Wednesday, December 29, 2010
Donut Gebu
Salam... aku dah lama nak tayang gambar donut nie... dan nak share resepinya... memang sedap dan gebu... terima kasih pada rakan rakan di My Resepi.. boleh bagi 5 bintang ... sila lah cuba ye... insyakallah jadi...
Jom intai resepinya
11 gm yis (1 peket yiss mauripan)
1/4 cawan air suam
1 1/2 susu cair di panaskan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam takut masin kurangkan ye..
2 biji telur
1/3 shortenning ( lelemak sayur) dan 2 sudu butter
5 cawan tepung gandum
Cara Membuatnya
Masukkan yiss dalam air suam biarkan hingga berbuih...
kemudian masukkan susu, gula telur , butter dan 2 cawan tepung gandum gaul rata dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis uli hingga lembut. dalam 10 minit
Biarkan naik dan uli lagi
buat bulat - bulat dalam bentuk donut
biarkan naik lagi dan bolehlah goreng....
Hiasan pada donut itu ikut kreativiti masing-masing...
Lembut walaupun sejuk ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment