Saturday, February 23, 2013

Roti Manis lagi

Air Tanganku..


Lama sungguh aku tidak meroti...  adalah lebih kurang sebulan.... emmmm  .. so  angin mendatang apatah lagi hari Jumaat nie ada orang nak sedekah Pulut Kuning kat Opis ku... jadi aku pun tumpanglah 2 loyang Roti Manis ayuharlina... eeee namaku dah jadi nama pada roti eee perasaan pulak..

Macam menjadi pulak gebu dan lembut rotiku kali nie.... hahah yang penting rakan2ku dapat merasa rotiku... ada juga yang kata lamanya akak tak bawa roti..... kat opis.... aku buat tak dengar je... bukannya pa kekadang tu bila malas melanda... bukan saja roti jejemput pun malas nak buat...


Jom tengok roti ku..


geram tak... 

Jom aku sharekan resepinya..... Selamat Mencuba..

Bahan2 nya
500 tg gandum
1 biji telur
100gm gula caster
80 gm mentega (butter lagi sedap)
11gm yis
Sedikit garam
250gm air                             disatukan
50gm susu cair
1 sudu besar (lebih sikit pun tak pe) bread softener
½ cawan air suam

Cara membuatnya

Bahagian A
11gm Yis , 1 sudu besar  gula, 1 sudu besar  tepung disatukan dalam bekas (mangkuk pun boleh) dan masukkan air suam tadi.. biarkan dia kembang lebih (kurang 10 -15 minit)

Bahagian B
Dalam bekas lain  masukkan tepung, gula, garam, telur,mentega, bread softener .. masukkan bahagian A dan uli sebentar,,, masukkan air dan susu tadi sedikit demi sedikit uli… hingga kental dan menjadi elastik….. kena betul menguli saya guna mixer…. Lebih kurang dalam 20 minit … ( tidak melekat kat tangan) sekiranya lembik taburkan sedikit tepung agaklah ya… biarkan naik 2 kali ganda lebih kurang 30 – 1 jam
Bila nak naik buangkan angin dan menguli lagi ….dengan menumbuk2 adunan itu… so … dah boleh buat bulat2 masa ini saya alis tangan saya dengan butter agar mudah dan tidak melekat kat tangan  susun dalam loyang yang sapu mentega seperti dalam gambar … biarkan naik lagi  dan bakar dalam oven suhu 160  darjah C api bawah saja roti ini akan masak sekata..
Cubalah kalau tak faham boleh Tanya…


yummmmm 






Monday, January 28, 2013

Kek lapis Afrika

Lamanya tak update di blogku... bersarang dah sana- sini... hahhaa... masa amat terbatas untukku... sibuk dengan kerja-kerja rumah dan keperluan anak-anak.... Rasanya baru minggu nie aku reda sikit.

Bila belek-belek kat FB aku terpandang satu resepi yang agak mudah dan senang dibuat... Apa lagi kekedai cari bahan dan terus mencuba nampaknya menjadi eeee..

Jom intai kek yang ku buat nie.. maaflah gambar tak cantik..


Nie Masih Panas lagi....




Dah dipotong-potong



Jemput makan .


Jom intai resepinya...

250g tepung naik sendiri
200g gula
1 tsp baking powder
300g telur (timbang tanpa kulit)
1 tbsp ovalette
50g air
2 tbsp susu pekat
175g butter (cairkan)

Cara membuat:
Masukkan semua bhn kecuali butter cair.
Pukul semua gebu atau naik 2x
Masukkan butter cair, gaul perlahan & warnakan mengikut citarasa


Sunday, January 13, 2013

Donut dan Kek ku..

hari ini genap umur anakku yang ke 2 21 tahun.. Tua dah aku nie.... anak -anak semua dah besar panjang.....
Haapy Beethday Abangnya semuga dilindungi Allah, disamping diberi kesejahteraan... kesihatan dan dipermudahkan semuanya.... Emak, Ayah.Akak dan Adik  selalu mendokan yang terbaik untuk aban ngah.... amin..

Hari ini teringin nak mendonut sempena beethday abang ngah... dan juga membuat kek coklat versi bakar...... dengan menggunakan resepi Mai Zura rakanku dari FB... Kek Coklat tu aku rasa kalau kukus lagi moist..... Bakar macam kering sikit... tapi tak pe yang penting sedap... dan mudah... 

Donut resepi dari mai ini memang sedap rugi kalau tak mencuba ...kat bawah ada aku salinkan resepinya cuba ya kawan2... senang sangat..



Gebukan..yum..yummm

Bahan2nya..

3 cwn tp gndum
3 sdm gula
2 sdm susu tepung
1 biji telor
2 ~ 2 1/2 sb majerin@ butter
1/2 sdk garam
1/2 cwn air (lebih kurang @ cukup2 uli...)
~ satukan tepung ,gula, garam dlm bekas ye..
~ gaulkan rata2 dulu,buat lubang di tgh2 tpung
buat lubang n masukkan telur ,larutan yis ,majerin
~ tuangkan air sikit2,smbil mnguli hingga licin
& x lekat di tngan lagi (klu terlembik boleh tmbah tpung..)
~ rehatkan doh-tutup-biarkan ia kembang/naik dulu
( lebih kurang 1 jam laa @ lebih pun 0k..)

LARUTAN YIS:
2 sdk yis muripan/marina/kijang
1/4 cwn air suam
~ satukan -dikacau hngga berbuih

BILA DOH DAH KEMBANG:

~ buang angin...
~ samada dicanai & terap dgn acuan
~ @ dibulat-bulatkan-buat lubang tgh2-bentukkan DONUT
~ susun atas dulang yg ditabur dgn tepung
~ biarkan 10- 15 minit dulu...
~panaskan mnyak -goreng hngga kuning keemasan.
~ biarkan suam dulu , baru lah dibedakkan dgn gula castor..
~ siapp dahh...hidangkan..... 
mudahkan... 

sebenarnya saya salin bulat2 dari FB Mai Zura ... terima aksih pada mai... atas pengkonsian ini...



Kalau Kukus lagi Moist..... bakar mcm kering sikit.. tp sedap..


Ini bahagian dari makanan yang sempat aku ambil...   kebetulan Abangku dan kakar iparku datang dapatlah dia merasa kek dan donut ini.... meriah jugalah makan-makan hari ini....










Sunday, December 9, 2012

Kek Kahwin Steam Butter Cream...

Selamat Pengantin baru Mazlan & Najwa 

Alhamdulilah dapat juga aku menyiapkan  kek perkahwinan untk anak buahku.... walaupun hiasannya tidak secantik baking2 yang lain. akkhirnya dapat juga aku menyiapkan sebuah kek kahwin nie... .terima ksih pada rakan blog dan juga azie baking yang banyak tunjuk ajar... Insyakallah kalau ada duit nak juga ku pergi ke kelas buat  steam butter cream ini... amin... Puas juga hati ini dapat memberi sumbangan kepada pengantin... tapi nelah yang termampu di buat... 



Ini bawa semasa hantaran di penang  ...


Ini foto pengantin ... perempuannya orang penang.... 




maaf gambar kurang menawan ya..


kalau nak resepinya cari   boleh cari kat label Kek ... ada aku tagkan resepinya disitu ''' Cubalah ya... kena buat banyak kali... baru menjadi... amin... 



Saturday, November 24, 2012

ROTI MANIS AYUHARLINA

Lamanya tak meroti nie.... tapi oleh kerana  ada permintaan aku pun meroti semula...... Bila dah mula susah pulak nak berhenti.... lagi pun aku ada janji dengan teman ku Fazilah... tunggu ya illa roti menjelma kembali.....  insyakallah aku akan tunaikan permintaanya... bak kata orang kalau dia mengandung dah bersalin... agaknya nak makan roti ku... Fazilah tunggu roti dari akak ya....

Sila lah  jeling roti yang aku ubah suai hingga aku puas hati akan hasilnya  ... lama juga mencuba.... banyak kali juga keras... tak gebu... tak naik... macam2... tapi kini berkat kesabaran akhirnya inilah hasilnya ... kali ini aku amat berpuas hati... Sebenarnya aku belajar roti nie dar kak Ana .. dimana dia sekarang .... walau pun resepinya agak berbeza tapi cara dan aduannya agak sama kak ana guna yis basah aku guna yis kering....  aku ubah dan tokok tambah sendiri allhamudulillah hasilnya .... menjadi macam kak ana punya...


aku tabur badam dan gula atasnya




Tabur gula je....

Resepinya

500 @ 550 gm tepung gandum 
100 gm gula halus
1 buku yis
2 sudu besar mentega @ butter
40 gm susu cair
1 sudu besar  pelembut roti @ shoftening
secubit garam
300 gm air suam2 kuku
1 biji telur

Cara membuatnya

1. campurkan  gula, dalam air suam2 kuku tadi kacau sekejap... n masukkan yis  perap dalam 10 minit atau hingga yis naik....
2. Bila yis dah kembang... (naik) masukkan butter, susu cair... telor... pelembut roti dan pukul (pakai mixer) dalam seminit dua...
3. baru masukkan tepung hingga habis... mixer lebih kurang 20 - 30 minit... 
4. Adunan ini agak lembik tapi jangan risau... biarkan  perap dalam sejam atau 2 kali gandan... kebiasaannya adunan akan naik 2 kali gandan dalam masa 1 jam... saja...
5. Tumbuk- tumbuk adunan tadi untuk buangkan angin.. mesti ya..
6. Sebagaimana yang saya kata tadi adunan agak lembik... melekat di tangan... keluarkan dari bekas dan ..
 uli  hempas2 henyak...eeee semasa menguli   pastikan tempat menguli tadi di letak butter/majerin... pastikan juga tapak tangan sentiasa di sapu majerin.... uli  dalam 10 minit... 
7. Bentukkan dia menjadi bulat2.... jangan lupa tangan letak majerin...ya...
8. susun dalam loyang...... rapat2 ya.. perap lagi hingga naik 2 kali ganda  baru di bakar.... 
9. Biasanya dapat 2 loyang lebih kurang ada 10 @ 12  ketul..


