Saturday, March 12, 2011

Resepi Pitachios Cheese Cake



Bahannya

Vannila sponge (5)
Cooking Base
Cruncy Layer
pistachios Creamy (7)
Cheese Filing
Pistachio Cheese

Cooking Base (1)

100 gms Choclate Cookies (Biscuit Marie)
70gms Buttermas (melted)
30 gm kismis
mix together

Crunchy Layer  (3)

30 gms White cooking choclate
10 gm Buttermas melted
15gm Walnut (chopped) 

campurkan  white choclate and buttermas bila dan cair kemudian maskukan walnut dalam mixer tadi
kacau rata tuangkan atas kertas minyak dan ratakan masukkan dala peti sejuk (semasa di lapisan 4 kena patahkan dan susun di lapisan tersebut)

Pistachio Creamy (4)
70 gm white choclate
100 UHT cream
30 gm Pistachio paste

masak secara double boiler  white choclate pour UHT and pistachio paste

Cheese Filing (2)
80 gms chese cake
80 gm Golden Peak (Freash Cream)
200 gms UHT Whiping Cream
mix well together 

Pitachio Cheese Filing (6)
200 gm Cheese Filing
Pistachio Creamy
mix together 

Assembling

lapisan  1 is Cooking Base 
lapisan  2 Cheese Filing
lapisan  3 Crunchy layer keluarkan dari peti sejuk  ( patahkan dalam saiz sedang) tabur saja atas cheese kek) - layer 2
lapisan  4 Pistachios creamy - just tuang je..
lpisan  5 vanilla sponge
lapisan  6 pistachios cheese filling
lapsan 7 pistachios Cream (optional)
sejukkan dalam 1 atau 2 jam 
keluarkan hiaslah semasa menghias jangan lupa sapu dengan deco jel dulu ..... 

Selamat mencuba ...... sorylah bahasa campur campur ...

Kelas Cheese Kek






PISTACHIOS CHEESE



DENGAR PENERANGAN...


CHOCOLATE HAZELNUT CAKE





Blueberry Cheese Kek ............ rasa sedap 



Kek Hazelnut ...... 


Ini adalah hasil gubahan  Chef masa aku pergi belajar .....


Salam hari nie aku semangat nak pergi kelas Cheese kek haha.... di C Siang Taman Uda ...berbagai-bagai Cheese dia ajar semuanya tak payah bakar masuk peti sejuk je... dan dia ajar macamna dan deko...Seronok sungguh .... . Nanati balik aku nak cuba buat.... . Tapi kena beli bahan-bahannya.... wah... teruja sungguh.. hasilnya amat memuaskan hatiku dan rakan-rakan yang lain cantikkan

Jom Lihat bahan2nya...

Cheese Cake Blueberry 

Vanilla Sponge kek dah dipotong 5mm
Cookies base
Cheese Filing
Fruit Gel (deco gel)

Untuk buat Cookies Base (A)

100 gm biskut marie ang kosong (takde minyak) hancurkan
70gm butter mas (apa butter pun boleh) cairkan
30 kismis sulatanah

bila mentega dah cair masukkan biskut marie dan kismis gaul rata
tuang dalam acuan  dan tekan dalam acuan saiz 7 "
ketepikan

Untuk buat
Cheese Filling (b)


70gm  Cheese Cake Mix
70 gm Glden Peak  (Feash Cream)
200 gm UHT Whipping Cream

campurkan semuanya dalam mixer hingga sebati dan pekat (lembut)

Untuk menyediakan kek

1. untuk lapisan pertama kita dah letakkan cookies base tadi dalam acuan 7" tadi
2. untuk lapisan kedua kita letakkan Cheese Filing tadi dalam 5 mm
3. untuk lapisan ketiga kita letakkan sponge kek yang dipotong 5mm
4. untuk lapisan ke empat letak lagi cheese filing 5mm lagi
5. sapukan atas dengan deko gel
6. lettakkan bluberry filling
Simpan dalam peti sejuk dalam 1 @ 2 jam
keluar kan dan hias

p/s semasa  hendak memgeluarkan kek ini acuan hendaklah di panaskan dengan api sekeliling agar mudah dikeluarkan ...

Selamat mencuba.

Thursday, March 10, 2011

Kek Muffin





Salam.....  malam nie aku cuba buat Muffin kek .... ada kawan minta tolong buatkan... asalnya tak nak buat ...Tapi tak sampai hati pulak.... so lepas balik dari Bengkel payroll dan HR aku balik ambil si adik (anak bongsu) ku... kononnya nak g makan dulu sbb Hubby g KL tapi... tiba2 Hubby dah sampai kat Rumah...hahahah cancel nak makan .... Balik sembahyang ... n baru g makan..... alamak teringat ada kawan nak tolong buatkan kek muffin... so inilah hasilnya... sebenarnya aku ada pergi kelas belajar buat muffin tapi teringin pulak nak cuba buat Muffin dari Resepi Badariah... Apa pun terima kasih ya Badar menjadi juga mufffin nie... malam ini je dah habis 5 biji..... maklumlah panas-panas.... Sini aku sharekan resepinya..... pada Kan Ros terima kasih ye.... maaf kalau tak sedap...




Bahannya


1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 kecil bicabonate soda (saya kurang lagi) takut terasa soda bila banyak sangat
1/4 cawan tepung coco
(ayak semua)


(bahab B)
1 cawan susu segar
3/4 cawan gula caster (1 cawan kalau nak manis)
1/3 cawan minyak makan
1 sudu kecil vanilla
1 biji telor
(gaul sebati)


Caranya


gaul sebati bahan  bahan B dan kemudian masukkan bahan A gaul hingga sebati dan rata...
Lepas tu maskkan dalam acuan . jangan penuh sangat lebih kurang 3/4 saja.
bakar dalam 180C dalam masa 20 minit...emm siap senang kan...




selamat mencuba ....

