Sunday, January 16, 2011

Tambahan Gambar Coklatku


Bila belek - belek jumpa pulak gambar-gamar lama coklatku. So sayang pulak nak di hapuskan..so ambil keputusan untuk letak dalam blog nie... bila boring boleh tengok semula ....












Rumah Sewa...Oooo Rumah Sewa

Semalam aku. hubby, ibu (mak okid)  ayah (pak jaafar)  dan akir ke Puteri Resort Melaka... jumpa Abang Ngah.... .. untuk bantu dia dapatkan rumah sewa.... Hotel yang pihak Hotel sediakan agak tidak selesa (risau juga kalau ada apa2 berlaku)  wa....susah sungguh satu ari suntuk pusing kat kawasan malim dan area kawasan maydin... Air Keroh...tanya sana tanya sini.... Nasib baik ada teman hubby yang kerja di CIDB Melaka bantu kalau tak buntu juga... dalam masa 1 hari nak dapatkan rumah sewa .  Anggaran dalam pukul 4.00 petang dengan bantuan En Sulaiman dan dengan kebaikkan Kak Syam (tuan punya rumah)... akhinya dia membenarkan anak ku dan 4 orang lagi rakannya dapat menyewa rumah flat tersebut dengan kadar bayaran RM350 sebulan. petang tu juga anakku ambil barang di rumah kawannya di Umbai dan terus duduk situ... ... KESIAN dengan tak sempat belikan bantal dan tiada tilam (harap mereka cari sendiri malam tu)  dan terus mereka bermalam di situ   .... hampir pukul 9.00 malam baru semuanya selesai dan aku berangkat balik ke Johor. Mungkin ini namanya pengalaman dan kena belajar erti berdikari....... sebagai seorang ibu aku kena reda dan harap dia dapat sesuaikan diri dan keadaan nie...

Hampir seminggu dia menumpang kat rumah rakannya... mungkin budak2 nie tak selesa untuk menumpang rumah orang .... kot...walaupun rumah tu besar dan ada banyak bilik... tapi tetap rumah orang yang hanya diduduki oleh Atok  (rakan anakku) tapi bila hujung minggu... rumah tu penuh dengan sanak saudara, serta cucu atok datang. Apapun aku ucapkan ribuan terima kasih pada atok tersebut kerana telah menjaga anak hampir seminggu. Budi mu tak dapat ku balas...

Harap apa yang berlaku akan menjadikan ia sebagai pengalaman dan mengajar mereka erti berdikari ... Ini hanya cubaan yang terlalu kecil ... bagi mereka... dihadapan ada lebih luas lagi pancaroba yang bakal mereka tempuh...

Terima kasih juga ku pada Supevisor En Azizul ... Puteri Resort (kalau tak silap namanya) kerana memberi kelonggaran kepada anakku untuk keluar sekejap (5 ptg  - 7 mlm)  ambil barang dan menyelesaikan masalah rumah sewa... kalau tak tak tahu nak buat macamana sebab mereka tengah kerja...

Allhamduillah semuanya telah selesai dan Allah telah permudahkan segalanya... Jom tengok tempat Resort anakku buat Praktikal....



Emaknya yang lebih....hh...