Thursday, December 1, 2011

Happy Beethday Syeera...

Tanggal 30.11.2011 Pn Syera menyambut beetdaynya yg ke...?? ... aku fikir apa nak bagi ... Cuba nak pakat-pakat dengan rakan di pejabat.... Oleh kerana kerja banyak maka ... tak sempat pulak nak ajak berbincang..

Fikir - fikir.... aha nielah masanya nak cuba bakat yg baru nak menjadi...ee perasaan pulak.. nie.Puas fikir ..akhirnya aku buat kek beethday.... untuk Pn Syera...

so balik keja ... terus pergi kedai kek dan beli apa yang patut... pukul 8.30 mlm aku bancuh lah sebiji kek yang teringin aku buat warna biru... ...
bancuh punya bancuh ... tak sedar dah pukul 2 pagi... baru siap. Gubah aje apa yang terfikir kat kepala dan bunga ros bentuk kobis haha... .Oklah kot... Aku macam failed je bila nak sapu buttercream kat kek ... susahnya...nie kena pergi kelas semula .....

So... esoknya aku bawa kat opis nak surprise kat pn syera... dan raikan beethday girl dengan kek warna biru... walaupun kek tak berapa cantik tp boleh untuk peringkat permulaan dan dapat gembirakan hati kawan2 dan merasai kek ku... Yang best mereka kata lembutlah kak dan sedap...

Jom tengok gambar-gambar tu...



Walaupun tak berapa kemas tp rasanya sedap tau...




Inilah Puan syeera... Happy Birthday ya.... semuga dilimpahkan rezeki, kesihatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat bersama keluarga tercinta...


Masing-masing nak posing... jemput makan2... kak yati... dekan panggil tu...

Saturday, November 12, 2011

Gubahan hasil Tanganku.. Ros oh bunga Ros


SEronak gila ari nie dapat belajar deco kek sendiri dan dapat belajar buat Bunga Ros... Tanganku yang kaku nie pada awalnya agak susah juga... nak kata bunga ros tak juga .. macam bunga kobis pulak... Tapi atas tunjuk ajar Cikgu Azie... seronok belajar dengan dia ... akhirnya aku dapat membuat bunga ros walaupun tak secantik Cikgu azie buat''''


Rakan- rakan yang sporting membuatkan kelas hari ini best betul... Kalai..Leena, Zaidah... masing-masing berdebar-debar nak menyiapkan 10 kuntum bunga...akhirnya masing-masing puas hati dengan hasil ciptaan walaupun tak seberapa... namun oklah untuk percubaan pertama......

Aku awalnya macam hilang punca bila nak sapu cream atas kek... Cikgu Azie yang bantu... dan tunjukkan teknik yang betul... Leena dan zaidah.. awalnya tak menjadi bunga tp.. lama-lama bunga kobis baru jadi bunga ros... Tahiniah rakan2 jumpa lagi dikelas yang lain...

Jom aku uploadkan gambar kami semasa kelas berlangsung ....


nanti aku masukkan gambar yang lain...

Rakan ku yang rajin dan sangat baik hati


Tergeliat tanganku msing nak pusing...


Semoga berjaya ya Leena


Zaidah nie ambil tempahan buat kek... semuga berjaya selalu...

bangganya dapat buat kek nie...

Nie lah cikgu kami Tank Azie yang sudi mengajar kami terutama aku yang kaku nie...

hasil usaha kami.... cantik tak...


Seronok bila bersama-sama mereka ashik gelak aja...

Thursday, November 10, 2011

Mari makan roti buatan sendiri...suci lagi enak..



Seronok bila dah mula yakin buat roti sendiri.... gebu , halus dan enak bila dimakan...
masih dalam keadaan lembut walaupun sejuk...




bawa g.. opis 2 loyang n hubby pun bawa 2 loyang...

Sunday, November 6, 2011

Roti lagi.... (Liza Othman)

Cuti-cuti nie.. apalah nak buat...
pergi dapur intai sana-intai sini... apa lah nak buat... semalam (Raya Haji) dah buat kek Moist dan kek Butter Cream..


ari nie nak buat apa ya... hahah tiba-tiba terpandang yist (mauripan)ahahha macam nak buat roti je.... bahan semua ada apa lagi uli lah roti dari resepi liza othman... first time buat ... boleh makan petang .. sambil tengok bola sepak Malaysia lawan Singapore... boleh makan roti cicah dengan air kopi... ....... sedap juga...

Nak ,minta izin dari Liza Othman..
boleh ya liza saya abadikan dlm blog saya ... Liza Othman nie ada menjalankan perniagaan roti so.. sesiapa nak tempah roti boleh add blog dia (liza othman)...

Ini gambar dari hasil ciptaan dari resepi Liza othman emmm sedap kan...







jom intai......

resipi ROTI MANIS

500gm tpung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum (saya guna tepung gandum sepenuhnya)
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver optional
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softner)

cara,,,, cmpur bahan kering dan masuk bahan cecair uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
perap 30minit buang angin,,,
bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 180c

Sunday, October 30, 2011

Kek Butter Cream dan Brownies Kek.

Anak perempuannku nak balik Lipis hari ini ... wah apa nak dibekalkan... .. fikir punya fikir... baik cuba buat kek yang aku belajar minggu lepas... manalah tahu masa dalam kelas menjadi tapi bila buat sendiri.. bentat pulak.... So inilah hasilnya... Puas hati juga ...so... tak malulah nak surah anak bawa balik kek tu kat Inst. Peguruan... boleh juga buat makan malam dengan kawan-kawan dia.... Lagi pun dia selalu komplain... makanan kat sana mahal....

jum tengok gambar gambarnya.....


Ini Kek Buttercream... boleh tahan sedap dan menjadi terima kasih Chef Azie.... aku dah cuba membuatnya


Brownies Kek ... dalamnya ada badam hiris sedap juga...



Aku tabur dengan gula icing di atasnya saja... nak cantikkan kek itu