Sunday, March 6, 2011

Lengkong Santan......

Masa-masa hujan begini.... mata ashik nak tidor je... tak tahu nak buat apa.... G dapur ternampak serbuk agar-agar .... Otak pun fikir jom buat agar-agar santan (Lengkong Santan) kata orang Johor... betul ke... . Pukul 2.00 petang bancuh n pukul 5.00 dah boleh makan .... Ok juga dapat  basahkan tekak makan lengkong nie..... Dapat juga kirimkan kat jiran sebelah...  Agar-agar nie aku agak agak je sukatannya.... Jom intai...






Nak Rasa silakan.... e,,,,,, sedap dan lembut  tapi kurang manis 




Saya guna santan kotak je... (kalau pekat boleh tambah air )


Bahan-Bahannya


10 gm sebuk agar agar
1 liter air  ( kurangkan dalam 1/2 cawan)
1 biji telor
3/4 cawan santan pekat
1/2 cawan gula (ikut nak manis mana) kalau nak 1 cawan pun boleh


Cara - cara membuatnya


Masak air bersama dengan gula. Biarkan gula hancur dalam 10 minit.. kacau lagi..
Dalam bekas berbeza  santan dan telor di kacau hingga sebati
Kemudian masukkan dalaml air gula dan serbuk agar-agar tadi
biarkan mengelegak dan kacau sekejap lalu  tutup
masukkan dalam acuan 
biarkan  sejuk dalam 1/2 jam lalu masukkan dalam peti sejuk eeeemmm sedap bila makan sejuk sejuk .... Senangkan cubalah.....

Saturday, March 5, 2011

Makan-makan , borak-borak dan Perut Kenyang ....






bakar-bakar jangan tak bakar semangat sungguh... lapar ke..



Licin aiscream 
 Tuan rumah Penganjur.... kesian dia....  rumah bersepah dah lah pagi tadi dapat tempahan .... apa pun terima kasih....







Hai nak ke.... jom makan sedap 


Banyak lagi gambar yang tak sempat nak upload..... dan macam makanan ada hingga tak habis2 dan tak tahu nak makan mana satu .... Teringat yang tak datang kalau tak lagi meriah dan tak cukup.... so lepas nie rumah siapa pulak

Agar-agar Pelanggi ...sedap..





Salam ... puas fikir untuk buat apa...untuk majlis makan-makan di rumah adik ku... haha... Mereka minta ku buat kek, Puff ke... pandai betul dio orang nie... aku kena buat kuih muih... yang lain sediakan ayam je.... Tapi tak pe... aku cuba apa yang boleh je.... bukannya pandai pun bab kuih muih nie.... hentam saja.... Lagi pun bukan ada orang lain adik beradik je..... Perjumpaan nie pun saja nak bincang pasal anak saudaraku yang sulung nak kahwin... blan 4 nie... so.... sebab dah lama tak buat makan-makan so kami pun cadangkan kita buat bakar-bakar ayam.... so aku pun terfikir nak buta agar Pelanggi nie... Jom tengok resepi Nie pun resepi kak Nor ..... Secubit garam....  tank ye kak halalkan nya... 







Emmmmmm sedap dapat pujian...







RAINBOW MARBLE PUDDING by MakLang dan Nor67

Bahan:-

1 paket agar2 serbuk (13 gm)
675 ml air

225 gm gula pasir
65 gm butter
4 biji telor saiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu coco emulco 
1 sudu teh esen vanila

beberapa titis pewarna merah 
warna hijau  ikut suka  


Cara membuatnya 


Masak serbuk agar - agar dengan gula... dalam 10 minit tutup 
Dalam bekas yang lain campurkan susu cair,  telor dan tepung kastard kacau hingga sebati
kemudian masukkan dalam agar-agar tadi masak lagi dalam 3 minit
bila dah sebati masukkan vanilla dan butter tadi (saya guna majerin je) dan tutup 
 bahagikan kepada 3 bahagian warna kan 
dan boleh tuang dalam acuan ikut selang seli....
sejukkan dalam 1/2 jam dan masukkan baru boleh masuk peti sejuk.





Wednesday, March 2, 2011

Kek Pisang .... Petik jari





Jom Makan....

gambar tak clear...sorry ye...




Salam... semua... .... ari nie aku tak masak sebab Hubby ada Dinner dengan rakan sekerja ......... hahha......  pakat dengan anak bongsu makan kat dapur ke dua ku... hhahahah cuba teka kat mana...????


Balik rumah dah maghrib .... cepat2 tunaikan kewajipan. hahaha... Terfikir pulak nak buat kek.... lagi pun dah janji dengan rakan kat opis nak bawa kek .... so... pergi dapur bancuh je.... inilah kek pisang yang paling senang yang pernah aku buat.... sempoi gila.... terima kasih pada Sofina... kerana resepinya... Maaf ya aku tag kat sini.... share dengan rakan-rakan lain.... Lembut.... pertama kali cuba.... menjadi... sukanya......emmm Esok bawa kat opis... ada mak buyong tu... yang tengah kuat makan.... Sori Elyani MM....


Jon aku share kat resepinya... cuba ya... alamak lupa letak garam la....emmmmmm


KEK PISANG PETIK JARI 

Bahan2
150g pisang emas - dilecek
180g tpg gandum
180g gula halus /gula icing 

3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam

Cara-cara
campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali