Sunday, April 3, 2011

Serawa Durian



Isi durian yang telah dikeluarkan dari pangsa...

A'salamualikum....

Lama benar rasanya ku tak bersiaran macam sibuk lah sangat-sangat. Bukannya apa dalam 2 - 3 minggu aku berada dalam situasi yang tidak menyenagkan gundah, pilu, sedih... macam-macam .... Ha... tapi atas nasihat dan dorongan pihak atasan maka aku bangkit semula mudah - mudahan semangatku yang hampir pulih nie berjalan seperti biasa... alamak kenapa diingat kisah tu.... lupakan...

aku ingat share dengan semua mengenai serawa durian yang aku buat.... tak tahulah negeri lain... panggil apa tapi aku memanggilnya Serawa Durian yang biasanya orang Johor makan dengan pulut.... oleh kerana badan dan lama maka aku tukar pulut dengan roti. Maka Terjadilah Serawa Durian Cicah Roti... ok juga ..

Di Johor bukanlah musim durian.. tapi adalah orang menjualnya dan ada beberapa daerah seperti Batu Pahat yang terdapat banyak durian di kebun-kebun. so... maka mungkin terjadilah beberapa longgokkan durian di
Taman rumahku.  Anak-anakku semuanya tak suka .... busuk katanya... maka bondanya nie tengok je... dari jauh nak baw balik dah kena warning dengan anak ... jangan masuk dalam kereta nanti satu kereta bau durian.... Kesian kat isteriku kata suami... dia pun antu durian juga tapi oleh kerana berpantang takut Darah Tinggi menyerang dia pun takut nak makan..... maka aku pun tergoolong dalam golongan yang tak boleh makan durian mengalah dengan semua orang dalam rumah tu... ....





Yang telah siap dimakan.... Yam... yam...

Tapi entah macamana suamiku ajak aku cari durian katanya teringin nak makan dengan roti..... apalagi jom....... pusing kat taman dan pekan . akhirnya jumpa kat rumah mak ku . Beli terus .....yam-- yam---  aku pun makan 2 biji wah sedap gila.... duduk menghadap sorang2...... Bakinya aku buatlah Serawa Durian suamiku bawa kat opisnya ... aku pun bawa kat opis ku.... bising rakan-rakan yang anti durian.... ada yang tak nak masuk bilik ku....ada yang tutup hidung , ada yang hulur angan je bila nak hantar surat .....  hahahaha........ tapi apa pun orang.. nak kata  nielah rupa dan bentuknya.... kalau nak rasa nikmatnya cubalah resepiku kat bawah....

Bahannya

Isi durian ikut suka
Gula ikut banyak mana isi durian
Gula Melaka agarkan je...
santan 2 mangkuk (1 biji kelapa)
daun pandan

Cara membuatnya

Campurkan santan, gula melaka dan gula pasir dalam isi durian.. Masak atas dapur dan kacau hingga meletup dan sebati semua bahan tadi kerap kena kacau agar tidak hangit bila dan sebati rasalah dulu kalau kurang manis tambahlah gula kalau dah ok tutup api  dan boleh dihidangkan...

selamat mencuba.