas dengan gula kacau biar gula cair)
Bahan E
1/2 cawan susu segar biarkan dalam keadaan suam (jgn habiskan)


cara membuatnya


1. Bahan A , C an D di campurkan
2. 3 cawan tepung tadi dimasukkan dalam bekas dan buat lubang tengah

yang kunig tu Chicken froos (betul ke eja)

3. masukkan 2 sudu mentega tadi dan softening dan gaul rata 
4. masukkan bahan ABC dalam tepung hingga habis 
5. masukkan susu segar yang suam tadi uli lagi.....sekiranya melekit boleh tambahkan sedikit mentega @ letak kat tapak tangan... uli hingga tepung tadi tak melekit atau adunan nampak licin dan sekata (adunan adalah lembik sedikit)
6.  perap hingga naik
7. Bila dah naik uli sekejap dan buat bulat-bulatkan atau buat seperti gambar diatas 
8. biarkan naik lagi dalam 30 - 40 minit bila naik 
    bakar suhu 180 C 


Emmm siap....


Loyang di sapu dengan mentega agar tidak melekat...


 selamat mencuba.....


Resepi kak na aku bagi kemdian.... Haha.