Saturday, November 24, 2012

ROTI MANIS AYUHARLINA

Lamanya tak meroti nie.... tapi oleh kerana  ada permintaan aku pun meroti semula...... Bila dah mula susah pulak nak berhenti.... lagi pun aku ada janji dengan teman ku Fazilah... tunggu ya illa roti menjelma kembali.....  insyakallah aku akan tunaikan permintaanya... bak kata orang kalau dia mengandung dah bersalin... agaknya nak makan roti ku... Fazilah tunggu roti dari akak ya....

Sila lah  jeling roti yang aku ubah suai hingga aku puas hati akan hasilnya  ... lama juga mencuba.... banyak kali juga keras... tak gebu... tak naik... macam2... tapi kini berkat kesabaran akhirnya inilah hasilnya ... kali ini aku amat berpuas hati... Sebenarnya aku belajar roti nie dar kak Ana .. dimana dia sekarang .... walau pun resepinya agak berbeza tapi cara dan aduannya agak sama kak ana guna yis basah aku guna yis kering....  aku ubah dan tokok tambah sendiri allhamudulillah hasilnya .... menjadi macam kak ana punya...


aku tabur badam dan gula atasnya




Tabur gula je....

Resepinya

500 @ 550 gm tepung gandum 
100 gm gula halus
1 buku yis
2 sudu besar mentega @ butter
40 gm susu cair
1 sudu besar  pelembut roti @ shoftening
secubit garam
300 gm air suam2 kuku
1 biji telur

Cara membuatnya

1. campurkan  gula, dalam air suam2 kuku tadi kacau sekejap... n masukkan yis  perap dalam 10 minit atau hingga yis naik....
2. Bila yis dah kembang... (naik) masukkan butter, susu cair... telor... pelembut roti dan pukul (pakai mixer) dalam seminit dua...
3. baru masukkan tepung hingga habis... mixer lebih kurang 20 - 30 minit... 
4. Adunan ini agak lembik tapi jangan risau... biarkan  perap dalam sejam atau 2 kali gandan... kebiasaannya adunan akan naik 2 kali gandan dalam masa 1 jam... saja...
5. Tumbuk- tumbuk adunan tadi untuk buangkan angin.. mesti ya..
6. Sebagaimana yang saya kata tadi adunan agak lembik... melekat di tangan... keluarkan dari bekas dan ..
 uli  hempas2 henyak...eeee semasa menguli   pastikan tempat menguli tadi di letak butter/majerin... pastikan juga tapak tangan sentiasa di sapu majerin.... uli  dalam 10 minit... 
7. Bentukkan dia menjadi bulat2.... jangan lupa tangan letak majerin...ya...
8. susun dalam loyang...... rapat2 ya.. perap lagi hingga naik 2 kali ganda  baru di bakar.... 
9. Biasanya dapat 2 loyang lebih kurang ada 10 @ 12  ketul..


memang agar sukar.... kalau tidak   melihat sendiri cara membuatnya tapi kalau tak cuba tak tahukan...

Selamat Mencuba...





Saturday, November 17, 2012

Steam Buttercream

Akhirnya dapat juga aku mencuba dan melaksanakan impianku untuk belajar buat steam buttercream... puas cari,,, intai buat akhirnya aku boleh dikatakan berjaya 40% melepa kek dengan mengunakan teknik steam buttercream...

nak pergi kelas tp memandangkan akhir tahun nie nak pakai banyak RM maka hajat tu dibatalkan je.... insyakallah kalau onkosnya dan pulih semula aku nak juga pergi kelas ini... biar dapat tenik yang betul...

Sebenarnya aku dapat resepi ini dari blog masam manis  iaitu azlita aziz dan aku sokodeng blog Juicy Cake terima kasih ya telah menunjukkan cara membuatnya  dan resepinya sekali...jelas dan terang jom saya sharelah apa yang telah saya buat berpandukan cara azlita 

Steam Buttercream 


500 gm krimwell
250 gm shortening
50 gm butter
250 gm gula aising ~ di ayak

Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa memukul 5-7 minitBoleh tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.


ok kita mula melepanya.. boleh ya azlita saya ambil dan taqkan kat sini... sangat terang dan jelas peneranganya... harap dihalalkan...

