Saturday, April 14, 2012

Kelas kek dengan Chef Azie



Ha... best sungguh dapat berpeluang belajar membuat kek dengan Azie ... . Walaupun nampak pendiam.. tapi beliau tak lokek ilmu setiap pertanyaan dijawab dengan jujur sekali. Walaupun aku ne bolehlah... (ee perasan pulak) buat kek sendiri tapi dengan pergi kelasnya banyak tip-tip yang aku pelajari. So dapat kawan-kawan baru... Leena(cimb). zaimah yang memang berniaga kek. Kalai yang nak menyambut Deepavali enjoy sungguh... mudah- mudahan kita akan dapat berhubung terus dan pergi kelas bersama-sama.

hari itu. aku belajar 4 jenis kek... paling sedap kek chochlate moise dengan ganage... diikuti dengan Kek Butter Cream. kek kukus dan Kek Choclate Brownies... semuanya sedap- sedap... nanti dapatlah aku buat masa Hari Raya haji... saja tunujk bakat... so... dah pergi kelas nie adalah confident kalau nak ambil tempahan ... hahaha... ye... ke..... kalau setakat s biji dua bolehlah...

jom tengok gambar-gambar kelas yang aku hadiri


Nie aku dan rakan-rakan dan Azie ..




nie gamabr kek yang aku belajar





Choclate moist

Kek oh... kek

Tanggal 14 April 2012....


Anak saudaraku Uda melangsungkan pertunangannya dalam suasana yang amat meriah dengan cuaca yang ribut, petir sabung-menyabung... Hai Uda kuat makan belacan ke awak nie... Pihak lelaki tersangkut hampir sejam di jalan raya akibat jam yang teruk... Namun allahdulillah... semuanya berjalan dengan lancar dan diberkati allah... majlis akan diadakan pada bulan 11 nanti.... aduh tahun nie hampir 6 majlis kahwin saudara terdekat akan berlangsung... hahah... apa nak buat dah jodoh mereka tahun nie... kami saudara mara turut gembira dan dah mula-mula menghitung hari dan terbayang kepenatannya... apapun inilah masa ntuk berkumpul dan berjumpa saudara mara jauh....

Berbalik pada majlis pertunangan Uda .. aku ini kononnya nak bagi dia sebiji kek  ... dan door gift apam dot-dot... Tapi sedih kek gubahan ku tak beapa menjadi... maklumlah aku nie dari dulu mendeco mesti kaku macam kayu... Kesiannya  tengok kek tu...

JOM INTAI KEK KU INI ...






apam pokodot... maaf gambar tak jelas...


Aku  harap uda terima kek tu seadanya... . Aku nie jarang buat kek nampaknya kenalah praktis banyak kali Apa pun Selamat Bertunang Uda... dan pasangannya Fathli..... (betol ke namanya) ...

Wednesday, April 11, 2012

Roti ooo Roti ... sedapnya...

Air Tanganku.. Dah lama berangan nak buat roti nie... haha bila terpandang kat web utm... apa lagi... aku pun daftar dan nak jadi peserta kelas roti... selamanya ini aku asyik je buat roti manis teringin nak cuba buat sosej ... cenamon..dan yang lain-lain... So peluang yang ada tak disia-siakan... Dapat pula Chef Amy yang sporting... dan amat peramah tak lokek ilmu dan kami enjoy semasa kelas beliau.. jom intai-intai gambar aku semasa di kelas .... aku dan ina (adik iparku) telah buat chef amy usik kami siapa yang banting kuat-kuat tu... ..ha hahahah gelak kami dibuatnya... Roti Cenamon yang paling aku suka... memang sedap ...
Inilah Chef Amy... beliau ada kedai di pasir gudang dan ada beberapa kelas yang di buka untuk sesiapa yang berminat...
semangat betul haslina nie... hahah nie adik iparku... kacau jangan tak kacau.. ya ina ,,, jangan banting-banting lagi.... Semuga jumpa lgi Chef Amy dan rakan-rakan lain semuanya sproting dan best .....

Thursday, April 5, 2012

Masak-masak makan-makan

Lama tak bekumandang di arena blog...
Ini bemakna lama aku tidak mencuba reepi-resepi dan masak-masak. Entahlah mungkin penat dengan tugasan pejabat dan kerja-kerja rumah yang tak habis2..

 baru-baru nie aku dan rakan opis seibu pakat-pakat nak masak-masak...  Alamak bestnya kat rumah pun banyak mangga (3 biji jeaaaa) dan ada betik yang baru nak mekal... Fikir2 best juga kalau dapat bawa kat Opis ... Dengan kepakaran yang tak de... aku pun dapatlah menyiapkan kerabu mangga dan Betik masak air...  gambar  lauk betik tu tak ambil lah... hahah cuma kerab je yang ada..

Rugi aku tak ambil gambar kawan-kawan ku ... masa makan ... Mererka menikmati makanan tu dengan khusyuk tak berbunyi langsung... mungkin sedap kot Antara juadah yang terhidang Lemak Nenas... Sotong Sambal. ... Kerabu Mangga. Sambal Kerang.... Kacakng goreng tempe.... kuih muih.... YUM... sedap...

, kuih muih..