Sunday, October 30, 2011

Kek Butter Cream dan Brownies Kek.

Anak perempuannku nak balik Lipis hari ini ... wah apa nak dibekalkan... .. fikir punya fikir... baik cuba buat kek yang aku belajar minggu lepas... manalah tahu masa dalam kelas menjadi tapi bila buat sendiri.. bentat pulak.... So inilah hasilnya... Puas hati juga ...so... tak malulah nak surah anak bawa balik kek tu kat Inst. Peguruan... boleh juga buat makan malam dengan kawan-kawan dia.... Lagi pun dia selalu komplain... makanan kat sana mahal....

jum tengok gambar gambarnya.....


Ini Kek Buttercream... boleh tahan sedap dan menjadi terima kasih Chef Azie.... aku dah cuba membuatnya


Brownies Kek ... dalamnya ada badam hiris sedap juga...



Aku tabur dengan gula icing di atasnya saja... nak cantikkan kek itu

Saturday, October 22, 2011

Kelas Kek ...

Akhirnya dapat juga aku berpeluang memenuhi minatku untuk pergi kekelas membuat kek... Dari sehari kesehari aku tangguh-tangguh kini tibalah masanya.... seronok juga dapat tip-tip dari Azie... walaupun beliau nampak pendiam pada awalnya.. tapi bila mula kelas banyak ilmu yang dicurahkan... langsung tak lokek ilmu apa saja yang ditanya dia cuba menjawab dengan ikhlas.. terima kasih azie...

Aku paling suka kek choclate Moist sedap sungguh anak-anak bila ku bawa balik wah... mavelous kata mereka... bolehlah aku buat masa Raya Haji... walaupun aku biasa buat kek.. tapi bila orang nak tempah macam tak confident.. tapi bila dah pergi kelas ...ok baru boleh ambil tempahan.. ye;;; lah tu...

Aku dan rakan-rakan yang lain rasa seronok dengan kelas tersebut janji nak g lagi untuk kelas yang akan datang terutama Basic Butter Cream ... haha... nak belajar menghias dan membuat kek hari jadi... nanti kalau dah g aku akan tunjuk gambar nya ya...

jom intai gambar-gambar semasa kelas ..

Ini lah Chef Azie...


Kek dah siap dimasak dan di hias





Thursday, October 13, 2011

Kek Coklat Ciptaan Chef Charfee

Hahha tengoklah hasil ciptaan anak, nak kata cantik... emmm bolehlah... Dia nie sedang menuntut di YPJ Diploma Kulinari... Sem ini dia kena menghias kek ... macam2 bentuk yang digubahnya...tapi gambar nie je yang aku sempat rakamkan...

Aku nie bukan suka sangat makan kek tapi bila rasa kek macam sedap je.. terutama toping coklat tu... aku pun minta lah resepi nya...

Jom kita intai

250 gm Whiping Cream
300 coklat masak
2 sudu majern


Double boilkan coklat tu
dah cair masukkan Whiping Cream
dan mejerin..

sedap tau...

sorylah gambar terbalik ... ..
apa pun oklah tu...

Wednesday, October 12, 2011

Roti Manis







Tiba-tiba je... rasa macam nak makan roti buatan sendiri... hahha.. 2 hari berturut-turut buat .. hari perama tak menjadi bentat je... kenapa ye... so buat lagi dengan resepi dari kak nor Secubit Garam tu pun dengan bantuan Salina Akmal... terima aksih ye... tapi banyak juga yang saya ubah sana-sini... maaf ya... maklumlah saya tak de BM (Bread Maker) so hanya guna kudrat yang ada je... Tapi yang penting menjadi... So aku pun bawa seloyang ke pejabat ... belanja kawan-kawan....

Jom intai-intai resepinya
Resepi asal gunakan (BM) saya gunakan kudrat je...

