Sunday, March 6, 2011

Lengkong Santan......

Masa-masa hujan begini.... mata ashik nak tidor je... tak tahu nak buat apa.... G dapur ternampak serbuk agar-agar .... Otak pun fikir jom buat agar-agar santan (Lengkong Santan) kata orang Johor... betul ke... . Pukul 2.00 petang bancuh n pukul 5.00 dah boleh makan .... Ok juga dapat  basahkan tekak makan lengkong nie..... Dapat juga kirimkan kat jiran sebelah...  Agar-agar nie aku agak agak je sukatannya.... Jom intai...






Nak Rasa silakan.... e,,,,,, sedap dan lembut  tapi kurang manis 




Saya guna santan kotak je... (kalau pekat boleh tambah air )


Bahan-Bahannya


10 gm sebuk agar agar
1 liter air  ( kurangkan dalam 1/2 cawan)
1 biji telor
3/4 cawan santan pekat
1/2 cawan gula (ikut nak manis mana) kalau nak 1 cawan pun boleh


Cara - cara membuatnya


Masak air bersama dengan gula. Biarkan gula hancur dalam 10 minit.. kacau lagi..
Dalam bekas berbeza  santan dan telor di kacau hingga sebati
Kemudian masukkan dalaml air gula dan serbuk agar-agar tadi
biarkan mengelegak dan kacau sekejap lalu  tutup
masukkan dalam acuan 
biarkan  sejuk dalam 1/2 jam lalu masukkan dalam peti sejuk eeeemmm sedap bila makan sejuk sejuk .... Senangkan cubalah.....

3 comments:

Kak Noor said...

Yang warna hijaunya Ayu letak air daun pandan atau pewarna. Sebab tak ada senarai bahan-bahannya.

ayuharlina said...

saya letak perasa pandan yang warna hijau je... maaf lambat balas ya...

ayuharlina said...
This comment has been removed by the author.