Sunday, January 2, 2011

Apam Gula hangus

P1040766



Salam .... apam gula hangus antara apam kegemaran ku dan sering ku buat... terima kasih My Resepi... . Izinkan aku abadikan resepi ini dalam blogku. Banyak yang aku belajar dan dapat dari ruangan tu...... Disini akan aku abadikan resepinya... untuk tatapan semua....

Bahan2an..
2 biji telor
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu majerin
2 sudu susu pekat
1 sudu kecil bicabonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara Memprosesnya
1. hanguskan gula pasir tadi dan bila dah hangus masukkan air dan sejukkan letak tepi.
2. Di dalam blender masukkan telur, susu minyak dan majerin n. blen....
3. Masukkan gula hangus tadi sedikit demi sedikit kisar lagi
4. Bila semua dah dimasukkan dan adunanna dah rata  
5. Bolehlah kukus selama 20 minit kalau acuannya kecil

* Acuan tu hendaklah disapu dengan mentega agar apam tak melekat dan senang dikeluarkan...*


Friday, December 31, 2010

Roti Yaamm Yamm


Roti Pintal Bulat


Roti Hot Dog 


Salam.. sudah 3 kali mencuba resepi yang dibagi oleh rakan-rakan di KR masih tak menjadi.. mungkin inilah akibat aku menderhaka pada tok guru...Tapi aku jenis orang yang tak putus asa akhirnya menjadi juga ... so bila dah siap masuk ke mulut anak2 dan Hubby sedap katanya.... ooooo heheheh   lalalala tak payah g kedai beli roti, hasil tangan orang melayu dan halal. Sebenarnya aku dah menderhaka pada resipim yh KR bagi.  Aku ikut cara  kak nah... mana akak lama tak jumpa katanya ada kat Terengganu... Kalau akak datang JB carilah kami ... Saya dan Mak Okid masih dirumah lama rindu kat akak... Resepi Kak Nah memang sedap selalu mendapat pujian dan tempahan dari rakan2 (kini dah lama tak ambil tempahan)... walaupun dan 2 hari masih lembut dan sedap.. Apa pun kini aku dan ada koleksi Roti....

Jom tengok Resepinya:


Bahan A
11 g yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum 
1/2 cawan air suam
(campurkan semua n biarkan naik)
Bahan B
2 sudu menterga/majerin dicairkan
2 sudu softening 


Bahan C
3  cawan tepung gandum
Bahan D
1 cawan saya kurangkan tak nak manis sangat
1/2 cawan air panas
(tuang air panas dengan gula kacau biar gula cair)
Bahan E
1/2 cawan susu segar biarkan dalam keadaan suam (jgn habiskan)


cara membuatnya


1. Bahan A , C an D di campurkan
2. 3 cawan tepung tadi dimasukkan dalam bekas dan buat lubang tengah

yang kunig tu Chicken froos (betul ke eja)

3. masukkan 2 sudu mentega tadi dan softening dan gaul rata 
4. masukkan bahan ABC dalam tepung hingga habis 
5. masukkan susu segar yang suam tadi uli lagi.....sekiranya melekit boleh tambahkan sedikit mentega @ letak kat tapak tangan... uli hingga tepung tadi tak melekit atau adunan nampak licin dan sekata (adunan adalah lembik sedikit)
6.  perap hingga naik
7. Bila dah naik uli sekejap dan buat bulat-bulatkan atau buat seperti gambar diatas 
8. biarkan naik lagi dalam 30 - 40 minit bila naik 
    bakar suhu 180 C 


Emmm siap....


Loyang di sapu dengan mentega agar tidak melekat...


 selamat mencuba.....


Resepi kak na aku bagi kemdian.... Haha.

Wednesday, December 29, 2010

Cup Cake Ayu


Cup Cake yang pertama semasa dalam kelas
Bunga dan Daun tu ciptaan sendiri allahamdulillah walaupun tak secantik pakar tapi kini aku dah 
boleh buat sendiri



Buat semasa Hari Raya haji Dulu
eeeeemmmm 

Cup Cake


Untuk anak buah...

