Thursday, January 20, 2011

kek Coklat Moise Kurang Manis





Salam... kek ini aku buat semasa pergi ke Melaka....  kali yang ke tiga tak sampai 10 hari..... Kini semuanya dah diselesaikan... tilam... bantal... selimut dah dibekalkan... barulah nampak jernid sikit mu Mohd Shafiq tu... ha... ha.... aku pun legalah . Kalau nak diikutkan habis duit tu memang lah tak ralat tengok Hubby... keluar duit macam buka paip air ... tapi demi anak2 .. dia cuba buat yang terbaik..... .. So... semasa nak ke Melaka aku terfikir nak buat kek... terciptalah kek yang di atas.... Pertama kali mencuba kek moist dari KR so.. menjadi juga yum..yummm sedap. dapat juga anakku dan rakan-rakannya yang lain merasa... Emakku yang ikut serta pun kata sedap dan lemut...wah... tambah lah lagi koleksi Kek Coklat ku... Jom intai resepinya....


Bahan kek 

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k bicabonate
1 s/k baking powder
diayak dan ketepikan

2 biji telor 
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
sedkit esen vanilla
1 sudu coklat emulco (tak letak tak pe)

Cara bancuhan

1. Mula pukul telor dengan gula hingga kembang
2. Masukkan susu pukul lagi
3. Masukkan minyak pukul lagi dan masukkan vanilla.
4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis  gaul rata
5. Bakar dalam ketuhar 160% selama 1 jam  hingga msak

Toping

1. Cairkan coklat masak secara double boiler
2. bila dah cair masukkan susu cair
3. masukkan menterga kalau agak pekat masukkan lagi susu cair biarkan dia berkilat dan sekata dengan cantik
4. Tuang atas kek dan hiasa ikut kreativiti masing-masing...

ha... dah jadi....