Tuesday, February 15, 2011
Chocolate.... design luv dalam bekas
Salam... lama tak menulis dalam blog nie... aku agak sibuk dengan kerja-kerja opis yg taj=k habis-habis... nasib baik ada cuti Maulidur Rasul dapat ruangkan masa dan up load gambar nie....
Apa pn Salam Maulidir Rasul untuk semua......
Nie merupakan tempahan dari kawan ku Noraini..... percubaan yang pertama terok juga nak menyiapkan... nampak macam senang ..... kalau tak percaya buatlah .....
Thursday, February 3, 2011
Masakkan Pagi Raya
Kek Coklat Kurang Manis...
haha gambar kek lagi kek nie bawa balik kg..
Salam... lama tak buka blog nie rasa nya hampir 10 hari... Nie baru lega sikit . Hubby pun baru keluar hospital.... .... So .... dapat berita abang ipar pulak sakit... so... masa cuti nie ambil kesempatan tengok dia... kat kampung .... . Fikir punya fikir apa nak buat untuk Buah Tangan...... maka terhasil lah masakkan di atas... ha.... sampai kat sana anak saudara ku sibuk nak resepi roti.... sedap katanya........ apa lagi tunjuklah bakat yang tak terro nie...... ha.... tak tahulah dia orang tu jadi tak roti tu...
Sunday, January 23, 2011
coklat lagi
Belum Letak Stick Lagi...
Tempahan dri shamrislah ...
Coklat bentuk matahari letak Peanut Butter dan Crispy yummmmm
Kegemaran anak bongsu ku...
Thursday, January 20, 2011
kek Coklat Moise Kurang Manis
Salam... kek ini aku buat semasa pergi ke Melaka.... kali yang ke tiga tak sampai 10 hari..... Kini semuanya dah diselesaikan... tilam... bantal... selimut dah dibekalkan... barulah nampak jernid sikit mu Mohd Shafiq tu... ha... ha.... aku pun legalah . Kalau nak diikutkan habis duit tu memang lah tak ralat tengok Hubby... keluar duit macam buka paip air ... tapi demi anak2 .. dia cuba buat yang terbaik..... .. So... semasa nak ke Melaka aku terfikir nak buat kek... terciptalah kek yang di atas.... Pertama kali mencuba kek moist dari KR so.. menjadi juga yum..yummm sedap. dapat juga anakku dan rakan-rakannya yang lain merasa... Emakku yang ikut serta pun kata sedap dan lemut...wah... tambah lah lagi koleksi Kek Coklat ku... Jom intai resepinya....
Bahan kek
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k bicabonate
1 s/k baking powder
diayak dan ketepikan
2 biji telor
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
sedkit esen vanilla
1 sudu coklat emulco (tak letak tak pe)
Cara bancuhan
1. Mula pukul telor dengan gula hingga kembang
2. Masukkan susu pukul lagi
3. Masukkan minyak pukul lagi dan masukkan vanilla.
4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis gaul rata
5. Bakar dalam ketuhar 160% selama 1 jam hingga msak
Toping
1. Cairkan coklat masak secara double boiler
2. bila dah cair masukkan susu cair
3. masukkan menterga kalau agak pekat masukkan lagi susu cair biarkan dia berkilat dan sekata dengan cantik
4. Tuang atas kek dan hiasa ikut kreativiti masing-masing...
ha... dah jadi....
Sunday, January 16, 2011
Tambahan Gambar Coklatku
Bila belek - belek jumpa pulak gambar-gamar lama coklatku. So sayang pulak nak di hapuskan..so ambil keputusan untuk letak dalam blog nie... bila boring boleh tengok semula ....
Rumah Sewa...Oooo Rumah Sewa
Semalam aku. hubby, ibu (mak okid) ayah (pak jaafar) dan akir ke Puteri Resort Melaka... jumpa Abang Ngah.... .. untuk bantu dia dapatkan rumah sewa.... Hotel yang pihak Hotel sediakan agak tidak selesa (risau juga kalau ada apa2 berlaku) wa....susah sungguh satu ari suntuk pusing kat kawasan malim dan area kawasan maydin... Air Keroh...tanya sana tanya sini.... Nasib baik ada teman hubby yang kerja di CIDB Melaka bantu kalau tak buntu juga... dalam masa 1 hari nak dapatkan rumah sewa . Anggaran dalam pukul 4.00 petang dengan bantuan En Sulaiman dan dengan kebaikkan Kak Syam (tuan punya rumah)... akhinya dia membenarkan anak ku dan 4 orang lagi rakannya dapat menyewa rumah flat tersebut dengan kadar bayaran RM350 sebulan. petang tu juga anakku ambil barang di rumah kawannya di Umbai dan terus duduk situ... ... KESIAN dengan tak sempat belikan bantal dan tiada tilam (harap mereka cari sendiri malam tu) dan terus mereka bermalam di situ .... hampir pukul 9.00 malam baru semuanya selesai dan aku berangkat balik ke Johor. Mungkin ini namanya pengalaman dan kena belajar erti berdikari....... sebagai seorang ibu aku kena reda dan harap dia dapat sesuaikan diri dan keadaan nie...
Hampir seminggu dia menumpang kat rumah rakannya... mungkin budak2 nie tak selesa untuk menumpang rumah orang .... kot...walaupun rumah tu besar dan ada banyak bilik... tapi tetap rumah orang yang hanya diduduki oleh Atok (rakan anakku) tapi bila hujung minggu... rumah tu penuh dengan sanak saudara, serta cucu atok datang. Apapun aku ucapkan ribuan terima kasih pada atok tersebut kerana telah menjaga anak hampir seminggu. Budi mu tak dapat ku balas...
Harap apa yang berlaku akan menjadikan ia sebagai pengalaman dan mengajar mereka erti berdikari ... Ini hanya cubaan yang terlalu kecil ... bagi mereka... dihadapan ada lebih luas lagi pancaroba yang bakal mereka tempuh...
Terima kasih juga ku pada Supevisor En Azizul ... Puteri Resort (kalau tak silap namanya) kerana memberi kelonggaran kepada anakku untuk keluar sekejap (5 ptg - 7 mlm) ambil barang dan menyelesaikan masalah rumah sewa... kalau tak tak tahu nak buat macamana sebab mereka tengah kerja...
Allhamduillah semuanya telah selesai dan Allah telah permudahkan segalanya... Jom tengok tempat Resort anakku buat Praktikal....
Hampir seminggu dia menumpang kat rumah rakannya... mungkin budak2 nie tak selesa untuk menumpang rumah orang .... kot...walaupun rumah tu besar dan ada banyak bilik... tapi tetap rumah orang yang hanya diduduki oleh Atok (rakan anakku) tapi bila hujung minggu... rumah tu penuh dengan sanak saudara, serta cucu atok datang. Apapun aku ucapkan ribuan terima kasih pada atok tersebut kerana telah menjaga anak hampir seminggu. Budi mu tak dapat ku balas...
Harap apa yang berlaku akan menjadikan ia sebagai pengalaman dan mengajar mereka erti berdikari ... Ini hanya cubaan yang terlalu kecil ... bagi mereka... dihadapan ada lebih luas lagi pancaroba yang bakal mereka tempuh...
Terima kasih juga ku pada Supevisor En Azizul ... Puteri Resort (kalau tak silap namanya) kerana memberi kelonggaran kepada anakku untuk keluar sekejap (5 ptg - 7 mlm) ambil barang dan menyelesaikan masalah rumah sewa... kalau tak tak tahu nak buat macamana sebab mereka tengah kerja...
Allhamduillah semuanya telah selesai dan Allah telah permudahkan segalanya... Jom tengok tempat Resort anakku buat Praktikal....
Emaknya yang lebih....hh...
Thursday, January 13, 2011
Tart Cheese Blueberry
lama betul akau tak buat kuih.ataupun kek.... ruamah pun terasa sunyi je..... Mat Chah dah hampir seminggu berada di Melaka ... Ha.... Happy Birthday Shafiq 13Jan... haha hari nielah... Biasanya kami beli Pizza atau pergi makan2 ... ... tak pelah ini dinamakan rencah kehidupan dan belajar erti susah dan belajar berdikari... . haha... . lupa pulak nak cerita pasal tart di atas... ini pun aku ambil dari Resepi Hanieliza cma aku tambah susu tepung... je.... sedap juga lemak dan ranggup... . Ini pun gambar lama dan aku simpan untuk aku sendiri bila teringin nak buat ...... Aku abadikan resepi nie dalam blogku...
Bahan-bahannya......
125 gm Butter
125 gm majerin
100 gm gula halus
1 biji telor
500 gm tepung gandum
2 sudu tepung susu (optional)
Blueberry Filling
bancuhannya....
Gaul butter dan majerin dengan gula hingga sebati masukkan telur kacau rata dan masukkan tepung gandum dan susu tepung tadi sedikit demi sedikit gaul hingga adunan tadi sebati. Sediakan acuan tart yang telah disapu dengan majerin dan taburkan sedikt tepung untuk tidak melekat ... . ambil sedikit tepung letakkan dalam acuan tart dan tekan sikit biar rata ... cucuk dengan garpu adunan tadi... n bakar dalam 10 - 15 minit. Angkat sejukkan.
Untuk Cheese
250 Cheese
50 gm gula asing
2 sudu perahan lemon
1 biji telor
adunannya
- pukul cheese dengan telur hingga sebati.Maskkan vanilla dan telur dan lemon taddi. teruskan memukul hingga berkrim
- Tuang adunan secukupnya kedalam pastri dan sudukan blueberry filling ditengah-tengah dan masukkan lagi cheese dan bakar selama 15 - 20 minit...
Subscribe to:
Posts (Atom)
























