Friday, April 20, 2012

ROTIKU....







Roti Manis ku.. 

Dari resepi kawan-kawanku dari FB yang aku ubah suai caraku... dah cuba menjadi sungguh tak keras walaupun dah sejuk... jangan putus asa kalau sekali mencuba usaha dan terus usaha insyallah akan menjadi dan tentu seronok melihat roti tu nanti... 

Bahan-bahannya,,,,

500 gm tepung gandum
100 gm gula caster
1sd bread improver
20 gm susu tepung
1 biji telur
4 sudu teh yiss
220 air
40 gm shoftening
40 gm mentega
sedikit garam

Cara memmbuatnya

masukkan tepung gandum , gula, bread improver, susu tepung, yiss mentega, softening, garam gaul rata dengan hujung jari... hingga semua bahan sebati... buat bulat tengah masukkan telur... gaul lagi  akhir sekali masukkan air... masa ini saya menggunakan mixer ,, selama 20 minit... guna tangan pun boleh.... adunan agak lembik sedikit... jgn risau teruskan aje hingga sebati dan doh menjadi lembut dan sekata...

Perap lebih kurang dalam 45 minit atau naik dua kali ganda... lepas itu tumbuk2 untuk buang angin... buat bulat-bulat dan susun dalam loyang ... perap lagi dalam 30 minit atau nai sekali ganda dan bakar dalam suhu 160 atau hingga masak... cubalah... 

1 comment:

Nieza said...

assalam, gebusnya tgk roti ni:)