Monday, February 6, 2012

Dah lama nak buat Rojak nie.... Aku gelar Asma Rojak... tapi syarat tak cukup ... so mana yg ada je... Semalam pergi pasar malam... jumpa keledek merah. ... apa lagi memang dah lama cari teringin nak buat kuah rojak asma... . Aku memang suka makan apa saja jenis rojak... tak makan nasi pun tak pe... So pagi pergi kedai Ache depan rumah cari apa yang patut balik terus buat...emmmm rasanya tidak mengecewakan sedap juga... rasa lema-lemak manis keledek tu memang sedap... campur dengan kacang hancur...letak sedikit cili giling (blender) ... masak atas dapur tambah je perasa... gula,... garam.... masak hingga pekat... jgn pekat sangat agak-agak ya.....siap...
Nie gambar dah siap dituang dengan kuah keledek ... sedap juga... Nie aku sharekan resepinya.... 3 biji kledek rebus dan lencek lencekkan biar hancur blh blender je... cili giling ( letaklah bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan tak nak tak pe) agak-agak sendiri sukatannya kacang hancur atau boleh goreng dan tumbuk sendiri letaklah garam, gula . air bila bila kuahnya pekat sangat campur semua bahan tadi dan masak atas dapur kacau hingga agak-agak pekat ... sejukkan boleh di hidang dengan timun, telor rebus yang digoreng, tahu goreng, tempe goreng...daun salad... kentang rebus... jemput2 tepung, hot dog (dogoreng) isi ketam digoren dgn tepung dll ikut kretiviti masing... Boleh dihidang ... jemput makan

TALAM TOKYO

Musim cuti-cuti nie cuba menambahkan skill yang memang tak tajam nie... Intai-intai so nak cuba buat TALAM TOKYO...aku dan Hubby suka masalahnya si abang dan si adik emmm apa mak buat nie.....Ini masalah paling besar anak-anak tak suka makan kuih melayu... tapi tak pe... kalau ada lebih bagi je kat jiran2 sebelah rumah.... Aku dah lama nak belajar buat Talam Tokyo nie... ashik je tak jadi nie nak mencuba resepi dari Kama ... wah hasilnya tidak mengecewakan .... sedap juga bolehlah untuk makan2 sendiri... Apa lagi... Jom.... Intai.... Terima kasih ya Dapur Kama... akak tet je resepinya.... harap halalkan...
TALAM TOKYO Bahan-bahan Lapisan bawah: 200gm sagu biji 50gm kecil suhun -rendam hingga lembut 1/2 cawan kelapa parut-ambil putih sahaja 1/2 cawan santan pekat 1 sudu teh garam sedikit pewarna merah Lapisan atas: 4 biji telur 1 cawan gula pasir 2 1/4 cawan santan 6 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar tepung kastad sedikit pewarna hijau dan kuning SAIZ LOYANG 8'X8' Cara-cara 1.Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak. 2. Untuk membuat lapisan bawah,rendam sagu biji dan tus kan.campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit. 3. Apabila lapisan bawah sudah masak,tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat.sama kaedahnya dengan kuih serimuka. 4. Untuk lapisan atas pula,campurkan kesemua bahan dan kacau rata supaya tak bergentel.tapi kalau nak lebih mudah blender aje.lebih halus... 5. bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian di warnakan kuning dan satu lagi di warnakan hijau.kalau nak bagi warna hijau tu cantik campurkan sedikit warna kuning. 6. Kukus lapisan yang berwarna kuning dahulu selama 10 minit.kukus dengan api sederhana. 7. Bila lapisan kedua sudah masak masukkan lapisan yang bewarna hijau.sebelum tu lorekkan sikit dengan garfu supaya lapisan yang hijau tu melekat kat lapisan yang kuning Kukus hingga masak. selalunya setiap lapisan ambil masa lebih kurang 10 minit jer. Jangan lupa alas penutup kukus dengan kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh kat kuih.nanti tak cantik pulak kuih talam tu.tapi saya guna aluminium foil jer.boleh juga... Serimuka dan talam adalah makan kesukaan saya dan suami nie baru cuba-cuba nak buat...