Monday, February 6, 2012

TALAM TOKYO

Musim cuti-cuti nie cuba menambahkan skill yang memang tak tajam nie... Intai-intai so nak cuba buat TALAM TOKYO...aku dan Hubby suka masalahnya si abang dan si adik emmm apa mak buat nie.....Ini masalah paling besar anak-anak tak suka makan kuih melayu... tapi tak pe... kalau ada lebih bagi je kat jiran2 sebelah rumah.... Aku dah lama nak belajar buat Talam Tokyo nie... ashik je tak jadi nie nak mencuba resepi dari Kama ... wah hasilnya tidak mengecewakan .... sedap juga bolehlah untuk makan2 sendiri... Apa lagi... Jom.... Intai.... Terima kasih ya Dapur Kama... akak tet je resepinya.... harap halalkan...
TALAM TOKYO Bahan-bahan Lapisan bawah: 200gm sagu biji 50gm kecil suhun -rendam hingga lembut 1/2 cawan kelapa parut-ambil putih sahaja 1/2 cawan santan pekat 1 sudu teh garam sedikit pewarna merah Lapisan atas: 4 biji telur 1 cawan gula pasir 2 1/4 cawan santan 6 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar tepung kastad sedikit pewarna hijau dan kuning SAIZ LOYANG 8'X8' Cara-cara 1.Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak. 2. Untuk membuat lapisan bawah,rendam sagu biji dan tus kan.campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit. 3. Apabila lapisan bawah sudah masak,tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat.sama kaedahnya dengan kuih serimuka. 4. Untuk lapisan atas pula,campurkan kesemua bahan dan kacau rata supaya tak bergentel.tapi kalau nak lebih mudah blender aje.lebih halus... 5. bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian di warnakan kuning dan satu lagi di warnakan hijau.kalau nak bagi warna hijau tu cantik campurkan sedikit warna kuning. 6. Kukus lapisan yang berwarna kuning dahulu selama 10 minit.kukus dengan api sederhana. 7. Bila lapisan kedua sudah masak masukkan lapisan yang bewarna hijau.sebelum tu lorekkan sikit dengan garfu supaya lapisan yang hijau tu melekat kat lapisan yang kuning Kukus hingga masak. selalunya setiap lapisan ambil masa lebih kurang 10 minit jer. Jangan lupa alas penutup kukus dengan kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh kat kuih.nanti tak cantik pulak kuih talam tu.tapi saya guna aluminium foil jer.boleh juga... Serimuka dan talam adalah makan kesukaan saya dan suami nie baru cuba-cuba nak buat...

No comments: