Tuesday, December 21, 2010
Ikan Masak Gulai Nanas Rebus
Santapan malam nie... aku masak ikan masak gulai nanas rebus, tom ayam... kegemaran si kecil jemu dah... 4 ari seminggu mesti ada masak tomyam ayam..., tahu goreng cicah sambal kicap, kobis goreng dgn cendawan.. sambal tumis ayam..... aku nak perkenalkan Resepi di atas...
Bahannya
3 ekor ikan... (Ikan Gelama Atau Ikan Sela Kuning ikut ye..) basuh n toskan
Lada kering 10 tangkai
1 biji lada merah
5 biji bawang kecil
2 bijih bawang putih
sedikit halia
sedikit belacan (optional)
(blender semua bahan tadi kecuali ikan ye..... )
Nanas ikut banyak mana nak letak ....
asam jawa
garam
gula
kunyit
Bunga kantan (optional) kalau suka letak
Cara 2nya
1. sediakan periuk
2. masukkan air ikut dalam periuk (saiz) sedang
3. masukkan nanas dan bunga kantan
4. masukkan rempah yg diblender tadi
5. masak atas dapur
6. Biar mengelegak, masukkan air asam, garam, gula dan kunyit
7. bila sebati boleh tutup n hidangkan
Rasalah dulu.... kalau kurang perasa cubalah tambah apa yang patut sebab saya bukan pakar ....
Label:
Lauk pauk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment