Sunday, July 29, 2012

Puding Coktail

Teringin nak buat puding nie... boleh juga bagi pada jiran-jiran sebelah rumah untuk berbuka... Kebetulan masa hari pertama berbuka puasa tak puas makan nie yang buat lagi. Pulak hari cuti  adalah juga masa nak buat. Puding nie versi Dapur Ayuharlina hahha... Tapi anak-sanakku tak suka makan... maka aku dan hubby je yang tukang pehabisnya.

Nasib baik guru tution anakku datang dapatlah dia rasa semangkuk puding dan di bawa bekal untuk bersahur nanti

Nak tengok rupa puding ku... Jom

Bahan-bahannya

2 cawan tepung kastard.. ( kalau buat banyak tambah lah tepung ikut sukatan cawan )
6 cawan air ( 1 tepung kastard sama dengan 3 cawan air)
1 senduk gula
sedikt vanila
sedikit garam
2 sudu susu cair (tak letak tak pe)
ini untuk puding

Untuk Kuah

1 tin Coktail
1 cawan air
2 tin susu cair
2 senduk gula ikut sendiri kalau nak manis tambah lah lagi
1 sudu vanilla
2 sudu tepung kastad (dikacu dengan sedikit air)

masak air bersama gula bila gula dah hancur masukkan susu cair kacau lagi kemudian masukkan buah-buahan coktail, vanilla dan tepung kastard tadi... kacau  lagi jangan sampai mengelegak  ... so siap dihiodangkan .

Saya suka disejukkan dalam peti sejuk sedap bila dimakan..

CUBALAH



Roti Puri

Roti Puri   anak bongsu ku sibuk nak makan roti puri nie... Oleh kerana minggu ini rumah abangku punya giliran untuk berbuka.. maka aku bercadang nak buat roti.. nie dengan kari ayam... Bila ramai2 sedap sikit makan.... anak yang lain tak suka ... hubby pun tak suka... Ini adalah masalah aku bila memasak anak-anak tak gemar nak makan sangat ... 


Jom intai resepinya




Bahan-bahannya:




-2 cwan tepung gandum 
-1 sudu besar  yis mauripan 
-1/2 sudu kecil garam * 
-3 sudu makan minyak masak * 
-40-50ml air /1/2 cawan air 
-minyak utk mengoreng 


Cara-cara 


1. satukan tepung gandum, yis dan gara
3. masukkan minyak dan air sedikit dei sedikit... gaul hingga adunan sebati atau tidak lekat ditangan.
4. Biarkan doh dalam 20 minit
5. pastu buat bulat-bulat dan leperkan 
6. Bolehlah goreng..

Goreng dengan menggunakan api yang sederhana @ minyak jangan terlalu panas atau panas sangat.. kena pandai main api... masa menggoreng tu... simbahkan minayk keatas roti tadi .. baru mengelembong nya cantikkk cubalah..


Ada yang gelembung ada yang tak... tapi feed back yang diterima sedap....,,,