Wednesday, October 10, 2012

Kek Mable Susu



Sambil menemani anakku membelek-belek buku untuk peperiksaan esok aku terlebih rajin menyimpan resepi dari rakan di FB lepas satu2 resepi yang ku ambil dan simpan kat  blogku... Ini juga merupakan hobiku... semenjak setahun dua tahun nie... hahahha... Bukannya apa bila nak mencari resepi atau teringin nak makan senang sikit nak mencari bila aku simpan dalam blog sendiri... Kekadang aku rasa blogku umpama buku resepiku... yang boleh dikongsikan  bersama teman2 yang lain..... ini salah satu dari resepi tu... 

 AHAHHA INI BUKAN HASIL AIR TANGANKU.. tapi air tangan orang lain.....





September 5 

Mai Share ReCipe -5/9/12

Hidangan:
Liza Razalli
~kek marble susu jamilah yatie..nilah hasilnyer

Sumber resepi: Jamilah Yatie..

KEK MARBLE SUSU ~Liza Razalli

Bahan-bahan : 
250gm butter atau boleh guna majerin 
200gm gula caster
2 camca teh ovalette 
4 biji telur 
270gm superfine flour 
1 camca teh baking powder 
60gm susu pekat 
2 sudu besar serbuk koko 
2 sudu besar susu segar 
1 camca teh chocolate emulso 

Cara-cara : 
1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan. 
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim. 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan. 
4. Masukkan susu pekat dan susu segar putar sebati.
5. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja, 
satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco 
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak. 
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara 
dua adunan sehingga habis. 
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.susu

No comments: