Thursday, January 6, 2011

Koleksi Coklat ku

 maaf gambar kurang terang...





nie je.. yg siap malam nie tp tak bungkus dengan betul lagi...




ha.... salam...... nie sebahagian lagi gambar coklat ku... Tempahan dari Faidah terima kasih ye... Aku sebenarnya takut juga... tempahan nie tak siap... sebab Kedai tempat aku beli bekas  kotak terbakar pagi tadi... Terkejut semasa singgah  petang tadi sewaktu balik dari kerja ...   bau hanyeeet dan kesan terbakar masih jelas lagi... Aduh mana nak cari kotak nie... nampaknya terpaksa lah aku suruh anak bujang ku pergi cari kat bandar atau Taman Baru Uda... harga agak mahal dari biasa... tak pelah dah janji dengan
faidah... kesian pulak kalau tak jadi... apa pn nanti aku masukkan gambar yang dah siap letak reben......

Sunday, January 2, 2011

Kembali Ke Sekolah


Anaku Yang Sulong 

Sekolah kembali beroperasi Esok... hampir sebulan rumahku riuh dengan gelagat anak-anak... kini rasa sunyi pulak, kakak anakku yang sulong telah kembali ke Lipis menyambung pengajian dalam bidang Perguruan ambil Degree TESL...  tinggal lah Abang Ngah dan Syakir ... ... kat rumah . Pulak itu...pada  9 Januari 2011 abang ngah ke Melaka selama 6 bulan  untuk buat Praktikal dalam bidang Kulinari ... ikut jejak .... siapa Ye... so... bertambah sunyilah rumahku.... tinggak Akir je ... masih di Tingkat 2...   Mungkin ini lah dirasai oleh semua ibu bila anak-anak sambung belajar dan tinggal dia dan Hubby je kat rumah.... . Apa boleh buat... 

Kepada semua anak- anak 1 Malaysia Selamat Kembali Kesekolah 

Apam Gula hangus

P1040766



Salam .... apam gula hangus antara apam kegemaran ku dan sering ku buat... terima kasih My Resepi... . Izinkan aku abadikan resepi ini dalam blogku. Banyak yang aku belajar dan dapat dari ruangan tu...... Disini akan aku abadikan resepinya... untuk tatapan semua....

Bahan2an..
2 biji telor
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu majerin
2 sudu susu pekat
1 sudu kecil bicabonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara Memprosesnya
1. hanguskan gula pasir tadi dan bila dah hangus masukkan air dan sejukkan letak tepi.
2. Di dalam blender masukkan telur, susu minyak dan majerin n. blen....
3. Masukkan gula hangus tadi sedikit demi sedikit kisar lagi
4. Bila semua dah dimasukkan dan adunanna dah rata  
5. Bolehlah kukus selama 20 minit kalau acuannya kecil

* Acuan tu hendaklah disapu dengan mentega agar apam tak melekat dan senang dikeluarkan...*


Friday, December 31, 2010

Roti Yaamm Yamm


Roti Pintal Bulat


Roti Hot Dog 


Salam.. sudah 3 kali mencuba resepi yang dibagi oleh rakan-rakan di KR masih tak menjadi.. mungkin inilah akibat aku menderhaka pada tok guru...Tapi aku jenis orang yang tak putus asa akhirnya menjadi juga ... so bila dah siap masuk ke mulut anak2 dan Hubby sedap katanya.... ooooo heheheh   lalalala tak payah g kedai beli roti, hasil tangan orang melayu dan halal. Sebenarnya aku dah menderhaka pada resipim yh KR bagi.  Aku ikut cara  kak nah... mana akak lama tak jumpa katanya ada kat Terengganu... Kalau akak datang JB carilah kami ... Saya dan Mak Okid masih dirumah lama rindu kat akak... Resepi Kak Nah memang sedap selalu mendapat pujian dan tempahan dari rakan2 (kini dah lama tak ambil tempahan)... walaupun dan 2 hari masih lembut dan sedap.. Apa pun kini aku dan ada koleksi Roti....

Jom tengok Resepinya:


Bahan A
11 g yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum 
1/2 cawan air suam
(campurkan semua n biarkan naik)
Bahan B
2 sudu menterga/majerin dicairkan
2 sudu softening 


Bahan C
3  cawan tepung gandum
Bahan D
1 cawan saya kurangkan tak nak manis sangat
1/2 cawan air panas
(tuang air panas dengan gula kacau biar gula cair)
Bahan E
1/2 cawan susu segar biarkan dalam keadaan suam (jgn habiskan)


cara membuatnya


1. Bahan A , C an D di campurkan
2. 3 cawan tepung tadi dimasukkan dalam bekas dan buat lubang tengah

yang kunig tu Chicken froos (betul ke eja)

3. masukkan 2 sudu mentega tadi dan softening dan gaul rata 
4. masukkan bahan ABC dalam tepung hingga habis 
5. masukkan susu segar yang suam tadi uli lagi.....sekiranya melekit boleh tambahkan sedikit mentega @ letak kat tapak tangan... uli hingga tepung tadi tak melekit atau adunan nampak licin dan sekata (adunan adalah lembik sedikit)
6.  perap hingga naik
7. Bila dah naik uli sekejap dan buat bulat-bulatkan atau buat seperti gambar diatas 
8. biarkan naik lagi dalam 30 - 40 minit bila naik 
    bakar suhu 180 C 


Emmm siap....


Loyang di sapu dengan mentega agar tidak melekat...


 selamat mencuba.....


Resepi kak na aku bagi kemdian.... Haha.

Wednesday, December 29, 2010

Cup Cake Ayu


Cup Cake yang pertama semasa dalam kelas
Bunga dan Daun tu ciptaan sendiri allahamdulillah walaupun tak secantik pakar tapi kini aku dah 
boleh buat sendiri



Buat semasa Hari Raya haji Dulu
eeeeemmmm 

Cup Cake


Untuk anak buah...

Nie hasil nukilan cikgu zubaidah 




anakku gubah

Donut Gebu






Salam... aku dah lama nak tayang gambar donut nie... dan nak share resepinya... memang sedap dan gebu... terima kasih pada rakan rakan di My Resepi.. boleh bagi 5 bintang ... sila lah cuba ye... insyakallah jadi...

Jom intai resepinya

11 gm yis (1 peket yiss mauripan)
1/4 cawan air suam
1 1/2 susu cair  di panaskan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam takut masin kurangkan ye..
2 biji telur
1/3 shortenning ( lelemak sayur) dan 2 sudu butter
5 cawan tepung gandum

Cara  Membuatnya

Masukkan yiss dalam air suam biarkan hingga berbuih...
kemudian masukkan susu, gula telur , butter dan 2 cawan tepung gandum gaul rata dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis  uli hingga lembut. dalam 10 minit

Biarkan naik dan uli lagi
buat bulat - bulat dalam bentuk donut
biarkan naik lagi dan bolehlah goreng....

Hiasan pada donut itu ikut kreativiti masing-masing...




Lembut walaupun sejuk ....