Thursday, December 29, 2011

ROTI KAK ANA

Lama tak dengar khabar berita Kak Ana sihat ke tidak akak nie mungkin dah bermenantu agaknya... Kak Ana guru yang pertama ajar aku buat roti... Memang tidak dapat aku nafikan roti dia sentiasa lembut dan segar walaupun dah semalaman.... Aku kini tidak lagi menggunakan resepinya... bukan kerana apa tapi nak dapatkan Yiss basah sekarang nie susah betul... Kalau adapun ada masanya tak menjadi ... . Walaupun aku menggunakan resepi dari Salina dan Kak Liza tapi resepi Kak Ana tiada tandingannya...







Ingin aku abadikan resepi beliau dalam blog ku

500 gm tepung gandum
100 gula pasir
9 oz air
gula dan air dimasak atas dapur agar gula tu larut dan sejukkan (suam kuku)
1 biji telur
2 sudu mentega (nak sedap guna butter)
2 sudu susu tepung
1 bungkus yiss basah
1 sudu softening ...

Air gula yang telah sejuk tadi dimasukkan dalan bekas , masukkan yis basah tadi, kacau rata, masukkan susu tepung, mentega telur kacau hingga sebati masa nie kita gunakan senduk saja ... uli dalam 20 minit.

Perap hingga naik dua kali ganda .. uli lagi dalam 15 minit... baru bentukkan bulat susun dalam loyang.. naik 2 kali gandan baru bakar sedap...