Sunday, December 9, 2012

Kek Kahwin Steam Butter Cream...

Selamat Pengantin baru Mazlan & Najwa 

Alhamdulilah dapat juga aku menyiapkan  kek perkahwinan untk anak buahku.... walaupun hiasannya tidak secantik baking2 yang lain. akkhirnya dapat juga aku menyiapkan sebuah kek kahwin nie... .terima ksih pada rakan blog dan juga azie baking yang banyak tunjuk ajar... Insyakallah kalau ada duit nak juga ku pergi ke kelas buat  steam butter cream ini... amin... Puas juga hati ini dapat memberi sumbangan kepada pengantin... tapi nelah yang termampu di buat... 



Ini bawa semasa hantaran di penang  ...


Ini foto pengantin ... perempuannya orang penang.... 




maaf gambar kurang menawan ya..


kalau nak resepinya cari   boleh cari kat label Kek ... ada aku tagkan resepinya disitu ''' Cubalah ya... kena buat banyak kali... baru menjadi... amin... 



Saturday, November 24, 2012

ROTI MANIS AYUHARLINA

Lamanya tak meroti nie.... tapi oleh kerana  ada permintaan aku pun meroti semula...... Bila dah mula susah pulak nak berhenti.... lagi pun aku ada janji dengan teman ku Fazilah... tunggu ya illa roti menjelma kembali.....  insyakallah aku akan tunaikan permintaanya... bak kata orang kalau dia mengandung dah bersalin... agaknya nak makan roti ku... Fazilah tunggu roti dari akak ya....

Sila lah  jeling roti yang aku ubah suai hingga aku puas hati akan hasilnya  ... lama juga mencuba.... banyak kali juga keras... tak gebu... tak naik... macam2... tapi kini berkat kesabaran akhirnya inilah hasilnya ... kali ini aku amat berpuas hati... Sebenarnya aku belajar roti nie dar kak Ana .. dimana dia sekarang .... walau pun resepinya agak berbeza tapi cara dan aduannya agak sama kak ana guna yis basah aku guna yis kering....  aku ubah dan tokok tambah sendiri allhamudulillah hasilnya .... menjadi macam kak ana punya...


aku tabur badam dan gula atasnya




Tabur gula je....

Resepinya

500 @ 550 gm tepung gandum 
100 gm gula halus
1 buku yis
2 sudu besar mentega @ butter
40 gm susu cair
1 sudu besar  pelembut roti @ shoftening
secubit garam
300 gm air suam2 kuku
1 biji telur

Cara membuatnya

1. campurkan  gula, dalam air suam2 kuku tadi kacau sekejap... n masukkan yis  perap dalam 10 minit atau hingga yis naik....
2. Bila yis dah kembang... (naik) masukkan butter, susu cair... telor... pelembut roti dan pukul (pakai mixer) dalam seminit dua...
3. baru masukkan tepung hingga habis... mixer lebih kurang 20 - 30 minit... 
4. Adunan ini agak lembik tapi jangan risau... biarkan  perap dalam sejam atau 2 kali gandan... kebiasaannya adunan akan naik 2 kali gandan dalam masa 1 jam... saja...
5. Tumbuk- tumbuk adunan tadi untuk buangkan angin.. mesti ya..
6. Sebagaimana yang saya kata tadi adunan agak lembik... melekat di tangan... keluarkan dari bekas dan ..
 uli  hempas2 henyak...eeee semasa menguli   pastikan tempat menguli tadi di letak butter/majerin... pastikan juga tapak tangan sentiasa di sapu majerin.... uli  dalam 10 minit... 
7. Bentukkan dia menjadi bulat2.... jangan lupa tangan letak majerin...ya...
8. susun dalam loyang...... rapat2 ya.. perap lagi hingga naik 2 kali ganda  baru di bakar.... 
9. Biasanya dapat 2 loyang lebih kurang ada 10 @ 12  ketul..


memang agar sukar.... kalau tidak   melihat sendiri cara membuatnya tapi kalau tak cuba tak tahukan...

Selamat Mencuba...





Saturday, November 17, 2012

Steam Buttercream

Akhirnya dapat juga aku mencuba dan melaksanakan impianku untuk belajar buat steam buttercream... puas cari,,, intai buat akhirnya aku boleh dikatakan berjaya 40% melepa kek dengan mengunakan teknik steam buttercream...

nak pergi kelas tp memandangkan akhir tahun nie nak pakai banyak RM maka hajat tu dibatalkan je.... insyakallah kalau onkosnya dan pulih semula aku nak juga pergi kelas ini... biar dapat tenik yang betul...

Sebenarnya aku dapat resepi ini dari blog masam manis  iaitu azlita aziz dan aku sokodeng blog Juicy Cake terima kasih ya telah menunjukkan cara membuatnya  dan resepinya sekali...jelas dan terang jom saya sharelah apa yang telah saya buat berpandukan cara azlita 

Steam Buttercream 


500 gm krimwell
250 gm shortening
50 gm butter
250 gm gula aising ~ di ayak

Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa memukul 5-7 minitBoleh tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.


ok kita mula melepanya.. boleh ya azlita saya ambil dan taqkan kat sini... sangat terang dan jelas peneranganya... harap dihalalkan...

Sapukan buttecream pada kek nipis sahaja. Pastikan sebelum kita sapukan kek, kita bulatkan semua  bucu dan penjuru kek. Ini adalah untuk memudahkan cream tu mengalir dengan licin. Letakkan kek atas redai dan alas dasar redai dengan loyang. Ini bertujuan, apabila kita tuangkan buttercream ia akan mengalir ke bawah dan lebihan buttercream akan terkumpul di dalam loyang. 


Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat steam buttercream. Tapi sebelum itu, pastikan loyang yang berisi kek di letakkan betul-betul berhampiran dapur. Ini adalah kerana mudah untuk kita tuangkan buttercream yang dah mencair atas kek dengan kadar segera.

ini cara azlita 

Masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. Air jangan banyak ini sekadar untuk memanaskan bekas dan mencairkan buttercream sahaja. 
Masukkan buttercream tadi kedalam bekas plastik yang tahan panas. Jangan guna bekas stainless steel kerana stainless steel pengalir haba yang baik dan akan mempercepatkan buttercream mencair. Kita tidak mahu buttercream itu terlalu cair. 
Bila air sudah mendidih, kecilkan api segera. Masukkan bekas plastik tadi ke dalam kuali. 
Gunakan kitchen glove untuk memegang bekas, bagi mengelakkan kemalangan.
Pastikan anda sentiasa mengacau buttercream. Gunakan spatula untuk mengacau.


Buttercream akan mula mencair, angkat keluar daripada kuali dan teruskan mengacau hingga rata.

Kemudian masukkan semula dalam kuali dan kacau lagi. Lakukan kaedah keluar masuk - keluar masuk kuali hingga adunan sedikit  mencair tak pekat tapi likat.. 


boleh ya azlita saya sharekan gambar nya... susah nak ambil gambar masa buat nie... maklumlah budak baru belajar..



Beginilah rupanya bila adunan buttercream itu telah mencair



Segera tuangkan adunan atas kek tuang rata-rata hingga menyaluti seluruh kek.
Hentak-hentakkan loyang, agar adunan itu mengalir licin dan lebihan buttercream segera mengalir ke bawah. 
Ini juga bagi mendapatkan permukaan kek yang licin.
. Ia akan mencacatkan adunan buttercream itu nanti. jangan gunakan spatula atau nak meratkan sendiri nanti mencacatkan permukaan kek itu. Masukkan dalam peti sejuk biar dia mengeras 

ok boleh deko

ini kek yang telah di buat oleh azlita cantikkan

ini kek saya pulak... bolehlah untuk percubaan...



deco yang teruk... mula-mula tak nak letak warna merah tu tp.. sayang pulak banyak lebih adunannya... so letak jelah..


Kalau nak lebih jelas sila layari blog  Azlita Aziz...


Selamat Mencuba......

Friday, November 16, 2012


Kartina Khamis saya share resepinya ya... mcm sedap je... so saya simpan utuk koleksi saya.... dan untuk tatapan rakan blog yang lain

kerabu sotong

bahan2....
1/2 kg sotong-potong bulat n celor ngan sedikit garam,pastu rendam lam air sejuk jap n toskan...
bahan hiris..
1 labu bawang besar
10 biji cili padi
2 biji tomato
1 btg serai
2 biji bwg putih-cincang
2 tangkai daun bawang n sedikit daun sop
2 biji limau nipis-amik air jerp
garam n gula secuku rasa
cara2...gaul sotong ngan sume bahan yg dihiris,masukkan air asam limau nipis,n perasakan..

Kek Mable


Kek Marble Chocolate .. <3

Bahan2nya:

250gm mentega
200gm gula aising
5 biji telur gred A
280gm tepung kek/gandum
1 st baking powder
1 sb ovellate
1 sb esen vanilla
3 sb susu pekat manis
1 sb serbuk koko

Cara2nya:

1)Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2)Masukkan telur sebiji2 -pukul lg
3)Masukkan ovellate - pukul hingga kembang dan gebu.
4)Masukkan esen vanilla - pukul
5)Masukkan susu dan akhir sekali masukkan tepung - pukul sebati.
6)Tinggalkan sedikit adunan campurkan dgn serbuk koko dan lapis2kan.
7)Lorek2kan mengikut selera anda.
8)Bakar p suhu 160'c selama 45 minit -1 jam mengikut kepanasan oven masing2.

SELAMAT MENCUBA.....














Kek Marble Chocolate .. ♥

Bahan2nya:

250gm mentega
200gm gula aising
5 biji telur gred A
280gm tepung kek/gandum
1 st baking powder
1 sb ovellate
1 sb esen vanilla
3 sb susu pekat manis
1 sb serbuk koko

Cara2nya:

1)Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2)Masukkan telur sebiji2 -pukul lg
3)Masukkan ovellate - pukul hingga kembang dan gebu.
4)Masukkan esen vanilla - pukul
5)Masukkan susu dan akhir sekali masukkan tepung - pukul sebati.
6)Tinggalkan sedikit adunan campurkan dgn serbuk koko dan lapis2kan.
7)Lorek2kan mengikut selera anda.
8)Bakar p suhu 160'c selama 45 minit -1 jam mengikut kepanasan oven masing2.

SELAMAT MENCUBA.....

Resepi rakan ku dri FB tak ingat siapa tuan tanahnya... geram tengok so taq kat blogku... nanti akalu dah cuba aku akan tunjuk hasil air tangn ku....
a

Monday, November 5, 2012

COKLAT MOIST LAYER CHEESE



Nor Fatirah Abd Ghani terima kasih Nor sharekan resepinya.. kini aku pulak sibuk share dalam blog..eee 
September 23 

COKLAT MOIST LAYER CHEESE
1cwn serbuk koko
1cwn susu pekat
1cwn susu cair
1cwn gula
1cwn minyak... minyak apa pun xpe jgn minyak petrol dgn minyak urut dah la... he..he..
*campur semua bhn n kacau atas api slow, dah hancur ttp api sejukkan

3/4cwn tpg gandum
1sdt soda bikarbonate
1sdt baking powder
*ayak bersama

4biji telur
*pukul sikit
Masukkan telur dlm adunan coklat.. gaul sebati kemudian masuk tpg yh diayak gaul hingga sebati.. guna wisk je senang..

BAHAN CHEESE
250gm krim cheese
60gm gula kastor
25gm tpg gandum
25ml air/susu pun blh
1 biji telur
*gaul sebati semua bhn...

CARA MELAPIS
panas pengukus.. kukus separuh dari adunan coklat.. saya guna loyang 8" selama 15 mnt kemudian tuang adunan cheese n kukus lg 15 mnt... kemudian masukkan lebihan adunan coklat tadi n kukus lg 40mnt atau hingga masak...
Dah masak sejukkan n blh la tuang ganache atau deko ye... he..he.. selamat mencuba..











Kuih Lompang

♥ Terbaik dari Resipi Kak Sally Rashid..."Kuih Lompang " ♥


Ini adalah resepi dari rakan2 ku di FB ... Aku pantang tengok resepi yang menarik mesti naj di abadikan dalam blog kesayanganku ini...

Makku suka sangat kiuh nie... jom intai resepinya....

Resipinya.
- 1 1/2 cawan tepung beras.
- 1 sudu makan tepung ubi.
- 1 sudu kecil air kapur.
- 1/2 cawan gula pasir.
- 1/2 cawan gula merah.
- 2 cawan air.
- daun pandan.
- kelapa parut putih+ garam ( di kukus).

~ Cara2nya~
- satukan gula pasir,gula merah+ 1 cawan air dan daun pandan,masak sehingga larut..sejukkn.
- satukkn tepung beras,tepung ubi,masukkn 1 cawan air..selepas itu tuangkn gula yg telah di sejukkn tadi dan tapis..
- tuang ke dalam acuan lompang yang telah si sapu minyak..kukus selama 10- 15 minit..selepas itu kukuslah sekejap kelapa parut tadi..mudahkan..





Sunday, October 28, 2012

Kek penganti Uda & Fathil


Selamat Pengantin Baru...


hacem... hacem.... uuu entah berapa kali

Alamak badan macam nak demam .... macamana nie... Kek dan siap buat tapi melepa belum lagi.....
Kuatkan semangat dan azam ... dengan bantuan adik ipar dan sepupuku... akhirnya jadi juga kek kahwin anak buahku... asalnya dah nak menolak maklumlah aku nie tak berapa kreatif.. dan innovatif... tapi tak sampai hati... buatlah juga dengan kepandian yg tak de, nie.... . Aku hampir tersungkur jatuh ..... ...yang sedihnya bukan nak selamatku tapi mereka takut kek yang jatuh... aduh..... kalau aku jatuh boleh bangun, kalau kek jatuh siapa nak buat lain.... emmm  buat dari pukul 5.00  petang  hingga 12.00 tengah malam dengan 3 biji kek... ...esok terus badanku mcm nak  demam ,,,,,,,,,,,,,,,,. .

Ini adalah kek pengantin  pertama yang aku buat,,,  aduh sampai tak tido malam takut... ada ... ok ke... uda & fathil suka ke...  takut tumbang kek tu...ke... pulak tu dengan aku selsema hacem  tak henti-henti... tapi demi dah janji  buatlah.... Maaf ya uda & fathil tak secantik mana kek tu...

Pulak mak pengantik letak kek yang kecil tu kat frozen... habis keras dan luntur warna manik  aduh... nak buat macamana mak pengantin yg buat... terima jelah... nak buat lain tak sempat... Along... along sabar je....

Bila tengok dia orang potong lega hati....  Tahniah ya Uda & Fathil... sama cantik sama padan... semuga berbahagia hingga ke akhir hayat... cepat dapat baby ya.... alamak jd nenek pulak nampak aku nie dah tua... (dapat cucu saudara)... hahah yg penting kalian  saling sayang-meyayangi satu sama lain...

Jom lihat gambar kek ku..



Photo: Poring kek like princess

Upacara memotong kek



Ini pulak Acu buat surprise untuk isterinya wani... sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke5.. tahniah dengan 2 cahaya mata yang nakal dan comel...tu... ....





Sunday, October 14, 2012





Ayu Harlina shared Eyna Haneyna's photo.Tuan punya resepi

Sekarang nie tengah kemaruk crepe durian.... sana sini orang asyik bertanya dan ashik nak mencuba membuatnya....Geram juga bila aku melihat crepe nie.... cantik.. dan lihat dari respon kawan di FB yummm yummm dan sedap... Aku teringin juga nak mencuba tapi takut tak jadi... hahahah... Tak Cuba manakan nak menjadikan....

nak juga buat.... jeng-jeng tiba ada rakan dari FB bagi resepi siap gambo nya ... apa lagi taqlah... nie adalah hasil dari Eyna Haneyna.. bukan aku punya ya.... Oleh kerana terpikat dan tertarik maka aku jadikan koleksi dalam blog kesayanganku nie... pada rakan yang nak mencuba silalah... kalau menjadi bagilah respon ya.... hahha..jom lihat resepi dan gambar CREPE DURIAN... ada orang tukar dengan mangga... jagung dll...




Photo: dan lagi..crepe durian..kali ni kulit RESEPI SENDIRI..

RESEPI KULIT

-50 GM TEPUNG GANDUM
-1 SDB TEPUNG UBI
-1 BIJI TELUR
-2 SUDU BESAR GULA HALUS
-3 SDT BUTTER DICAIRKAN
-160 ML AIR
-40 ML SUSU CAIR
-1 SDK SERBUK VANILA
-BOLEH LETAK pwrna@ PERISA BUAH2AN YG ANDA SUKA..TK NK PON TAK PE..

CARA2..
-SATUKAN TEPUNG DAN AYAK GULA HALUS
-MASUKKAN SUSU CAIR..
-MASUKKAN TELUR YG DIKACAU SEDIKIT..
-MASUKKAN SERBUK VANILA@PERISA
-MASUKKAN AIR..KACAU SEBATI GUNA WHISK..
-MASUKKAN BUTTER YG DICAIRKAN..
-TAPIS ADUNAN..SEDIA UNTUK DI MASAK..

CARA MEMASAK..
-GUNAKAN KUALI ANTI LEKAT(NON STICK)
-@KUALI LEPER YG DISAPU SEDIKIT MYK
-TUANG SESENDUK KECIL ADUNAN DLM KUALI 
-JANGAN TEBAL @NIPIS SANGAT..
-BIARKAN MASAK SEKETIKA..BILA DH MASAK
 TERUS ANGKAT ..TAK PERLU DITERBALIKKAN..
-MAKSUDNYA MASAK SEBELAH BAHAGIAN SAHAJA..

INTINYA..

-ISI DURIAN YG DI BUANG BIJINYA
-150ML FRESH CREAM (DIPUKUL KAKU)

CARA2 MEMBUATNYA..

-LETAK KEPINGAN KULIT TADI..YG LICIN BELAH BAWAH
-LETAK SESUDU FC..LETAK ISI DURIAN..LETAK FC LAGI
 DI ATASNYA..
-KALAU BESAR KULITNYA BANYAK LAH LETAK INTINYA
-LIPAT KULIT SEPERTI LIPAT POPIA..
-SIMPAN DLM PETI SEJUK..BEBERAPA JAM SEBELUM 
 DIMAKAN..

-BOLEH JUGA JIKA SUKA DGN PASTRY CREAM..SEBAGAI 
 INTINYA..
-RESEPI PASTRY CREAM..

Pastry Cream
-2 cwn susu segar@cair
1/2 cwn gula-boleh kurgkan..
4 biji kuning telur saiz A
2 sdt serbuk vanila
secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter

Cara2..
-masukkan susu 1/4 dulu dan gula..
-msak dlm api yg kecil hingga sebati..
-masuk telur kacau lagi..
-masukkn vaninlla dan garam..kacau sebati..
-msukkn tpg jgung sesudu dulu..
-kacau masukkn bki susu dan tpg jgung semuanya..
dan masukkan butter..
-kacau sebati hingga mendidih..
-tukar ke dalm mangkuk..tutup mnkuk dgn plastik pembungkus..
-simpan dlm peti selama 3 jam @ semalman.



dan lagi..crepe durian..kali ni kulit RESEPI SENDIRI..

RESEPI KULIT

-50 GM TEPUNG GANDUM
-1 SDB TEPUNG UBI
-1 BIJI TELUR
-2 SUDU BESAR GULA HALUS
-3 SDT BUTTER DICAIRKAN
-160 ML AIR
-40 ML SUSU CAIR
-1 SDK SERBUK VANILA
-BOLEH LETAK pwrna@ PERISA BUAH2AN YG ANDA SUKA..TK NK PON TAK PE..

CARA2..
-SATUKAN TEPUNG DAN AYAK GULA HALUS
-MASUKKAN SUSU CAIR..
-MASUKKAN TELUR YG DIKACAU SEDIKIT..
-MASUKKAN SERBUK VANILA@PERISA
-MASUKKAN AIR..KACAU SEBATI GUNA WHISK..
-MASUKKAN BUTTER YG DICAIRKAN..
-TAPIS ADUNAN..SEDIA UNTUK DI MASAK..

CARA MEMASAK..
-GUNAKAN KUALI ANTI LEKAT(NON STICK)
-@KUALI LEPER YG DISAPU SEDIKIT MYK
-TUANG SESENDUK KECIL ADUNAN DLM KUALI
 
-JANGAN TEBAL @NIPIS SANGAT..
-BIARKAN MASAK SEKETIKA..BILA DH MASAK
TERUS ANGKAT ..TAK PERLU DITERBALIKKAN..
-MAKSUDNYA MASAK SEBELAH BAHAGIAN SAHAJA..

INTINYA..

-ISI DURIAN YG DI BUANG BIJINYA
-150ML FRESH CREAM (DIPUKUL KAKU)

CARA2 MEMBUATNYA..

-LETAK KEPINGAN KULIT TADI..YG LICIN BELAH BAWAH
-LETAK SESUDU FC..LETAK ISI DURIAN..LETAK FC LAGI
DI ATASNYA..
-KALAU BESAR KULITNYA BANYAK LAH LETAK INTINYA
-LIPAT KULIT SEPERTI LIPAT POPIA..
-SIMPAN DLM PETI SEJUK..BEBERAPA JAM SEBELUM
 
DIMAKAN..

-BOLEH JUGA JIKA SUKA DGN PASTRY CREAM..SEBAGAI
 
INTINYA..
-RESEPI PASTRY CREAM..

Pastry Cream
-2 cwn susu segar@cair
1/2 cwn gula-boleh kurgkan..
4 biji kuning telur saiz A
2 sdt serbuk vanila
secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter

Cara2..
-masukkan susu 1/4 dulu dan gula..
-msak dlm api yg kecil hingga sebati..
-masuk telur kacau lagi..
-masukkn vaninlla dan garam..kacau sebati..
-msukkn tpg jgung sesudu dulu..
-kacau masukkn bki susu dan tpg jgung semuanya..
dan masukkan butter..
-kacau sebati hingga mendidih..
-tukar ke dalm mangkuk..tutup mnkuk dgn plastik pembungkus..
-simpan dlm peti selama 3 jam @ semalman.

Wednesday, October 10, 2012

Brownies dari teman ku di Alam Siber


Malam ini aku mengumpul banyak resepi brownies untukku jadikan koleksi peribadi dan tatapan rakan2ku.. harap ... tuan punya resepi mengizinkanku abadikan resepi dan gambarnya sekali ... seronok tengok gambar brownies yang cantik dan menarik pada madiha... Che CT. Hana harap halalkan ya... saya memang  suka menyimpan resepi dari rakan di blog dan FB...

Sebenarnya aku pun pernah membuatnya tapi tidaklah secantik dan selawa rakan yang lain punya. Jom tengok gambar dari resepiku..




haha buruk kan rupanya....

jom intai resepi


250 gm butter
3 biji telor
280 gm gula caster
1 1/2 sudu kecil baking powder
135 gm tepung gandum
60 gm serbuk koko
2 sudu susu cair

Cairkan butter dah sejuk masukkan telor , gula  kacau... sebati ... masukkan tepung ,,, koko dan baking powder... kacau sebati ... kalau suka boleh masukk apa saja kekacang seperti badam... coklat chip ke... bakar dalam susu 150 selama 45 hingga 1 jam ikut oven... sedap... atasnya tuang topping... 

Toping

1/2 cawan serbuk koko
1/2 susu pekat
2 sudu mentega ( fresh cream)
sedikit susu segar  ( fresh cream)
masak atas dapur (double boiler) kalau tak pandai buat terus atas api.. kacau hingga pekat dah boleh tuang ..




Marble Cheese Brownies
Resepi : Jasmeenskitchen

Bahan Choc. Cake 
250gm Butter 
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur - gred B 
1½ cwn gula kator 
½ cwn susu cair 
1½ cwn tepung gandum 
1 sdt Baking powder 
1 sdt Soda bikabonat 
1 sdt esen vanilla 


Lapisan Cheese 
250gm Cream Cheese 
1 cwn gula kastor (yang ni MaDiHaA kurangkan letak 2/3 cawan)
1 biji telur - gred B
2 sudu kecil tepong jagung (yang ni MaDiHaA tambah) 

Cara :- 
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata. 
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpi sebati. 
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati. 
4- Masukkan susu cair > kacau lagi... 
5- Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila. 
6- Panaskan oven 
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit) 
8- Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble) 
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah 

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese.. 
> Pukul cream cheese sehingga gebu. 
> Masuukan gula > pukul lg hingga sebati. 
> Masukkan telur & tepong jagung > pukul lagi hingga sebati 

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek... 
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka.. 
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...(guna api atas sahaja) 
**Siap...






Resepi kedua 


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES 

Bahan: 
250 g butter - potong kecik 
400 g coklat masakan - potong kecik 
6 biji telur 
340 g brown sugar (Madiha kurangkan sehingga 300 gm ~ masih manis lagikk ) 
2 s/k esen vanilla 
20 g chocolate emulco (anggaran 1 sudu besar) 
80 g tepung gandum (ayak bersama coco powder) 
60 g cocoa powder 
140g kacang walnut/pecan/ macadamia (optional)-toastkan (Madiha guna almond yg dipotong 4 ~ rasanya guna walnut lagi best sbb almond agak keras sket.. ) 

Cara: 
1) Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11. (Madiha guna tray shortbread 12" x 12") 
2) Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit. 
3) Masukkan telur, gula, esen vanila dan chocolate emulco dalam satu mangkuk yg lain, guna hand whisk , kacau hingga gula cair. 
4) Tuang butter dan coklat cair tadi kedalam mangkuk adunan telur tadi dan gaul rata. 
5) Masukkan tepung & coco yg diayak sikit demi sikit dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama. 
6) Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven). 
7) Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad. (Madiha bubuh coklat topping) 

Coklat Topping
Bahan2
 
250 g coklat masakan 
1sudu besar susu pekat manis 
3 sudu besar shortening 




Resepi kedua


Super Fudgy Brownies - resepi beliau..

Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT


Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam 
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil 
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips

Cara-cara :
1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.
7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)


Resepi Ketiga dari Blog madiha... tank ya 

Chewy Gooey Yummy Brownies

Ambil dari 'rumah lama' sekadar untuk koleksi di dapur baru ku ini...

Brownies ni sememangnya sedap!! Makan sekali pasti mau lagi dan lagi.. Mohon maaf kerana tak tau siapa empunya sebenar resepi asalnya. Walau apapun.. terima kasih banyak2 pada yg mencipta resepi brownies yang sedap ni.



CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Bahan:
250 g butter - potong kecik
400 g coklat masakan - potong kecik
6 biji telur
340 g brown sugar (Madiha kurangkan sehingga 300 gm ~ masih manis lagikk )
2 s/k esen vanilla
20 g chocolate emulco (anggaran 1 sudu besar)
80 g tepung gandum (ayak bersama coco powder)
60 g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/ macadamia (optional)-toastkan (Madiha guna almond yg dipotong 4 ~ rasanya guna walnut lagi best sbb almond agak keras sket.. )

Cara:
1) Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11. (Madiha guna tray shortbread 12" x 12")
2) Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3) Masukkan telur, gula, esen vanila dan chocolate emulco dalam satu mangkuk yg lain, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4) Tuang butter dan coklat cair tadi kedalam mangkuk adunan telur tadi dan gaul rata.
5) Masukkan tepung & coco yg diayak sikit demi sikit dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama.
6) Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7) Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad. (Madiha bubuh coklat topping)

Coklat Topping
Bahan2

250 g coklat masakan
1sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar shortening

Cara
Cairkan semua bahan2 cara double boiler sehingga coklat masakan benar2 cair. Tuangkan di atas brownies dan hiaslah ikut suka hati anda



Resepi keempat dari 



sesiapa yang berminat nak mencuba, boleh tengok resepi ni...

MARBLE CHEESE BROWNIES.  (resepi maklang azie)

Bahan coklat kek

250gm Butter
1 cwn serbuk koko (110g)
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kastor (300g)
½ cwn susu cair (125ml)
1½ cwn tepung gandum (220g)
1 st Baking powder
1 st Soda bikabonat
1 st esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor (100g)
1 biji telur - gred B liza try guna 2 biji

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) sampai sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter tadi...kacau sampai sebati.
4- Masukkan susu cair dan kacau lagi...
5- Masukkan tepung, baking powder dan soda (kalau rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan kertas terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang, tekan sikit bagi padat adunan dengan sudu...tinggalkan 2-3suud besar & masukkan kedlm piping beg..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tunggu bahan coklat masak sedikit, sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masukkan gula > pukul lagi hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...
**Siap... dihiang dan makan...
terima kasih....

resepi kelima


BROWNIES MUDAH  izinkan saya tag di blog kesayangku... ada masa ada kelapangan saya akan mencuba ..
Resepi : Wssary@MyR
Versi: Hana

Bahan-bahan
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.