Sapukan buttecream pada kek nipis sahaja. Pastikan sebelum kita sapukan kek, kita bulatkan semua  bucu dan penjuru kek. Ini adalah untuk memudahkan cream tu mengalir dengan licin. Letakkan kek atas redai dan alas dasar redai dengan loyang. Ini bertujuan, apabila kita tuangkan buttercream ia akan mengalir ke bawah dan lebihan buttercream akan terkumpul di dalam loyang. 


Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat steam buttercream. Tapi sebelum itu, pastikan loyang yang berisi kek di letakkan betul-betul berhampiran dapur. Ini adalah kerana mudah untuk kita tuangkan buttercream yang dah mencair atas kek dengan kadar segera.

ini cara azlita 

Masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. Air jangan banyak ini sekadar untuk memanaskan bekas dan mencairkan buttercream sahaja. 
Masukkan buttercream tadi kedalam bekas plastik yang tahan panas. Jangan guna bekas stainless steel kerana stainless steel pengalir haba yang baik dan akan mempercepatkan buttercream mencair. Kita tidak mahu buttercream itu terlalu cair. 
Bila air sudah mendidih, kecilkan api segera. Masukkan bekas plastik tadi ke dalam kuali. 
Gunakan kitchen glove untuk memegang bekas, bagi mengelakkan kemalangan.
Pastikan anda sentiasa mengacau buttercream. Gunakan spatula untuk mengacau.


Buttercream akan mula mencair, angkat keluar daripada kuali dan teruskan mengacau hingga rata.

Kemudian masukkan semula dalam kuali dan kacau lagi. Lakukan kaedah keluar masuk - keluar masuk kuali hingga adunan sedikit  mencair tak pekat tapi likat.. 


boleh ya azlita saya sharekan gambar nya... susah nak ambil gambar masa buat nie... maklumlah budak baru belajar..



Beginilah rupanya bila adunan buttercream itu telah mencair



Segera tuangkan adunan atas kek tuang rata-rata hingga menyaluti seluruh kek.
Hentak-hentakkan loyang, agar adunan itu mengalir licin dan lebihan buttercream segera mengalir ke bawah. 
Ini juga bagi mendapatkan permukaan kek yang licin.
. Ia akan mencacatkan adunan buttercream itu nanti. jangan gunakan spatula atau nak meratkan sendiri nanti mencacatkan permukaan kek itu. Masukkan dalam peti sejuk biar dia mengeras 

ok boleh deko

ini kek yang telah di buat oleh azlita cantikkan

ini kek saya pulak... bolehlah untuk percubaan...



deco yang teruk... mula-mula tak nak letak warna merah tu tp.. sayang pulak banyak lebih adunannya... so letak jelah..


Kalau nak lebih jelas sila layari blog  Azlita Aziz...


Selamat Mencuba......

Friday, November 16, 2012


Kartina Khamis saya share resepinya ya... mcm sedap je... so saya simpan utuk koleksi saya.... dan untuk tatapan rakan blog yang lain

kerabu sotong

bahan2....
1/2 kg sotong-potong bulat n celor ngan sedikit garam,pastu rendam lam air sejuk jap n toskan...
bahan hiris..
1 labu bawang besar
10 biji cili padi
2 biji tomato
1 btg serai
2 biji bwg putih-cincang
2 tangkai daun bawang n sedikit daun sop
2 biji limau nipis-amik air jerp
garam n gula secuku rasa
cara2...gaul sotong ngan sume bahan yg dihiris,masukkan air asam limau nipis,n perasakan..

Kek Mable


Kek Marble Chocolate .. <3

Bahan2nya:

250gm mentega
200gm gula aising
5 biji telur gred A
280gm tepung kek/gandum
1 st baking powder
1 sb ovellate
1 sb esen vanilla
3 sb susu pekat manis
1 sb serbuk koko

Cara2nya:

1)Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2)Masukkan telur sebiji2 -pukul lg
3)Masukkan ovellate - pukul hingga kembang dan gebu.
4)Masukkan esen vanilla - pukul
5)Masukkan susu dan akhir sekali masukkan tepung - pukul sebati.
6)Tinggalkan sedikit adunan campurkan dgn serbuk koko dan lapis2kan.
7)Lorek2kan mengikut selera anda.
8)Bakar p suhu 160'c selama 45 minit -1 jam mengikut kepanasan oven masing2.

