Sunday, April 15, 2012

Spagethi Goreng Syahdu..

Spagethi Goreng Syahdu..



Dah tak tahu nak masak apa ... intai-intai ternampak spagethi dalam almari ... terfikir pulak... petang-petang nie makan spagethi goreng sedap agaknya...

lagi pun petang nie cuaca amat baik sekali syahdu je.... tak panas tak hujan... Perut pun berbunyi je... maklumlah tengahari tak makan, pagi tadi hanya makan lontong kering yang dibeli Hubby... so cepatlah  lapar....Itu yang mengelarkan Spagethi Syahdu ... . Kebetulan aku memang hantu makan spagethi... . apa lagi siap sembahyang zohor, kami sekeluarga duduk makan,makanan yang dihidangkan bersama Piza, keropok goreng dan air limau sunquick...

makan teringat anak kat Pahang... nanti kakak balik kita buat makan-makan ya... sabar je... lah..


Piza ... Simple..

Anak ku yang bongsu asyhik bertanya emak bila nak buat Piza.. adik lama tak makan... Aku cakap kita tunggu kakak balik bercuti nanti baru buat atau makan kat Piza huts ... Tapi dia asyhik suruh je... so semalam dia tanya lagi mak buat ye.... so tak sampai hati pulak... So terjadi nya Piza ku yang tak seberapa indah nie... .. Tengan nak bancuh kak dia kat Lipis call mak akak lapar kantin tutup... kesian juga tapi nak buat macam mana bukannya dekat Lipis dengan JB .Kalau kirim makanan basi je... So kakak itu lah dugaan anak perantau ... makan dan minum kena urus sendiri... Perkara semua itu akan menjadi kenangan manis untuk masa-masa akan datang.

harap kak Aqma tak marah ya .. tengok gambar Piza yg tidak seberapa nie...


Habis sepinggan tak tinggal sekeping pun...


Jom Intai Resepinya (Resepi dari  dek_ma) Mohon share ya..)
Mudah dan senang dibuat...


300gm tepung gandum
10 gm gula halus
170 gm air
20 gm majerin
6 gm yiss kering (mauripan)
14 sudu kecil garam (ikut rasa)
1  sudu teh  bread improver (optional)
1 camca teh softening 


Cara membuatnya
masukkan tepung gandum dalam bekas , masukkan yis, gula, majerin,garam,  gaul rata dengan hujung2 jari, masukkan bread softener gaul lagi ... gunakan mesin dan masukkan air dan gaul rata,,, kalau tak de mesin guna tangan pun boleh.... gaul sebati... hingga tidak melekat di jari... lebih kurang dalam 20 minit... biarkan  dalam 45 minit atau adunan naik 2 kali ganda . Tumbuk2 agar angin adunan tu hilang . siap untuk di uli menjadi bentuk piza.  


Untuk toping nya bolehlah ikut kesukaan sendiri saya hanya gunakan 



tomato sos untuk toping
Maryonis Sardin
Sosej Ayam
Cheese parut
Tomato biji cincang halus
bawang cincang halus
lada sulah 
sayur campur
kesemua bahan2 nie tabur atas piza dan bakar ...


(nie resepi dari Dek_ma Blog Resepi minggu ini)



3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya


atau boleh guna resepi ini juga

Piza Edisi lain


·         300 gm tepung gandum 
·         200 ml air
·         15 gm gula
·         4 gm yis (1 1/2 sudu teh)
·         25 gm shortening
·         1 sudu teh garam
·         1 sudu makan susu tepung
1         1 sudu makan bread Improver ( biasanya doh akan menjadi lembut walaupun sejuk)

Cara-Cara:-
·         Masukkan tepung, shortening, garam, gula, susu tepung , bread improver dalam bekas atau mangkuk mixer  ramas-ramas dengan hujung jari jari hingga menjadi adunan yang berderai  bila dan sebati semua bahan tadi On mixer dan masukkan air tadi. Mixer hingga tidak melekat atau adunan menjadi sebati. Biasanya doh agak lembik sedikit (biarkan jangan tambah tepung). Peram dalam 45 minit 

·         Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh. Biarkan 10 minit. Kemudian canaikan doh semasa ini boleh taburkan tepung di papan canai untuk memudahkan di masukkan ke dalam pizza pan atau loyang  Cucuk2 dengan garfu...

Untuk Filling:
·         1/2 biji bawang holand-didadu
·         2 ulas bawang ptih-didadu
·         1 cawan ayam cincang (maaf family tak makan daginh kalau nak letak  boleh je) 
·         2 batang sosej-
·         1/2 cawan sos tomato Prego (Sos Spagetti )
·         Sedikit serbuk lada hitam
·         Sedikit Oregano
·         1 sudu besar minyak makan 
·         Garam dan gula secukup rasa
·         Keju Mozarella secukupnya....lagi banyak lagi sedap..
·         Sos Tomato-untuk sapuan di atas piza... yum..

Cara2:
·         Panaskan mentega @ minyak masak  tumis bawang  dan bawang putih hingga wangi..
·         Masukkan ayam  ,masukkan sedikit air...masak hingga ayam empuk  empuk..
·         Masukkan sos prego, garam dan gula secukup rasa...bila agak pekat boleh la dianggakat..
·       tuangkan inti dan ratakan ke keseluruhan pizza, yang telah di sapu sos tomato susun sosej,taburkan sos lada hitam dan oregano...kemudian taburkan Mozarella cheese dan bakar lebih kurang 12-15 minit ....Sedap dimakan panass... yum 


Saya dan buat kedua-dua resepi... ini  


Akir kata sedap mak..... Tapi aku kata macam tak sedap je....