Friday, December 31, 2010

Roti Yaamm Yamm


Roti Pintal Bulat


Roti Hot Dog 


Salam.. sudah 3 kali mencuba resepi yang dibagi oleh rakan-rakan di KR masih tak menjadi.. mungkin inilah akibat aku menderhaka pada tok guru...Tapi aku jenis orang yang tak putus asa akhirnya menjadi juga ... so bila dah siap masuk ke mulut anak2 dan Hubby sedap katanya.... ooooo heheheh   lalalala tak payah g kedai beli roti, hasil tangan orang melayu dan halal. Sebenarnya aku dah menderhaka pada resipim yh KR bagi.  Aku ikut cara  kak nah... mana akak lama tak jumpa katanya ada kat Terengganu... Kalau akak datang JB carilah kami ... Saya dan Mak Okid masih dirumah lama rindu kat akak... Resepi Kak Nah memang sedap selalu mendapat pujian dan tempahan dari rakan2 (kini dah lama tak ambil tempahan)... walaupun dan 2 hari masih lembut dan sedap.. Apa pun kini aku dan ada koleksi Roti....

Jom tengok Resepinya:


Bahan A
11 g yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum 
1/2 cawan air suam
(campurkan semua n biarkan naik)
Bahan B
2 sudu menterga/majerin dicairkan
2 sudu softening 


Bahan C
3  cawan tepung gandum
Bahan D
1 cawan saya kurangkan tak nak manis sangat
1/2 cawan air panas
(tuang air panas dengan gula kacau biar gula cair)
Bahan E
1/2 cawan susu segar biarkan dalam keadaan suam (jgn habiskan)


cara membuatnya


1. Bahan A , C an D di campurkan
2. 3 cawan tepung tadi dimasukkan dalam bekas dan buat lubang tengah

yang kunig tu Chicken froos (betul ke eja)

3. masukkan 2 sudu mentega tadi dan softening dan gaul rata 
4. masukkan bahan ABC dalam tepung hingga habis 
5. masukkan susu segar yang suam tadi uli lagi.....sekiranya melekit boleh tambahkan sedikit mentega @ letak kat tapak tangan... uli hingga tepung tadi tak melekit atau adunan nampak licin dan sekata (adunan adalah lembik sedikit)
6.  perap hingga naik
7. Bila dah naik uli sekejap dan buat bulat-bulatkan atau buat seperti gambar diatas 
8. biarkan naik lagi dalam 30 - 40 minit bila naik 
    bakar suhu 180 C 


Emmm siap....


Loyang di sapu dengan mentega agar tidak melekat...


 selamat mencuba.....


Resepi kak na aku bagi kemdian.... Haha.

Wednesday, December 29, 2010

Cup Cake Ayu


Cup Cake yang pertama semasa dalam kelas
Bunga dan Daun tu ciptaan sendiri allahamdulillah walaupun tak secantik pakar tapi kini aku dah 
boleh buat sendiri



Buat semasa Hari Raya haji Dulu
eeeeemmmm 

Cup Cake


Untuk anak buah...

Nie hasil nukilan cikgu zubaidah 




anakku gubah

Donut Gebu






Salam... aku dah lama nak tayang gambar donut nie... dan nak share resepinya... memang sedap dan gebu... terima kasih pada rakan rakan di My Resepi.. boleh bagi 5 bintang ... sila lah cuba ye... insyakallah jadi...

Jom intai resepinya

11 gm yis (1 peket yiss mauripan)
1/4 cawan air suam
1 1/2 susu cair  di panaskan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam takut masin kurangkan ye..
2 biji telur
1/3 shortenning ( lelemak sayur) dan 2 sudu butter
5 cawan tepung gandum

Cara  Membuatnya

Masukkan yiss dalam air suam biarkan hingga berbuih...
kemudian masukkan susu, gula telur , butter dan 2 cawan tepung gandum gaul rata dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis  uli hingga lembut. dalam 10 minit

Biarkan naik dan uli lagi
buat bulat - bulat dalam bentuk donut
biarkan naik lagi dan bolehlah goreng....

Hiasan pada donut itu ikut kreativiti masing-masing...




Lembut walaupun sejuk ....

kek Coklat Moise




Salam Kek ini selalu juga aku buat ... memang moise dan sedap tapi aku nie memang tak pandai menghias  asal boleh je... so disini ingin ku sharekan resepinya... Resepi nie aku ambil dari blog My Resepi terima kasih pada yang memberi resepi

Bahan A
2 biji telor
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil vanilla
1 cawan gula kasar

bahan B

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil bicabonat

bahan C
1 cawan susu pekat
1 cawan air

Cara membuatnya

1. Blender semua bahan A
2. Ayak bahan B
3. Campurkan Bahan   bahan A ke  B
4. dan masukkan bahan C
5. kacau rata
6.Kukus selama 1 jam

Ganache

1. masakkan coklat masak double boil
2. masukkan susu segar @ susu cair
3. untuk kilat masukkan sedikit mentega
4. sudah cair dan cantik rupanya boleh tuang di atas kek yang benar sudah sejuk.

Spagethi Citarasa Melayu...


Ready Untuk makan 



Salam... masa cuti cuti nie asyik masak makan... masak makan... tadi buat roti naik tak sempat letak gambar ... tak pe nanti kalau buat lagi saya akan letak... gambar. Petang tadi budak-budak sibuk nak makan spagethi yang kakak asyik suruh buat sebelum dia balik lipis... So... buat jugalah so... sebelum Hubby balik dari opis aku dan anak-anak buatlah spagethi nie nanti Hubby balik boleh makan... .Tapi aku ubah suai apa yang patut ikut selera melayu.... jom.... aku share resepi nie...

Bahan-bahannya

1 kotak Spagethi

Isi ayam dicincang halus dari satu ekor ayam
tomato 2 biji - cincang jangan halus sangat
cili kering dalam 15 batang - rendam dan kisar
bawang putih dalam 3 biji cincang halus
lada hitam  10 @ 15 biji nak pedas tambahlah
cendawan butang dalam 10 biji (dlm tin)
Sos Spagethi ( Jenama Prego) cari yang halal ye..
garam
 gula
soso tomato 1 @ 2 sudu
sos cili 1 @ 2 sudu
bawang besar
minyak untuk menumuis

Cara membuatnya

1. panaskan minyak
2. masukkan bawang putih
3. biar garing masukkan lada kering yang diblender tadi
4. biar garing dan masukkan sos spagethi tadi
5. bila dah garing dan naik minyak masukkan ayam yang dicicang halus tadi
6. masukkan garam, gula sikit dan lada hitam
7. kalau tak nak pekat mauskkan 1/2  @ 1 cawan air
8. Masukkan sos cili dan tomato
9. Bila ayam dah masak boleh masukkan tomato yang dicincang dan baang besar
10.Ahkhir sekali rasa lah dulu tambah apa yang kurang ...

Sedap ..... itulah biasanya anak-anak cakap....

Mashmallow Celup Coklat


Nie yang dah di mekap sikit 



Salam... ari ni cuti.. tak keja saja ambil cuti kononnya nak buat kuih...emmm so semasa saya pergi Coklat Fair di Johor Bahru  saya mencuba mashmallow di celup coklat...sedap juga... wah so... teringatkan kat rumah ada coklat si kecil sibuk suruh buat... aku pun buatlah masa tak keja nie... nie la hasilnya ....

Tuesday, December 28, 2010

Ketam Goreng Sos Cili



Salam... ari teringin makan ketam.... aku nie kalau makan ketam mesti gatal semua muka... mulut macam bengkak je... tapi tak kisah lah tu ... asal dapt makan ketam goreng cili... dulu masa aku kecil.. kecil selalu ikut ayah (pak Jaafar) menyondong ketam kat pantai Lido... seronok tak terhingga... bawa balik ketam berbakul-bakul... sampai rumah terus rebus... habis seisi rumah aku kejut... untuk makan ketam... tu tu.... menjadi nostalgia kami sekeluarga... sekarang nie Pantai Lido telah di ubahsuai... kemana perginya ketam... ketam tu... ha.. mungkin kat sini kot jom.....

1 kilo ketam bersihkan dan tos ketepikan
20 @ lebih cili kering
6-7 biji bawang kecil
4 batang bawang putih
1/2 inci halia
(Blender semua) .... kecuali ketam... ye...

1 @ 2 batang serai - ketuk saja
cili soso
gula
garam
telor aku letak sebiji je...
minyak untuk menumis

Cara-caranya

1.Panaskan minyak
2. Tumis bahan yang diblender tadi... hingga garing dan  masukkan serai...
3. Biarkan garing... basukkan garam dan gula dan masukkan cili soso
4. Masukkan ketam  kacau dan balikkan kalau pekat sangat boleh masukkan setengah @ 1 cawan air  ikut lah kalau nak banyak kuah
5. Adalah lebih baik ditutup kuali tadi agar ketam dapat masak dengan sekata
6. Rasa ye... apa yang kurang...
7. Keluarkan ketam dan letak dalam pinggan
8. Jangan ambil kuahnya..
9. Pecahkan telur dalam baki kuah tadi dan kacau.. bila dan ok baru tuangkan dalam ketam tadi...

Emmm sedap... 

Sunday, December 26, 2010

Kuih Apam Comel


Yang warna merah tu adalah acuan nya..



emakku sibuk minta tolong buat kan kuih untuk bagi pada rakan yang nak menikahkan anak pada hari nie... Aku pun fikir apa nak buat ..... last-last teringat kuih apam comel ha....ha apa lg... buat pun senang bahan pun ada... inti kelapa pun ada... apa lagi bancuh lah.....
 Jom share Resepinya...


Bahan2nya

 3 biji telur
275 tepung kek @ tepung gandum
250 gula halus
150 susu segar
1 sudu kecil baking powder
1 sud kecil ovellete

Cara membuatnya

Pukul semua bahan hingga kembang lebih kurang 10 minit dan bahagikan kepada 3 warna (ikut sukalah ya)
dam masukkan dalam piping beg.
Sediakan paper cup dan piping separuh dan masukkan inti kelapa tadi dan piping lagi buat hingga habis.
Kukus selama 10 minit.


dah boleh dihidang .. 




Inti Kelapa

1/2 biji kelapa parut
1/2 nmagkuk kecil gula melaka
1 sudu tepung jagung
1sudu air
daun pandan
masak atas dapur kesemuanya. bila dan sebati sejukkan.

Saturday, December 25, 2010

Nasi Goreng Kampung Pulai Utama


Alamak maaf Ye... Berterabur  Atas Meja Makan..

Ha............ puas fikir apa lah nak masak malam nie... Soto  Tengahari tadi ada lagi sikit ... macam tak cukup pula... hai masa-masa cuti nie masak aje keja nya.... tak boleh nak rehat.. bak kata Allayarham P. Ramle... Berehat sekejap isteri dan meradang ohh.. tuhan... nie bukan isteri meradang tapi anak-anak menjerit Mak... makan apa malam nie.....Lalu g dapur intai... jengok so masak je nasi goreng kampung ... senang cerita.... semua orang makan kecuali si kecil tu.....  nak tahu resepinya... jom intai....

bahan-bahannya

Nasi Putih biar keras sikit - anggarkan sendiri ya... banyak mana nak ...
15 batang cili padi (nak pedas tambah lagi)
1 batang cili merah ( tak letak pun tak pe...) 
bawang merah 4 biji
bawang putih 2 biji
sedikit belacan
12 ekor ikan bilis
 Blender semua kecuali nasi.....
minyak makan
garam

tambahan;
sayur kangkung
ikan bilis goreng
(kalau suka)


Cara  membuatnya...


1. Panaskan minyak
2. masukkan bahan yang di blender tadi
3. biarkan garing , letak garam jangan masin sangat ye...
4. masukkan nasi putih tadi n kacu sehingga sebati
5. kalau suka suka boleh  masukkan sayur kangkung dan ikan bilis goreng
6. Siap ... rasalah dulu cukup ke tak rasanya... kalau tak cukup buatlah sesuatu untuk jadi sedap... hahhahaha

Jom makan ..... dah lapar dah nie...

Soto Ayam Jenama Adad....




Jenama Rempah Soto yang diguna... boleh tahan juga sedapnya.....


Terasa nak makan soto.... so balik dari jemputan kahwin rumah bos... kewangan aku pun singgah kat kedai depan rumah tu.... dah janji dengan anak-anak nak makan Soto Nasi..... lagipun Nasi Empit dah rebus awal-awal... so apa lagi cari lah bahan-bahannya.... Sampai rumah anak-anak dah menjerit mak..... Hunggry..... Eeee budak-budak nie ... tak boleh bagi can langsung..... nak rehat sekejap.... Hubby pun dah bising anak- anak dah lapar suruh masak cepat... so nielah yang terhasil .... First time guna Rempa Adad ... sedap juga bila pekena dengan sambal kicap ... jom intai resepi.........

bahan-bahannya.

1 ekor ayam... basuh (aku letak tepung gandum... biar hilang lendir n bersih sikit) n toskan

Bahan A
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1/2 inci halia
semua nya di blender

Untuk tumis
2 batang kayu manis
sebunjut  sup Adabi 
1@2 batang serai - diketuk sedikit\
Lengkuas - anggarkan sendiri ya
1@2 bungkus Rempah Soto Jenama Adad
minyak untuk menunis
air sesukupnya
garam

Cara Memasakkannya

1. Panaskan minyak
2. masukkan Kayu manis 
3. Masukkan juga sup unjut adabi
4. masukkan rempah yang diblender tadi
5. kacau hingga garing dan naik bau...
6. masukkan Serai dan lengkuas tadi
7. Masukkan ayam dan sedikit air..
8. Lepas tu... boleh masukkan air ikutlah kesuaian ayam dan rempah yang diblender tadi 
masukkan garam....
9. biarkan empuk..... dan rasalah dulu sedikit apa yang kurang ...
bila semuanya ok boleh angkat dan hidangkan.....

Untuk hiasan pada soto bolehlah taburkan daun sup... bawang goreng... soo hoon goreng atau kacang tanah ... makan panas-pana sedap... 



Wednesday, December 22, 2010

Mee Kuah Beracun....



sayuran yg nak dimasukkan dalam mee tp nie pun mcm kurang sayurnya...


Salam... ari nie rasa macam tak nak  je makan nasi.... jemu lah pulak...... so balik kerja gi... kedai n cari apa yang nak masak... so teringat pulak lama tak buat Mee Bekuah nie... so capai... apa yang ada kat kedai n terus decide... buat mee nie... tapi si kecil tak makan... tak kisah lah dia buatkan Tomyam... abang ngah buat Asam pedas ayam... nie lah masalah aku... Si kecil lauk lain Abang Ngah lauk lain aku,  hubby n anak sulong makan apa  je.... ...  Rakan-rakan bila musim raya byk yang minta aku masakan mee nie... Jom intai resepi...


Bahan untuk blender

 1 bungkus Mee Kuning - ikut banyak mana kuah atau keperluan sendiri
15 tangkai cili kering
6 biji buah kecil
3 biji bawang putih
udang kerring 50 (kdg letak kadang tidak)
lada hitam dalam 10 biji (optional)

3@ 4 sudu cili soso
3 @ 4 sudu cili tomato
ayam dipotong kecil
udang dalam 1 mangkuk kecil - (agak-agak sendiri)
sotong 1 mangkuk kecil - (agak-agak sendiri)
telor
minyak makan
air secukupnya

sayur sawi
karot
bunga kubis
 kubis panjang
tomato
daun sup & daun bawang... untuk taburan
bawang goreng untuk taburan
garam,
sedikit gula (kalau ska)

Cara membuatnya

1. panaskan minyak makan
2. masukkan bahan yg diblender tadi...
3. bila dah garing masukkan udang, ayam n sotong tadi
4.  biar empuk sedikit n masukkan tomato n cili sos...
5 maskkan air ikut keperluan bahan yg diblender tadi
6. masukkan garam n gula (kala suka)
6. saya lebih suka rasa dulu n kalau kurang boleh tambah apa yang patut
7. maskkan telor
8. masukkan sayur tadi... biar dia empuk sekejap
9, akhir sekali bar masukkan mee yang telah dibasuh...

Emmmm cubalah ....  insyakallah jadi.....

Tuesday, December 21, 2010

Ikan Masak Gulai Nanas Rebus


Santapan malam nie... aku masak ikan masak gulai nanas rebus, tom ayam... kegemaran si kecil jemu dah... 4 ari seminggu mesti ada masak tomyam ayam..., tahu goreng cicah sambal kicap, kobis goreng dgn cendawan.. sambal tumis ayam.....  aku nak perkenalkan  Resepi di atas...

Bahannya

3 ekor ikan... (Ikan Gelama Atau Ikan Sela Kuning ikut ye..) basuh n toskan
Lada kering 10 tangkai
1 biji lada merah
5 biji bawang kecil
2 bijih bawang putih
sedikit halia
sedikit belacan (optional)
(blender semua bahan tadi kecuali ikan ye..... )
Nanas ikut banyak mana nak letak ....
asam jawa
garam
gula
kunyit
Bunga kantan (optional) kalau suka letak

Cara 2nya

1. sediakan periuk
2. masukkan air ikut dalam periuk (saiz) sedang
3. masukkan nanas dan bunga kantan
4. masukkan rempah yg diblender tadi
5. masak atas dapur
6. Biar mengelegak, masukkan air  asam, garam, gula dan kunyit
7. bila sebati boleh tutup n hidangkan

 Rasalah dulu.... kalau kurang perasa cubalah tambah apa yang patut sebab saya bukan pakar ....

Monday, December 20, 2010

Sardine Pastry

CUTI CUTI MALAYSIA...... 

Hari nie aku cuti so... saja ambil cuti rehat selepas 14 hari kerja tanpa henti dapatlah aku buat Pastry dari jenama Kawan untuk santapan Hubby bila balik opis ... dia suka sangat...
sanggup beli Ikan Sardin dalam tin... lama juga dah beli terperap je dalam bakul so takut Expire  aku pun buat lah pasry nie... Tank Mat Gebu .... yang telah memperkenalkan pastry nie pada ku... kalau nak resepinya dah ku  beri sebelum nie cari ya...

Ayam Masak Merah Simple





Ayam Masak Merah makan Sendiri



Ini adalah dari resepi emakku... kalau dia masak untuk anak2 dan cucu biasanya dia gunakan resepi nie simple sangat tak payah guna ... serai , lengkuas ..... Tapi rasanya sedap beb... suamiku pun suka ... mungkin Air Tangan Mak Okid (gelaran mak ku)




 Jom intai resepinya.......


1/2 ekor ayam... 
Bahan A
10 - 15 batang lada kering
6-8 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 inci halia

Bahan B
4 sudu susu cair 
5 sudu sos tomato
5 sudu sos chili
3 sudu tomato pureen 
air asam jawa
garam 
gula pasir 
(anggarkan sendirinya berapa banyak nak letak)


Cara memasaknya


1. Blender semua bahan A
2. Ayam tadi di goreng terlebih dahulu jangan garing bila dah agak garing keluarkan dan tos.
3. Panaskan minyak... kemudian masukkan bahan yang diblender adi dalam kuali yang dah cukup panas
4. Biarkan dia cukup garing dan naik minyak...
5. masukkan tomato sos, cili sos dan tomato pureen
6. Baru masukkan ayam tadi
7. kacau biar mesra... betul ke bahasa
8. masukkan dalam 1/2  cawan air kacau lagi
9. masukkan air asam dalam 3 sudu ikut citarasa ya...
10. Akhir sekali masukkan susu cair....  kacau lagi...
11. bila dah masak boleh lah hidang.... senang kan..... 





Sunday, December 19, 2010

Resepi ari Blog Mat gebu..



Sori ye che mat ... saya suka sangat resepi nie n... nak jadikan resipi simpanan peribadi  so dah banyak kali buat memang sedap dan mudah... halal kan ye...

BAHAN-BAHANNYA


10 keping puff pastry jenama "Kawan" saiz 4 x 4 inci
Blueberry filling secukupnya

@ boleh tukar dengan inti sardin
macam inti karipap tu... sedap...1 kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata

CARA MEMBUATNYA 

  1. Ambik 1 keping  pastry puf jenama kawan tadi , potong  4 bahagian Jadikan empat segi sama  Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah( x) . Bahagian satu lagi, diletak 3/4 camca teh blueberry fillling atau inti sardin  tutup dengan bahagian yang dipotong dan tekan tepi2nya dengan garfu. 
  2. Sapu kuning telur dan bakar pada pasti yang dah di tutup dengan pasry pangkah tadi  selama 25 minit. Sejukkan  kalau makan panas-panas sedap sunggug... 
  3. satu pastry dapat 2  keping saja... 

Resepi seterusnya 


Sup Ayam...


1/2 Ekor Ayam.. basuh dengan tepung n toskan
bahan A
6 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 halia
bahan B
sup bunjut adabi... tak letak tak sedap..
lada sulah @ boleh tukar dengan serbul lada hitam
saya suka ambil lada hitam n tumbuk halus... 
garam
kentang dalam 5-6 biji ikut suka ye..
segenggam makaroni  - optional 
3 cawan air paip ikut suka ye....
minyak untuk menumis


Cara Tumis 


1.Belender semua bahan A
2. panaskan minyak n masukkan sup bunjut adabi n kalau suka boleh masukkan kayu manis... bunga lawang ...  cengkih .... lagi wangi n harum baunya baru masukkan bahan yang dibelender tadi
3. tumis sampai kuning dan naik minyak dan naik bau... 
4. Masukkan ayam yang dah dibasuh tadi bersama kentang dan makaroni 
5. gaul rata dan boleh tambah kan air dalam 3 cawan ikut suka ye... agak-agak sendiri...
6. mask hingga kentang,ayam  empuk 
7. Tambah perasa ... so... boleh hidang  Taburkan daun bawang n bwang goreng


Orang Johor suka makan sup dengan sambal kicap seperti resepi diatas.... sedap... 





LAMA TAK MASAK .....

Hampir seminggu dapur tak berasap.... sibuk kononya dengan keja kat opis.... nak rumah pun macam tukang pecah..... budak-budak dah menjerit mak ... jemu  makan kat Dapur nombor 2 ku....ha... mana lagi kalau bukan Restoran Noor..    So ari nie aku pun masaklah..... . Waluapun tak sedap... tap licin juga so... nanti malam kena masak lain... nie aku nak buat kenangan resepi ku... mungkin saj nak simpan umtuk masa-masa akan datang ... so... kalau aku sibuk boleh anak-anakku masak sendiri... 


Hidangan pertama 




Bayam dengan Bunga Kobis


masak yang paling senang

Sayur bayam.. potong basuh n tos 
Bunga Kobis potong ikut suka 
carrot hiris halus 
5 ekor udang (aku je yg  makan udang dalam rumah)
bawang putih 2 biji (hiris halus)
bawang merah  @ bawang kecil dalam 3 biji (hiris halus)
lada merah 1@ 2 batang.. (hiris Halus)
minyak 2 sudu besar
garam ikut suka... 


cara memasaknya


1. panaskan minyak
2. masukkan bawang merah , bawang putih, udang dan lada merah yang dihiris  tadi
3. biar naik bau @ kekuningan
4. akhir sekali maskkan sayur bayam n letak perasa..
boleh makan... cadangan sayur bila nak makan baru masak baru sedap....


Sotong kembang masak Sambal Tumis





Ini lauk kegemaran suami ku... nak pujuklah konon so.... resepinya pun senang juga ....

bahan A
1 Sotong Kembang... betul ke... nia gelaran ku je.. 
20 @ 15 tangkai lada kering
8 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1 1/2 inci burger malaysia (belacan)
1/2  @ 1/4 inci  halia
Blender semua.... hingga halus 
bahan B
asam jawa anggarkan sendiri
1 sudu gula - ikut suka
2 sudu gula merah - ikut suka



aram... ikut suka

Cara Tumis
1. Tumis semua bahan A hingga garing @  naik minyak kata orang kalau tak garing nanti tak sedap rasa maung...
2. bila dan naik minyak masukkan sotong kembang. gaul rata biar dalam 5 minit
3. masukkan garam dan gula merah dan gula pasir
gaul rata....
akhir sekali masukkan air asam jawa... 
4,.... biarkan epuk dan boleh rasa kalau kurang tambahlah apa yang patut...

Tauhu Goreng Cicah dengan Sambal Kicap 




Ini memang aku suka .. pembuka selera 

Share resepi 

sambal kicap 

10 - 15 tangkai cili padi
2 biji bawang putih
kicap 
gula
garam

 aku suka kalau semuanya ditumbuk lumat zaman sekarang nak senang blender je... ikut sukalah 

Caranya
tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih hingga lumat. masukkan gul garam n kicap nak sedap tabah limau kasturi terangkat beb...

Monday, December 13, 2010

Lagi Koleksi ku...... dan tempahan dari rakan -rakan..


Tempahan Dari Cikgu Sekolah .... 


Tempahan Dari jiran sebelah untuk harjadi adiknya





Tempahan Dari Hasmin dan Rima terima kasih ye...

Sunday, December 12, 2010






Koleksi ku...
koleksi Coklat ..... nie pun tempahan dari adik ipar dan wanti terima kasih ye

Foto kenangan-kenangan tempahan dari teman





Gambar Kenang-Kenangan

lama juga tak buka blog nie.... sibuk gaban.... bila akhir-akhir tahun.... nak upload gambar mcm tak sempat...je.. tp gagahkan juga... masukkan gambar yg lama-lama tempahan dari rakan rakan....

Thursday, December 9, 2010

TUMPANG SEKAKI..... cup cake...



Cuti Maal Hijrah ... anak-anak sibuk suruh buat Cup cake,,,,, aku.. pun cuba juga... .ini adalah sebaagian cup cake ku... jeng-jeng makan kat rumah anak saudara yang baru nak pindah rumah..... sorilah tak sempat nak masak apa2 ...... hanya ada cup cake je

CHOLATE LUV



Tempahan Coklat LUV

Dalam kepenatan menghadiri bengkel di Bilik jamuan UTM akhirnya dapat juga siapkan tempahan dari adik ipar . nasib tak banyak... kalau tidak  bentan jadinya... .... .......apa pun tank Q Ina...maaf kurang menarik lah...

Tuesday, December 7, 2010