memang agar sukar.... kalau tidak   melihat sendiri cara membuatnya tapi kalau tak cuba tak tahukan...

Selamat Mencuba...





Saturday, November 17, 2012

Steam Buttercream

Akhirnya dapat juga aku mencuba dan melaksanakan impianku untuk belajar buat steam buttercream... puas cari,,, intai buat akhirnya aku boleh dikatakan berjaya 40% melepa kek dengan mengunakan teknik steam buttercream...

nak pergi kelas tp memandangkan akhir tahun nie nak pakai banyak RM maka hajat tu dibatalkan je.... insyakallah kalau onkosnya dan pulih semula aku nak juga pergi kelas ini... biar dapat tenik yang betul...

Sebenarnya aku dapat resepi ini dari blog masam manis  iaitu azlita aziz dan aku sokodeng blog Juicy Cake terima kasih ya telah menunjukkan cara membuatnya  dan resepinya sekali...jelas dan terang jom saya sharelah apa yang telah saya buat berpandukan cara azlita 

Steam Buttercream 


500 gm krimwell
250 gm shortening
50 gm butter
250 gm gula aising ~ di ayak

Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa memukul 5-7 minitBoleh tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.


ok kita mula melepanya.. boleh ya azlita saya ambil dan taqkan kat sini... sangat terang dan jelas peneranganya... harap dihalalkan...

Sapukan buttecream pada kek nipis sahaja. Pastikan sebelum kita sapukan kek, kita bulatkan semua  bucu dan penjuru kek. Ini adalah untuk memudahkan cream tu mengalir dengan licin. Letakkan kek atas redai dan alas dasar redai dengan loyang. Ini bertujuan, apabila kita tuangkan buttercream ia akan mengalir ke bawah dan lebihan buttercream akan terkumpul di dalam loyang. 


Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat steam buttercream. Tapi sebelum itu, pastikan loyang yang berisi kek di letakkan betul-betul berhampiran dapur. Ini adalah kerana mudah untuk kita tuangkan buttercream yang dah mencair atas kek dengan kadar segera.

ini cara azlita 

Masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. Air jangan banyak ini sekadar untuk memanaskan bekas dan mencairkan buttercream sahaja. 
Masukkan buttercream tadi kedalam bekas plastik yang tahan panas. Jangan guna bekas stainless steel kerana stainless steel pengalir haba yang baik dan akan mempercepatkan buttercream mencair. Kita tidak mahu buttercream itu terlalu cair. 
Bila air sudah mendidih, kecilkan api segera. Masukkan bekas plastik tadi ke dalam kuali. 
Gunakan kitchen glove untuk memegang bekas, bagi mengelakkan kemalangan.
Pastikan anda sentiasa mengacau buttercream. Gunakan spatula untuk mengacau.


Buttercream akan mula mencair, angkat keluar daripada kuali dan teruskan mengacau hingga rata.

Kemudian masukkan semula dalam kuali dan kacau lagi. Lakukan kaedah keluar masuk - keluar masuk kuali hingga adunan sedikit  mencair tak pekat tapi likat.. 


boleh ya azlita saya sharekan gambar nya... susah nak ambil gambar masa buat nie... maklumlah budak baru belajar..



Beginilah rupanya bila adunan buttercream itu telah mencair



Segera tuangkan adunan atas kek tuang rata-rata hingga menyaluti seluruh kek.
Hentak-hentakkan loyang, agar adunan itu mengalir licin dan lebihan buttercream segera mengalir ke bawah. 
Ini juga bagi mendapatkan permukaan kek yang licin.
. Ia akan mencacatkan adunan buttercream itu nanti. jangan gunakan spatula atau nak meratkan sendiri nanti mencacatkan permukaan kek itu. Masukkan dalam peti sejuk biar dia mengeras 

ok boleh deko

ini kek yang telah di buat oleh azlita cantikkan

ini kek saya pulak... bolehlah untuk percubaan...



deco yang teruk... mula-mula tak nak letak warna merah tu tp.. sayang pulak banyak lebih adunannya... so letak jelah..


Kalau nak lebih jelas sila layari blog  Azlita Aziz...


Selamat Mencuba......