Sunday, January 9, 2011

Roti Naik... Shahsa Rahmat




gambar tak teranglah sori...



Salam nie adalah resepi dari FB Kongsi Resepi yang sebenar   tanpa diubah .... ramai yang telah mencuba so far memang tidak mengecewakan... kalau aku nak buat Hot Dog aku guna resepi nie.... sesangat lah ok... Terima kasih Shasa Rahmat.... 



Bahan A

yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis n

Bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega cair

Bahan C
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula

bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum
Cara-caranya
1 - Mula-mula buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, suhunya suam.
2 - Masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
3 - Campur bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
4- Baki tepung yg 1 cwn tadi bole digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan x melekat di tngn.
5 - Biarkan adunan naik
6 - Bila adunan dh naik uli ikut suka dan susun di loyang
7 - Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
8 - Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
9 - Keluarkan drp oven dan sapu marjerin diatas roti