Monday, January 23, 2012

Kek Coklat Kukus Puan Roha (dari Salina Abkmal)

Resepi nie aku ambil dari rakan-rakan di FB Salina ... boleh ya salina saya abdikan resepi nie dalam blog akak ... kalau tak silap adik iparku pernah buat semasa dia buat majlis makan-makan dirumahnya... sedap sungguh rasanya ... aku yang tak gemar makan kek coklat pun boleh habis 2 keping... . Anakku pun kata Mak sedaplah kek mak teh buat.... Anakku memang suka kek coklat... .. so aku pun nak mencuba harap-harap menjadi... ambil keputusan simpan resepinya nanti ada masa aku buat...apa lagi aku nie tak boleh tengok kek sedap sikit mencuba ... memang tidak mengecawakan sedap dan menjadi sungguh... tank Sal... lihat-lihat.... keknya..




KEK COKLAT KUKUS ROHA
Penyumbang : Roha

Bahan2.h mencuba...
Tepung Gandum 2 cawan
Gula Halus 2 cawan } gunakan gula yg biasa dan kisar halus
Serbuk koko 1 cawan} Boleh kurangkan sikit jika tak suka pahit
Minyak Masak 1 cawan
Air Panas Mendidih 1 cawan
Susu pekat manis 1 tin kecil} Klu pakai cremer 1 tin besar
Telur 5 biji
Baking powder 1 sudu kecil
Bicabonate of Soda 1 sudu kecil

Caranya:
Sediakan pengukus. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat. Masukkan dlm bekas dan buat lubang di tengah2nya. Masukkan telur, gula, susu, minyak dan kacau sebati. Jangan kacau terlalu lama. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata. Kukus selama 1.30 jam. Untuk mengetahui kek sudah masak , cucuk dgn lidi dan kalau lidi ditarik bersih menandakan kek telah pun masak. Bolehlah dihias dgn toping atau dimakan begitu sahaja.

p/s : semasa mengukus pastikan air kukus ditambah. Dalam masa 1.30jam pengukus hendaklah dibuka hanya sekali sahaja.


Topping dari Kek Coklat Kukus Badariah
1/2 buku butter
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat

Cubalah buat pasti menjadi...