SELAMAT MENCUBA.....














Kek Marble Chocolate .. ♥

Bahan2nya:

250gm mentega
200gm gula aising
5 biji telur gred A
280gm tepung kek/gandum
1 st baking powder
1 sb ovellate
1 sb esen vanilla
3 sb susu pekat manis
1 sb serbuk koko

Cara2nya:

1)Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2)Masukkan telur sebiji2 -pukul lg
3)Masukkan ovellate - pukul hingga kembang dan gebu.
4)Masukkan esen vanilla - pukul
5)Masukkan susu dan akhir sekali masukkan tepung - pukul sebati.
6)Tinggalkan sedikit adunan campurkan dgn serbuk koko dan lapis2kan.
7)Lorek2kan mengikut selera anda.
8)Bakar p suhu 160'c selama 45 minit -1 jam mengikut kepanasan oven masing2.

SELAMAT MENCUBA.....

Resepi rakan ku dri FB tak ingat siapa tuan tanahnya... geram tengok so taq kat blogku... nanti akalu dah cuba aku akan tunjuk hasil air tangn ku....
a

Monday, November 5, 2012

COKLAT MOIST LAYER CHEESE



Nor Fatirah Abd Ghani terima kasih Nor sharekan resepinya.. kini aku pulak sibuk share dalam blog..eee 
September 23 

COKLAT MOIST LAYER CHEESE
1cwn serbuk koko
1cwn susu pekat
1cwn susu cair
1cwn gula
1cwn minyak... minyak apa pun xpe jgn minyak petrol dgn minyak urut dah la... he..he..
*campur semua bhn n kacau atas api slow, dah hancur ttp api sejukkan

3/4cwn tpg gandum
1sdt soda bikarbonate
1sdt baking powder
*ayak bersama

4biji telur
*pukul sikit
Masukkan telur dlm adunan coklat.. gaul sebati kemudian masuk tpg yh diayak gaul hingga sebati.. guna wisk je senang..

BAHAN CHEESE
250gm krim cheese
60gm gula kastor
25gm tpg gandum
25ml air/susu pun blh
1 biji telur
*gaul sebati semua bhn...

CARA MELAPIS
panas pengukus.. kukus separuh dari adunan coklat.. saya guna loyang 8" selama 15 mnt kemudian tuang adunan cheese n kukus lg 15 mnt... kemudian masukkan lebihan adunan coklat tadi n kukus lg 40mnt atau hingga masak...
Dah masak sejukkan n blh la tuang ganache atau deko ye... he..he.. selamat mencuba..











Kuih Lompang

♥ Terbaik dari Resipi Kak Sally Rashid..."Kuih Lompang " ♥


Ini adalah resepi dari rakan2 ku di FB ... Aku pantang tengok resepi yang menarik mesti naj di abadikan dalam blog kesayanganku ini...

Makku suka sangat kiuh nie... jom intai resepinya....

Resipinya.
- 1 1/2 cawan tepung beras.
- 1 sudu makan tepung ubi.
- 1 sudu kecil air kapur.
- 1/2 cawan gula pasir.
- 1/2 cawan gula merah.
- 2 cawan air.
- daun pandan.
- kelapa parut putih+ garam ( di kukus).

~ Cara2nya~
- satukan gula pasir,gula merah+ 1 cawan air dan daun pandan,masak sehingga larut..sejukkn.
- satukkn tepung beras,tepung ubi,masukkn 1 cawan air..selepas itu tuangkn gula yg telah di sejukkn tadi dan tapis..
- tuang ke dalam acuan lompang yang telah si sapu minyak..kukus selama 10- 15 minit..selepas itu kukuslah sekejap kelapa parut tadi..mudahkan..