Sunday, July 15, 2012

Resepi dari Bonda

Cantik kan Biskut nie ... kalau dalam FB sedang dilanda Tsunami Biskut Semperit nie... Ramai yang mencuba dan dan mencuba ... saya juga akan mencuba nanti dah jadi saya akan taqkan gambar saya pula... Oleh kerana berkenan kat hari saya pun jadi kolesi  dalam blog nie harap dihalalkan oleh bonda...


BISKUT DAHLIA

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
75 gm tepung jagung
125 gm tepung kastad
175 gm tepung gandum
ceri merah/ coklat chip sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.



No comments: