Cuti-cuti nie.. apalah nak buat...
pergi dapur intai sana-intai sini... apa lah nak buat... semalam (Raya Haji) dah buat kek Moist dan kek Butter Cream..
ari nie nak buat apa ya... hahah tiba-tiba terpandang yist (mauripan)ahahha macam nak buat roti je.... bahan semua ada apa lagi uli lah roti dari resepi liza othman... first time buat ... boleh makan petang .. sambil tengok bola sepak Malaysia lawan Singapore... boleh makan roti cicah dengan air kopi... ....... sedap juga...
Nak ,minta izin dari Liza Othman..
boleh ya liza saya abadikan dlm blog saya ... Liza Othman nie ada menjalankan perniagaan roti so.. sesiapa nak tempah roti boleh add blog dia (liza othman)...
Ini gambar dari hasil ciptaan dari resepi Liza othman emmm sedap kan...
jom intai......
resipi ROTI MANIS
500gm tpung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum (saya guna tepung gandum sepenuhnya)
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver optional
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softner)
cara,,,, cmpur bahan kering dan masuk bahan cecair uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
perap 30minit buang angin,,,
bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 180c
Sunday, November 6, 2011
Sunday, October 30, 2011
Kek Butter Cream dan Brownies Kek.
Anak perempuannku nak balik Lipis hari ini ... wah apa nak dibekalkan... .. fikir punya fikir... baik cuba buat kek yang aku belajar minggu lepas... manalah tahu masa dalam kelas menjadi tapi bila buat sendiri.. bentat pulak.... So inilah hasilnya... Puas hati juga ...so... tak malulah nak surah anak bawa balik kek tu kat Inst. Peguruan... boleh juga buat makan malam dengan kawan-kawan dia.... Lagi pun dia selalu komplain... makanan kat sana mahal....
jum tengok gambar gambarnya.....
Ini Kek Buttercream... boleh tahan sedap dan menjadi terima kasih Chef Azie.... aku dah cuba membuatnya
Brownies Kek ... dalamnya ada badam hiris sedap juga...
Aku tabur dengan gula icing di atasnya saja... nak cantikkan kek itu
jum tengok gambar gambarnya.....
Ini Kek Buttercream... boleh tahan sedap dan menjadi terima kasih Chef Azie.... aku dah cuba membuatnya
Brownies Kek ... dalamnya ada badam hiris sedap juga...
Aku tabur dengan gula icing di atasnya saja... nak cantikkan kek itu
Friday, October 28, 2011
Mengubah Bunga Roses dari Doh...
lagi.... contoh2 buat bunga roses dari doh... nampak macam senang je.. jom kita tengok...
Saturday, October 22, 2011
Kelas Kek ...
Akhirnya dapat juga aku berpeluang memenuhi minatku untuk pergi kekelas membuat kek... Dari sehari kesehari aku tangguh-tangguh kini tibalah masanya.... seronok juga dapat tip-tip dari Azie... walaupun beliau nampak pendiam pada awalnya.. tapi bila mula kelas banyak ilmu yang dicurahkan... langsung tak lokek ilmu apa saja yang ditanya dia cuba menjawab dengan ikhlas.. terima kasih azie...
Aku paling suka kek choclate Moist sedap sungguh anak-anak bila ku bawa balik wah... mavelous kata mereka... bolehlah aku buat masa Raya Haji... walaupun aku biasa buat kek.. tapi bila orang nak tempah macam tak confident.. tapi bila dah pergi kelas ...ok baru boleh ambil tempahan.. ye;;; lah tu...
Aku dan rakan-rakan yang lain rasa seronok dengan kelas tersebut janji nak g lagi untuk kelas yang akan datang terutama Basic Butter Cream ... haha... nak belajar menghias dan membuat kek hari jadi... nanti kalau dah g aku akan tunjuk gambar nya ya...
jom intai gambar-gambar semasa kelas ..
Ini lah Chef Azie...
Kek dah siap dimasak dan di hias
Aku paling suka kek choclate Moist sedap sungguh anak-anak bila ku bawa balik wah... mavelous kata mereka... bolehlah aku buat masa Raya Haji... walaupun aku biasa buat kek.. tapi bila orang nak tempah macam tak confident.. tapi bila dah pergi kelas ...ok baru boleh ambil tempahan.. ye;;; lah tu...
Aku dan rakan-rakan yang lain rasa seronok dengan kelas tersebut janji nak g lagi untuk kelas yang akan datang terutama Basic Butter Cream ... haha... nak belajar menghias dan membuat kek hari jadi... nanti kalau dah g aku akan tunjuk gambar nya ya...
jom intai gambar-gambar semasa kelas ..
Ini lah Chef Azie...
Kek dah siap dimasak dan di hias
Thursday, October 13, 2011
Kek Coklat Ciptaan Chef Charfee
Hahha tengoklah hasil ciptaan anak, nak kata cantik... emmm bolehlah... Dia nie sedang menuntut di YPJ Diploma Kulinari... Sem ini dia kena menghias kek ... macam2 bentuk yang digubahnya...tapi gambar nie je yang aku sempat rakamkan...
Aku nie bukan suka sangat makan kek tapi bila rasa kek macam sedap je.. terutama toping coklat tu... aku pun minta lah resepi nya...
Jom kita intai
250 gm Whiping Cream
300 coklat masak
2 sudu majern
Double boilkan coklat tu
dah cair masukkan Whiping Cream
dan mejerin..
sedap tau...
sorylah gambar terbalik ... ..
apa pun oklah tu...
Aku nie bukan suka sangat makan kek tapi bila rasa kek macam sedap je.. terutama toping coklat tu... aku pun minta lah resepi nya...
Jom kita intai
250 gm Whiping Cream
300 coklat masak
2 sudu majern
Double boilkan coklat tu
dah cair masukkan Whiping Cream
dan mejerin..
sedap tau...
sorylah gambar terbalik ... ..
apa pun oklah tu...
Wednesday, October 12, 2011
Roti Manis
Tiba-tiba je... rasa macam nak makan roti buatan sendiri... hahha.. 2 hari berturut-turut buat .. hari perama tak menjadi bentat je... kenapa ye... so buat lagi dengan resepi dari kak nor Secubit Garam tu pun dengan bantuan Salina Akmal... terima aksih ye... tapi banyak juga yang saya ubah sana-sini... maaf ya... maklumlah saya tak de BM (Bread Maker) so hanya guna kudrat yang ada je... Tapi yang penting menjadi... So aku pun bawa seloyang ke pejabat ... belanja kawan-kawan....
Jom intai-intai resepinya
Resepi asal gunakan (BM) saya gunakan kudrat je...
Bahan2nya
380 gm tepung roti (saya guna tepung gandum)degil ye.. lawan tauke..
3 sudu tepung susu
1 biji telur gres A - kocok dengan garpu dulu
100 ml air
30 gm butter (saya guna majerin)
100 water roux ( nanti saya ajar cara buatnya)
30 gm shoftening
3 sudu kecil yis ( 1 paket)
80 gm gula caster
secubit garam
Cara Mengadunnya;
Campur yis dengan gula dalam bekas lain
Kemudian dalam bekas lain masukkan air, telur dan water roux kacau sampai sebati dan rata, masukkan yis dan gula tadi , gaul lagi (gunakan senduk ya.. ) masukkan butter dan softening.. gaul lagi.. , masukkan secubit garam ... masukkan susu tepung dan akhir sekali baru masukkan tepung . gandum sedikit demi sedikit gaul lagi hingga menjadi doh ...yang cantik..
proses ini penting untuk memastiakn doh betul-betul menjadi lembut dan cantik...ulilah sedaya mana yang boleh... biarkan 2 kali naik.. ( doh agak lembut dan lembik so... tangan hendaklah sentiasa disapu dengan mentega... kalau tidak agak sukar untuk mengulinya kerana doh agak lembik
bila dah naik .. untuk mendapat roti yang lembut uli lagi... tumbuk agar di buang angin-angin di adunan tadi... bentukkan bulat-bulat dan susun dalam loyang.
biarkan dalam sentengah jam dan boleh bakar
Wah hasilnya memang menjadi... cubalah
Alamak lupa nak bagi cara nak buat Water Roux
125 ml air
25 tepung gandum
Caranya.. satukan air dan tepung gandum.. masak atas api perlahan .. hingga pekat biarkan sejuk baru digunakan...
Ini Rsepi asal dari Salina Abkamal.. boleh ua saya Taq resepinya...
dan beberapa gambarnya sekali..
Resepi roti doh asas..(guna water roux)
Sumber : Kak Nor dr secubit garam.blogspot.com
380gm tepung high protein (tpg roti)
* 3 sudu besar susu tepung
* 80gm gula castor
* 3 sudu kecil yis segera
* 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
* 100ml air
* 100gm water roux
* 1/2 sudu kecil garam
* 30gm butter
* 30gm shortening
Cara-cara
1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
resepi water roux, kite buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami.blogspot.com ..dan blh tgk kat jintanmanis.com..ade penerangan pjg lebar lagi..
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/294063_293179374043414_100000540610416_1161001_1691286736_n.jpg
Subscribe to:
Posts (Atom)