Nie hasil nukilan cikgu zubaidah 




anakku gubah

Donut Gebu






Salam... aku dah lama nak tayang gambar donut nie... dan nak share resepinya... memang sedap dan gebu... terima kasih pada rakan rakan di My Resepi.. boleh bagi 5 bintang ... sila lah cuba ye... insyakallah jadi...

Jom intai resepinya

11 gm yis (1 peket yiss mauripan)
1/4 cawan air suam
1 1/2 susu cair  di panaskan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam takut masin kurangkan ye..
2 biji telur
1/3 shortenning ( lelemak sayur) dan 2 sudu butter
5 cawan tepung gandum

Cara  Membuatnya

Masukkan yiss dalam air suam biarkan hingga berbuih...
kemudian masukkan susu, gula telur , butter dan 2 cawan tepung gandum gaul rata dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis  uli hingga lembut. dalam 10 minit

Biarkan naik dan uli lagi
buat bulat - bulat dalam bentuk donut
biarkan naik lagi dan bolehlah goreng....

Hiasan pada donut itu ikut kreativiti masing-masing...




Lembut walaupun sejuk ....

kek Coklat Moise




Salam Kek ini selalu juga aku buat ... memang moise dan sedap tapi aku nie memang tak pandai menghias  asal boleh je... so disini ingin ku sharekan resepinya... Resepi nie aku ambil dari blog My Resepi terima kasih pada yang memberi resepi

Bahan A
2 biji telor
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil vanilla
1 cawan gula kasar

bahan B

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil bicabonat

bahan C
1 cawan susu pekat
1 cawan air

Cara membuatnya

1. Blender semua bahan A
2. Ayak bahan B
3. Campurkan Bahan   bahan A ke  B
4. dan masukkan bahan C
5. kacau rata
6.Kukus selama 1 jam

Ganache

1. masakkan coklat masak double boil
2. masukkan susu segar @ susu cair
3. untuk kilat masukkan sedikit mentega
4. sudah cair dan cantik rupanya boleh tuang di atas kek yang benar sudah sejuk.

Spagethi Citarasa Melayu...


Ready Untuk makan 



Salam... masa cuti cuti nie asyik masak makan... masak makan... tadi buat roti naik tak sempat letak gambar ... tak pe nanti kalau buat lagi saya akan letak... gambar. Petang tadi budak-budak sibuk nak makan spagethi yang kakak asyik suruh buat sebelum dia balik lipis... So... buat jugalah so... sebelum Hubby balik dari opis aku dan anak-anak buatlah spagethi nie nanti Hubby balik boleh makan... .Tapi aku ubah suai apa yang patut ikut selera melayu.... jom.... aku share resepi nie...

Bahan-bahannya

1 kotak Spagethi

Isi ayam dicincang halus dari satu ekor ayam
tomato 2 biji - cincang jangan halus sangat
cili kering dalam 15 batang - rendam dan kisar
bawang putih dalam 3 biji cincang halus
lada hitam  10 @ 15 biji nak pedas tambahlah
cendawan butang dalam 10 biji (dlm tin)
Sos Spagethi ( Jenama Prego) cari yang halal ye..
garam
 gula
soso tomato 1 @ 2 sudu
sos cili 1 @ 2 sudu
bawang besar
minyak untuk menumuis

Cara membuatnya

1. panaskan minyak
2. masukkan bawang putih
3. biar garing masukkan lada kering yang diblender tadi
4. biar garing dan masukkan sos spagethi tadi
5. bila dah garing dan naik minyak masukkan ayam yang dicicang halus tadi
6. masukkan garam, gula sikit dan lada hitam
7. kalau tak nak pekat mauskkan 1/2  @ 1 cawan air
8. Masukkan sos cili dan tomato
9. Bila ayam dah masak boleh masukkan tomato yang dicincang dan baang besar
10.Ahkhir sekali rasa lah dulu tambah apa yang kurang ...

Sedap ..... itulah biasanya anak-anak cakap....