Monday, January 23, 2012

Kek Coklat Kukus Puan Roha (dari Salina Abkmal)

Resepi nie aku ambil dari rakan-rakan di FB Salina ... boleh ya salina saya abdikan resepi nie dalam blog akak ... kalau tak silap adik iparku pernah buat semasa dia buat majlis makan-makan dirumahnya... sedap sungguh rasanya ... aku yang tak gemar makan kek coklat pun boleh habis 2 keping... . Anakku pun kata Mak sedaplah kek mak teh buat.... Anakku memang suka kek coklat... .. so aku pun nak mencuba harap-harap menjadi... ambil keputusan simpan resepinya nanti ada masa aku buat...apa lagi aku nie tak boleh tengok kek sedap sikit mencuba ... memang tidak mengecawakan sedap dan menjadi sungguh... tank Sal... lihat-lihat.... keknya..




KEK COKLAT KUKUS ROHA
Penyumbang : Roha

Bahan2.h mencuba...
Tepung Gandum 2 cawan
Gula Halus 2 cawan } gunakan gula yg biasa dan kisar halus
Serbuk koko 1 cawan} Boleh kurangkan sikit jika tak suka pahit
Minyak Masak 1 cawan
Air Panas Mendidih 1 cawan
Susu pekat manis 1 tin kecil} Klu pakai cremer 1 tin besar
Telur 5 biji
Baking powder 1 sudu kecil
Bicabonate of Soda 1 sudu kecil

Caranya:
Sediakan pengukus. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat. Masukkan dlm bekas dan buat lubang di tengah2nya. Masukkan telur, gula, susu, minyak dan kacau sebati. Jangan kacau terlalu lama. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata. Kukus selama 1.30 jam. Untuk mengetahui kek sudah masak , cucuk dgn lidi dan kalau lidi ditarik bersih menandakan kek telah pun masak. Bolehlah dihias dgn toping atau dimakan begitu sahaja.

p/s : semasa mengukus pastikan air kukus ditambah. Dalam masa 1.30jam pengukus hendaklah dibuka hanya sekali sahaja.


Topping dari Kek Coklat Kukus Badariah
1/2 buku butter
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat

Cubalah buat pasti menjadi...

Sunday, January 22, 2012

Musim... cuti-cuti nie...

Selamat Tahun baru Cina pada semua rakan2 dan jiran2 ku... Semoga tahun baru nie akan menambahkan rezeki mereka

masa-masa cuti nie macam-macam yang nak dilaksanakan.....

Tanggal 21 Januari aku kelas buat Tart di Taman Kempas Indah... seronok lah bersama-sama kawan baru. dan Salina yang tidak sombong dan peramah... Seronok dengan kelas tu... semuga kita berjumpa lagi..

jom tayang gambar tart tu...





serious gila.. ehhh tentulah kalau nak pandai




Tengan syok belajar dapat berita kereta baru suamiku kena sondol... aduh belum cukup satu bulan dan kemek san sini... nanti aku tayamg gambarnya

Petang nie rajin pulak nak memahirkan lagi pembuatan roti... ku... teruk juga aku berhempas pulas membanting tulang 4 kerat.. tapi hasilnya lumayan... lembut betul... tak sama roti ku sebelum nie... so dapatlah aku bagi pada jiran sebelah... makan ya auntie...

jom tengok gambarnya... (tak sempat nak letakkan gambarnya)

Friday, January 20, 2012

Kek Gula Hangus Atau Kek Sarang Lelabah...

Dah tiga malam berturut aku buat kuih tempahan dari kawan-kawan. Aduh penatnya... tapi puas hati dapat juga menyiapkan walaupun aku dalam keadaan penat dengan kerja-kerja opis yang banyak...

Hari nie aku menyiapkan 3 biji kek gula hangus untuk temanku buat kenduri arwah... alhamdulilah kek ku menjadi dengan eloknya... amin...

Sebenarnya resepi ini adalah dari Arwah Ibu Badariah ... orang Johor duduk pekan... Pahang... beliau ini mengambil tempahan kek so orang pahang bolehlah kontak beliau ya....

SEronoknya kek sarang semut beliau ini tak perlu perap 3 @ 4 jam... siap bancuh dah boleh bakar dan menjadi dengan cantiknya... Kalau aku guna resepi yang lain aku kenan perap dulu... 3-4 jam...aduh boleh bersalin kalau orang yang mengidam... nak makan...


kalau ada sesiapa nak resepinya jom jengok2 ...

Kek Sarang Lelabah @ Gula Hangus ... (Aku Tukar Nama)

Bahan-bahannya...


2 cawan gula pasir
1 cawan air masak
3 sdu mkn butter

( BUAT GULA HANGUS : Masuk gula dlm periuk & sambil kacau sampai hancur & perang2 , tutup api & masuk kan air & butter)


8 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh bikarbanot
1 esen vanila
1 tin kecil susu pekat
CARANYA:

1:Ayak tepung & bikarbonat

2:Pecahkan telur & pukul sekadar berbuih

3:Masukkan tepung gandum



( DALAM MANGKUK LAIN )

1:Masukkan susu & gula hangus & whisk bagi sebati

2:Masukkan dalam adunan tepung tadi & gaul sebati

Sediakan loyang dengan disapu minyak dan alas dengan kertas . Bakar dalam suhu 150 lebih kurang 50 minit ... Selamat Mencuba


Foto kek Sarang Lelabah...

