Air Tanganku..
Lama sungguh aku tidak meroti... adalah lebih kurang sebulan.... emmmm .. so angin mendatang apatah lagi hari Jumaat nie ada orang nak sedekah Pulut Kuning kat Opis ku... jadi aku pun tumpanglah 2 loyang Roti Manis ayuharlina... eeee namaku dah jadi nama pada roti eee perasaan pulak..
Macam menjadi pulak gebu dan lembut rotiku kali nie.... hahah yang penting rakan2ku dapat merasa rotiku... ada juga yang kata lamanya akak tak bawa roti..... kat opis.... aku buat tak dengar je... bukannya pa kekadang tu bila malas melanda... bukan saja roti jejemput pun malas nak buat...
Jom tengok roti ku..
geram tak...
Jom aku sharekan resepinya..... Selamat Mencuba..
Bahan2 nya
500 tg gandum
1 biji telur
100gm gula caster
80 gm mentega (butter lagi sedap)
11gm yis
Sedikit garam

250gm air disatukan
50gm susu cair
1 sudu besar (lebih sikit pun tak pe) bread softener
½ cawan air suam
Cara membuatnya
Bahagian A
11gm Yis , 1 sudu besar gula, 1 sudu besar tepung disatukan dalam bekas (mangkuk pun
boleh) dan masukkan air suam tadi.. biarkan dia kembang lebih (kurang 10 -15
minit)
Bahagian B
Dalam bekas lain masukkan tepung, gula, garam, telur,mentega,
bread softener .. masukkan bahagian A dan
uli sebentar,,, masukkan air dan susu tadi sedikit demi sedikit uli… hingga
kental dan menjadi elastik….. kena betul menguli saya guna mixer…. Lebih kurang
dalam 20 minit … ( tidak melekat kat tangan) sekiranya lembik taburkan sedikit
tepung agaklah ya… biarkan naik 2 kali ganda lebih kurang 30 – 1 jam
Bila nak naik buangkan angin dan menguli lagi ….dengan
menumbuk2 adunan itu… so … dah boleh buat bulat2 masa ini saya alis tangan saya
dengan butter agar mudah dan tidak melekat kat tangan susun dalam loyang yang sapu mentega seperti
dalam gambar … biarkan naik lagi dan
bakar dalam oven suhu 160 darjah C api
bawah saja roti ini akan masak sekata..
Cubalah kalau tak faham boleh Tanya…
 |
yummmmm |