Bahan2nya
380 gm tepung roti (saya guna tepung gandum)degil ye.. lawan tauke..
3 sudu tepung susu
1 biji telur gres A - kocok dengan garpu dulu
100 ml air
30 gm butter (saya guna majerin)
100 water roux ( nanti saya ajar cara buatnya)
30 gm shoftening
3 sudu kecil yis ( 1 paket)
80 gm gula caster
secubit garam

Cara Mengadunnya;

Campur yis dengan gula dalam bekas lain
Kemudian dalam bekas lain masukkan air, telur dan water roux kacau sampai sebati dan rata, masukkan yis dan gula tadi , gaul lagi (gunakan senduk ya.. ) masukkan butter dan softening.. gaul lagi.. , masukkan secubit garam ... masukkan susu tepung dan akhir sekali baru masukkan tepung . gandum sedikit demi sedikit gaul lagi hingga menjadi doh ...yang cantik..

proses ini penting untuk memastiakn doh betul-betul menjadi lembut dan cantik...ulilah sedaya mana yang boleh... biarkan 2 kali naik.. ( doh agak lembut dan lembik so... tangan hendaklah sentiasa disapu dengan mentega... kalau tidak agak sukar untuk mengulinya kerana doh agak lembik

bila dah naik .. untuk mendapat roti yang lembut uli lagi... tumbuk agar di buang angin-angin di adunan tadi... bentukkan bulat-bulat dan susun dalam loyang.

biarkan dalam sentengah jam dan boleh bakar

Wah hasilnya memang menjadi... cubalah

Alamak lupa nak bagi cara nak buat Water Roux

125 ml air
25 tepung gandum

Caranya.. satukan air dan tepung gandum.. masak atas api perlahan .. hingga pekat biarkan sejuk baru digunakan...



Ini Rsepi asal dari Salina Abkamal.. boleh ua saya Taq resepinya...
dan beberapa gambarnya sekali..
Resepi roti doh asas..(guna water roux)

Sumber : Kak Nor dr secubit garam.blogspot.com

380gm tepung high protein (tpg roti)
* 3 sudu besar susu tepung
* 80gm gula castor
* 3 sudu kecil yis segera
* 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
* 100ml air
* 100gm water roux
* 1/2 sudu kecil garam
* 30gm butter
* 30gm shortening


Cara-cara

1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.


#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

resepi water roux, kite buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami.blogspot.com ..dan blh tgk kat jintanmanis.com..ade penerangan pjg lebar lagi..

25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/294063_293179374043414_100000540610416_1161001_1691286736_n.jpg

Saturday, October 8, 2011

Majlis Hari Raya UTMSPACE



sahabat/adik yang sama-sama meninggalkan UTMSPACE...


Terima kasih prof... atas segala usaha prof untuk saya . Sampai bila-bila saya pun saya tak akan lupa.... Waluapun pada awalnya sedih juga nak tinggalkan SPACE yang hampir 14 tahun saya disitu
susah senang jatuh bangun saya dah rasa...
Alhamdulillah kini saya dapat sesuaikan diri di FAB... rakan2 dan bos yang cukup sporting... dekan FAB pun baik ... dan selalu tersenyum... Aku gembira disini... Aku janji untuk membantu FAB dalam sebagaimana aku bantu space dulu... doakan agar usahaku akan menjadi kenyataan....



Kerja di FAB lebih mencabar kalau kurang pengalaman susah juga nak belajar...
kini... aku dapat laluinya dengan tabah dan dapat melakukan kerja yang diamanhkan dengan baiknya amin... Mudah-mudahan allah permudahkan segalanya untuk ku....











Bekas bos ku... dan bekas rakan seperjuanganku ... Walaupun kita tak sampai setahun kerja bersama tapi aku cukup mesra dengan mereka... kata nasihat dan kata-kata peransang yang di beri buat aku bangun dari kejatuhan yang amat teruk... terima kasih bos.... Kenangan bekerja dengan mereka tak dapat aku lupakan hingga akhir hayatku.... Sesungguhnya perancangan allah amat sempurna untuk umatnya.... Amin...



rakan2 ku yang ceria....

Aku dan Hong Kong

Tanggal  9 Mei - 14 Mei 2011 aku dan 15 orang rakan2 ku telah menjejakkan kaki ke Negara China iaitu ke Syanzen.... dan seterusnnya kami ke Hong Kong.... hampir 4 bulan baru aku dapat upload gambar2 nie dalam blog ku...  untuk dijadikan kenagan yang tak dapatku lupakan...


keletihan nampaknya menunggu bas untuk di bawa ke China ...

teacher Miza paling sporting.. pn suhaili... emmm mempunyai banyak kenangan ... ,,,


posing jangan tak posing 






handphone siapa yang original nie...