Happy Birthday Hubby

Tanggal 19 Januari hubby menyambut ulang tahunnya yang ke 60 tahun... wa.... tuadah suamiku.... mcamlah aku nie muda sangat.... hahah... So sempena ulang tahunnya aku buatkan dia sebiji kek . Meriah juga ia kata nak bawa pergi opis ..sebab petng tu ada meeting kelab dan nak ajak kawan2 makan.... emmm yang seronoknya Hubby siap bayar lagi..... hahah aku tak minta orang dah bagi ambil je.... eee terok betullah aku nie...

Apapun aku dan anak-anak sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau di dunia dan akhirat... dan menjadi suami yang penyayang , penyabar dalam melayani keranah anak-anak dan isteri...

Jom akutayang gambar kek tersebut


Kek yang berapa jadi bila deco... apa pun bolehlah...

Teddy Bear Tahun B...aru Cina

lama sungguh aku tidak buat coklat .... adalah dalam setahun memang betul-betul gantung acuan... Tapi tiba-tiba rakan lamaku call minta tolong buatkan coklat Teddy Bear . Mula-mula ingat macam nak menolak... sebab semasa aku buat coklat dulu setahun yang lepas tangan dan bahuku kebas dan sakit ... hubby marah dan jangan buat lagi... masa tu tempahan memang banyak... seronok sungguh . Lupa diri asyik tido lewat malam je...

Itulah agaknya punca tangan ku kebas dan bahuku sakit... hingga nak perah santanpun tak boleh... Aku ambil keputusan tak ambil lagi tempahan coklat... Tapi bila Rima call tak sampai hati pulak .... ambil jelah lagi pun dia buat tempahan awal... ok kot... so ... nie aku tunjukkan gambar2 coklatku disamping buah limau manderin... Rasanya kalau ada orang nak lagi boleh kot tapi kena buat tempahan awal sikit...

Jom tengok gambar-gambarnya ...






Emmm comelkan...,, perassannya... apa pun terima kasih pada rakanku Rima....

Sunday, January 15, 2012

Jom Minum Petang

Petang-petang nie tak tahu nak makan apa . Lapar pulak pergi dapur ternampak pulak pisang yang dibahagi oleh bibah masa aku balik kampung.... otak pun tefikir nak buat kek pisang kalau tak terbuang aje pisang tu...

so aku pun bancuhlah sebiji kek pisang hahah.. anak2 kata mak nie apa masak kek pisang... inilah masalah aku anak-anak tak suka makan,,,, emmmmm aku pulak suka memasak dan suka buat kek ... mak lain kali buat kek coklat sedap dah lama tak buat.... baru best nielah anak2 ku suka sangat kek coklat aku dan hubby pulak tak berapa gemar... Tak apalah esok bawa gi opis... masa petang sedap je makan ... waktu tengah lapar..

Jom intai resepinya


6 biji pisang
1 biji telor
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak jagung atau minyak makan
1/2 cawan susu cair
2 sudu kecil bicabonat

caranya

lenyekkan pisang dengan gula
masukkan telor kacau lagi masukkan susu, minyak dan akhir sekali masukkan tepung dan bicabonat yang diayak dulu.

Bakar selama 1 jam dalam suhu 160 darjah... selamat mencuba tidak mengecewakan tau...


Saturday, January 7, 2012

Kuih Rengas ... Sedap tau

Resepi nie aku ambil dari Resepi Dapur Kama... Aku memang suka makan kuih nie... senang nak buat dan sedap dimakan jom intai respeinya... Kama aka minta share kat blog saya ya... untuk simpanan peribadi... Tapi anak da hubby kata manis mereka tak suka so... aku makan lah sorang2 dan sedekah kat jiran je...






Jom jeling resepinya...

Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut (yg putih) digaul sebati dengan sedikit garam & 1sdB gula (saya letak 1 1/2 cawan kelapa parut)
100ml air suam
minyak utk mengoreng



Cara-cara membuatnya:
Satukan semua bahan kecuali air, tambah air sedikit demi sedikit hingga tepung menjadi adunan.
Jika lembik tmbhkan sedikit tepung. gentel doh & bentukkan leper & sedikit bujur. (sy bentukkan bulat)
Goreng dgn api yg sederhana hingga kekuningan.
Angkat & ketepikan




Bahan untuk menyira:
1 cawan gula
1/2 cawan air

Cara membuatnya:
Cairkan gula sehingga menjadi sirap yang likat.
Masukkan kuih.
Matikan api.
Gaul rata dan sebati sehingga gula kering.
Angkat dan boleh dihidangkan

Kek Sponge Lapis Mix Fruits..

Aku nie bab mengubah memang lemah... .Apa pun harap wahidah suka... terima kasih wahidah... nanti boelh tempah lagi ya... Ini salah satu kek yang mendapat pilihan... kawanku... sedap kata mereka...