Yang warna merah tu adalah acuan nya..
emakku sibuk minta tolong buat kan kuih untuk bagi pada rakan yang nak menikahkan anak pada hari nie... Aku pun fikir apa nak buat ..... last-last teringat kuih apam comel ha....ha apa lg... buat pun senang bahan pun ada... inti kelapa pun ada... apa lagi bancuh lah.....
Jom share Resepinya...
Bahan2nya
3 biji telur
275 tepung kek @ tepung gandum
250 gula halus
150 susu segar
1 sudu kecil baking powder
1 sud kecil ovellete
Cara membuatnya
Pukul semua bahan hingga kembang lebih kurang 10 minit dan bahagikan kepada 3 warna (ikut sukalah ya)
dam masukkan dalam piping beg.
Sediakan paper cup dan piping separuh dan masukkan inti kelapa tadi dan piping lagi buat hingga habis.
Kukus selama 10 minit.
dah boleh dihidang ..
Inti Kelapa
1/2 biji kelapa parut
1/2 nmagkuk kecil gula melaka
1 sudu tepung jagung
1sudu air
daun pandan
masak atas dapur kesemuanya. bila dan sebati sejukkan.
No comments:
Post a Comment