Saturday, November 17, 2012

Steam Buttercream

Akhirnya dapat juga aku mencuba dan melaksanakan impianku untuk belajar buat steam buttercream... puas cari,,, intai buat akhirnya aku boleh dikatakan berjaya 40% melepa kek dengan mengunakan teknik steam buttercream...

nak pergi kelas tp memandangkan akhir tahun nie nak pakai banyak RM maka hajat tu dibatalkan je.... insyakallah kalau onkosnya dan pulih semula aku nak juga pergi kelas ini... biar dapat tenik yang betul...

Sebenarnya aku dapat resepi ini dari blog masam manis  iaitu azlita aziz dan aku sokodeng blog Juicy Cake terima kasih ya telah menunjukkan cara membuatnya  dan resepinya sekali...jelas dan terang jom saya sharelah apa yang telah saya buat berpandukan cara azlita 

Steam Buttercream 


500 gm krimwell
250 gm shortening
50 gm butter
250 gm gula aising ~ di ayak

Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa memukul 5-7 minitBoleh tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.


ok kita mula melepanya.. boleh ya azlita saya ambil dan taqkan kat sini... sangat terang dan jelas peneranganya... harap dihalalkan...

Sapukan buttecream pada kek nipis sahaja. Pastikan sebelum kita sapukan kek, kita bulatkan semua  bucu dan penjuru kek. Ini adalah untuk memudahkan cream tu mengalir dengan licin. Letakkan kek atas redai dan alas dasar redai dengan loyang. Ini bertujuan, apabila kita tuangkan buttercream ia akan mengalir ke bawah dan lebihan buttercream akan terkumpul di dalam loyang. 


Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat steam buttercream. Tapi sebelum itu, pastikan loyang yang berisi kek di letakkan betul-betul berhampiran dapur. Ini adalah kerana mudah untuk kita tuangkan buttercream yang dah mencair atas kek dengan kadar segera.

ini cara azlita 

Masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. Air jangan banyak ini sekadar untuk memanaskan bekas dan mencairkan buttercream sahaja. 
Masukkan buttercream tadi kedalam bekas plastik yang tahan panas. Jangan guna bekas stainless steel kerana stainless steel pengalir haba yang baik dan akan mempercepatkan buttercream mencair. Kita tidak mahu buttercream itu terlalu cair. 
Bila air sudah mendidih, kecilkan api segera. Masukkan bekas plastik tadi ke dalam kuali. 
Gunakan kitchen glove untuk memegang bekas, bagi mengelakkan kemalangan.
Pastikan anda sentiasa mengacau buttercream. Gunakan spatula untuk mengacau.


Buttercream akan mula mencair, angkat keluar daripada kuali dan teruskan mengacau hingga rata.

Kemudian masukkan semula dalam kuali dan kacau lagi. Lakukan kaedah keluar masuk - keluar masuk kuali hingga adunan sedikit  mencair tak pekat tapi likat.. 


boleh ya azlita saya sharekan gambar nya... susah nak ambil gambar masa buat nie... maklumlah budak baru belajar..



Beginilah rupanya bila adunan buttercream itu telah mencair



Segera tuangkan adunan atas kek tuang rata-rata hingga menyaluti seluruh kek.
Hentak-hentakkan loyang, agar adunan itu mengalir licin dan lebihan buttercream segera mengalir ke bawah. 
Ini juga bagi mendapatkan permukaan kek yang licin.
. Ia akan mencacatkan adunan buttercream itu nanti. jangan gunakan spatula atau nak meratkan sendiri nanti mencacatkan permukaan kek itu. Masukkan dalam peti sejuk biar dia mengeras 

ok boleh deko

ini kek yang telah di buat oleh azlita cantikkan

ini kek saya pulak... bolehlah untuk percubaan...



deco yang teruk... mula-mula tak nak letak warna merah tu tp.. sayang pulak banyak lebih adunannya... so letak jelah..


Kalau nak lebih jelas sila layari blog  Azlita Aziz...


Selamat Mencuba......

No comments: