Wednesday, October 12, 2011

Roti Manis







Tiba-tiba je... rasa macam nak makan roti buatan sendiri... hahha.. 2 hari berturut-turut buat .. hari perama tak menjadi bentat je... kenapa ye... so buat lagi dengan resepi dari kak nor Secubit Garam tu pun dengan bantuan Salina Akmal... terima aksih ye... tapi banyak juga yang saya ubah sana-sini... maaf ya... maklumlah saya tak de BM (Bread Maker) so hanya guna kudrat yang ada je... Tapi yang penting menjadi... So aku pun bawa seloyang ke pejabat ... belanja kawan-kawan....

Jom intai-intai resepinya
Resepi asal gunakan (BM) saya gunakan kudrat je...

Bahan2nya
380 gm tepung roti (saya guna tepung gandum)degil ye.. lawan tauke..
3 sudu tepung susu
1 biji telur gres A - kocok dengan garpu dulu
100 ml air
30 gm butter (saya guna majerin)
100 water roux ( nanti saya ajar cara buatnya)
30 gm shoftening
3 sudu kecil yis ( 1 paket)
80 gm gula caster
secubit garam

Cara Mengadunnya;

Campur yis dengan gula dalam bekas lain
Kemudian dalam bekas lain masukkan air, telur dan water roux kacau sampai sebati dan rata, masukkan yis dan gula tadi , gaul lagi (gunakan senduk ya.. ) masukkan butter dan softening.. gaul lagi.. , masukkan secubit garam ... masukkan susu tepung dan akhir sekali baru masukkan tepung . gandum sedikit demi sedikit gaul lagi hingga menjadi doh ...yang cantik..

proses ini penting untuk memastiakn doh betul-betul menjadi lembut dan cantik...ulilah sedaya mana yang boleh... biarkan 2 kali naik.. ( doh agak lembut dan lembik so... tangan hendaklah sentiasa disapu dengan mentega... kalau tidak agak sukar untuk mengulinya kerana doh agak lembik

bila dah naik .. untuk mendapat roti yang lembut uli lagi... tumbuk agar di buang angin-angin di adunan tadi... bentukkan bulat-bulat dan susun dalam loyang.

biarkan dalam sentengah jam dan boleh bakar

Wah hasilnya memang menjadi... cubalah

Alamak lupa nak bagi cara nak buat Water Roux

125 ml air
25 tepung gandum

Caranya.. satukan air dan tepung gandum.. masak atas api perlahan .. hingga pekat biarkan sejuk baru digunakan...



Ini Rsepi asal dari Salina Abkamal.. boleh ua saya Taq resepinya...
dan beberapa gambarnya sekali..
Resepi roti doh asas..(guna water roux)

Sumber : Kak Nor dr secubit garam.blogspot.com

380gm tepung high protein (tpg roti)
* 3 sudu besar susu tepung
* 80gm gula castor
* 3 sudu kecil yis segera
* 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
* 100ml air
* 100gm water roux
* 1/2 sudu kecil garam
* 30gm butter
* 30gm shortening


Cara-cara

1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.


#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

resepi water roux, kite buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami.blogspot.com ..dan blh tgk kat jintanmanis.com..ade penerangan pjg lebar lagi..

25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/294063_293179374043414_100000540610416_1161001_1691286736_n.jpg