Sunday, January 16, 2011

Tambahan Gambar Coklatku


Bila belek - belek jumpa pulak gambar-gamar lama coklatku. So sayang pulak nak di hapuskan..so ambil keputusan untuk letak dalam blog nie... bila boring boleh tengok semula ....












Rumah Sewa...Oooo Rumah Sewa

Semalam aku. hubby, ibu (mak okid)  ayah (pak jaafar)  dan akir ke Puteri Resort Melaka... jumpa Abang Ngah.... .. untuk bantu dia dapatkan rumah sewa.... Hotel yang pihak Hotel sediakan agak tidak selesa (risau juga kalau ada apa2 berlaku)  wa....susah sungguh satu ari suntuk pusing kat kawasan malim dan area kawasan maydin... Air Keroh...tanya sana tanya sini.... Nasib baik ada teman hubby yang kerja di CIDB Melaka bantu kalau tak buntu juga... dalam masa 1 hari nak dapatkan rumah sewa .  Anggaran dalam pukul 4.00 petang dengan bantuan En Sulaiman dan dengan kebaikkan Kak Syam (tuan punya rumah)... akhinya dia membenarkan anak ku dan 4 orang lagi rakannya dapat menyewa rumah flat tersebut dengan kadar bayaran RM350 sebulan. petang tu juga anakku ambil barang di rumah kawannya di Umbai dan terus duduk situ... ... KESIAN dengan tak sempat belikan bantal dan tiada tilam (harap mereka cari sendiri malam tu)  dan terus mereka bermalam di situ   .... hampir pukul 9.00 malam baru semuanya selesai dan aku berangkat balik ke Johor. Mungkin ini namanya pengalaman dan kena belajar erti berdikari....... sebagai seorang ibu aku kena reda dan harap dia dapat sesuaikan diri dan keadaan nie...

Hampir seminggu dia menumpang kat rumah rakannya... mungkin budak2 nie tak selesa untuk menumpang rumah orang .... kot...walaupun rumah tu besar dan ada banyak bilik... tapi tetap rumah orang yang hanya diduduki oleh Atok  (rakan anakku) tapi bila hujung minggu... rumah tu penuh dengan sanak saudara, serta cucu atok datang. Apapun aku ucapkan ribuan terima kasih pada atok tersebut kerana telah menjaga anak hampir seminggu. Budi mu tak dapat ku balas...

Harap apa yang berlaku akan menjadikan ia sebagai pengalaman dan mengajar mereka erti berdikari ... Ini hanya cubaan yang terlalu kecil ... bagi mereka... dihadapan ada lebih luas lagi pancaroba yang bakal mereka tempuh...

Terima kasih juga ku pada Supevisor En Azizul ... Puteri Resort (kalau tak silap namanya) kerana memberi kelonggaran kepada anakku untuk keluar sekejap (5 ptg  - 7 mlm)  ambil barang dan menyelesaikan masalah rumah sewa... kalau tak tak tahu nak buat macamana sebab mereka tengah kerja...

Allhamduillah semuanya telah selesai dan Allah telah permudahkan segalanya... Jom tengok tempat Resort anakku buat Praktikal....



Emaknya yang lebih....hh...

Thursday, January 13, 2011

Tart Cheese Blueberry



lama betul akau tak buat kuih.ataupun kek.... ruamah pun terasa sunyi je..... Mat Chah dah hampir seminggu berada di Melaka ... Ha.... Happy Birthday Shafiq  13Jan... haha hari  nielah... Biasanya kami beli Pizza atau pergi makan2 ... ... tak pelah ini dinamakan rencah kehidupan dan belajar erti susah dan belajar berdikari... . haha... . lupa pulak nak cerita pasal tart di atas... ini pun aku ambil dari  Resepi Hanieliza cma aku tambah susu tepung... je.... sedap juga lemak dan ranggup... . Ini pun gambar lama dan aku simpan untuk aku sendiri bila teringin nak buat ...... Aku abadikan resepi nie dalam blogku...

Bahan-bahannya......

125 gm Butter
125 gm majerin
100 gm gula halus
1 biji telor
500 gm tepung gandum
2 sudu tepung susu (optional)
Blueberry Filling 

bancuhannya....

Gaul butter dan majerin dengan gula hingga sebati masukkan telur kacau rata dan masukkan tepung gandum dan susu tepung tadi sedikit demi sedikit gaul hingga adunan tadi sebati. Sediakan acuan tart yang telah disapu dengan majerin dan taburkan sedikt tepung untuk tidak melekat ... . ambil sedikit tepung letakkan dalam acuan tart dan tekan sikit biar rata ... cucuk dengan garpu adunan tadi... n bakar dalam 10 - 15 minit. Angkat sejukkan.

Untuk Cheese

250 Cheese 
50 gm gula asing
2 sudu perahan  lemon 
1 biji telor

adunannya
- pukul cheese dengan telur hingga sebati.Maskkan vanilla dan telur dan lemon taddi. teruskan memukul hingga berkrim
- Tuang adunan secukupnya kedalam pastri dan sudukan blueberry filling ditengah-tengah dan masukkan lagi cheese dan bakar selama 15 - 20 minit...




Wednesday, January 12, 2011

Cup Cakeku...





Lama sunguh aku tak buat cup cake... nie pun gambar lama .... Aku pernah janji nak abadikan resepi nie kat blogku.... ... Resepi nie aku belajar dari Cikgu Zabidah.... RM120.00 tapi puas hati dapat buat cupcake dengan jayanya...WalAupun deconya tak begitu cantik (maklumlah tangan masih lagi keras) tapi rasanya ... sedap...
jom... kita jengok-jengok resepinya...

Aku bagi resepi Cup /cake Pandan dulu ye...

Spone Cup Cake

4 biji telur
120 gula caster
20 gm ovellete
160 tepung gandum (boleh kurang 10 gm untuk lembut)
40 gm air
40 gm minyak @ butter cair
3/4 tsp warna hijau

Semua pukul kecuali minyak dan pewarna
Masukkan minyak dan pewarna
bakar 8 - 10 minit ...

siap... senangkan...

Sunday, January 9, 2011

Roti Naik... Shahsa Rahmat




gambar tak teranglah sori...



Salam nie adalah resepi dari FB Kongsi Resepi yang sebenar   tanpa diubah .... ramai yang telah mencuba so far memang tidak mengecewakan... kalau aku nak buat Hot Dog aku guna resepi nie.... sesangat lah ok... Terima kasih Shasa Rahmat.... 



Bahan A

yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis n

Bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega cair

Bahan C
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula

bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum
Cara-caranya
1 - Mula-mula buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, suhunya suam.
2 - Masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
3 - Campur bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
4- Baki tepung yg 1 cwn tadi bole digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan x melekat di tngn.
5 - Biarkan adunan naik
6 - Bila adunan dh naik uli ikut suka dan susun di loyang
7 - Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
8 - Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
9 - Keluarkan drp oven dan sapu marjerin diatas roti

Friday, January 7, 2011

Roti Naik Ayuharlina


baru siap dan panas2 lagi........


siap masuk dalam kotak tunggu tuannya datang ambil


Geram...tak.... ari nie aku buat lagi Roti naik nie..... tiba-tia je azary nak minta tolong buatkan... Terima kasih ye Azary...... so lebih kurang halal lah.... ye... . Aku dapat resepi nie ari KR dan aku otter sikit-sikit biar rasa lebih lemak dan still soft walupun dah sejuk.... kalau teringin nak cuba boleh dapatkan resepinya kat ruang ini...

Jom tengok Resepinya:

Bahan A
11 g yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum 
1/2 cawan air suam
(campurkan semua n biarkan naik)
Bahan B
2 sudu menterga/majerin dicairkan
2 sudu softening 

Bahan C
3  cawan tepung gandum
Bahan D
1 cawan saya kurangkan tak nak manis sangat
1/2 cawan air panas
(tuang air panas dengan gula kacau biar gula cair)
Bahan E
1/2 cawan susu segar biarkan dalam keadaan suam (jgn habiskan)

cara membuatnya

1. Bahan A , C an D di campurkan
2. 3 cawan tepung tadi dimasukkan dalam bekas dan buat lubang tengah
3. masukkan 2 sudu mentega tadi dan softening dan gaul rata 
4. masukkan bahan ABC dalam tepung hingga habis 
5. masukkan susu segar yang suam tadi uli lagi.....sekiranya melekit boleh tambahkan sedikit mentega @ letak kat tapak tangan... uli hingga tepung tadi tak melekit atau adunan nampak licin dan sekata (adunan adalah lembik sedikit)
6.  perap hingga naik
7. Bila dah naik uli sekejap dan buat bulat-bulatkan atau buat seperti gambar diatas 
8. biarkan naik lagi dalam 30 - 40 minit bila naik 
    bakar suhu 180 C 

Emmm siap....

Loyang di sapu dengan mentega agar tidak melekat...


Tank Q Azary....

Gambar coklat lagi ...



Haa.... siap dah... hanya nak bagi pada Faidah saja... terima kasih ye...kalau ok tempah lah lagi.....