Hampir seminggu dia menumpang kat rumah rakannya... mungkin budak2 nie tak selesa untuk menumpang rumah orang .... kot...walaupun rumah tu besar dan ada banyak bilik... tapi tetap rumah orang yang hanya diduduki oleh Atok (rakan anakku) tapi bila hujung minggu... rumah tu penuh dengan sanak saudara, serta cucu atok datang. Apapun aku ucapkan ribuan terima kasih pada atok tersebut kerana telah menjaga anak hampir seminggu. Budi mu tak dapat ku balas...
Harap apa yang berlaku akan menjadikan ia sebagai pengalaman dan mengajar mereka erti berdikari ... Ini hanya cubaan yang terlalu kecil ... bagi mereka... dihadapan ada lebih luas lagi pancaroba yang bakal mereka tempuh...
Terima kasih juga ku pada Supevisor En Azizul ... Puteri Resort (kalau tak silap namanya) kerana memberi kelonggaran kepada anakku untuk keluar sekejap (5 ptg - 7 mlm) ambil barang dan menyelesaikan masalah rumah sewa... kalau tak tak tahu nak buat macamana sebab mereka tengah kerja...
Allhamduillah semuanya telah selesai dan Allah telah permudahkan segalanya... Jom tengok tempat Resort anakku buat Praktikal....
Emaknya yang lebih....hh...














