Sunday, February 20, 2011

Kek Coklat Moise Lagi....



Salam.... ari nie aku sibuk buat kuih untuk hubby nak bawa ke pejabat ... nak jamu rakan-rakan katanya. So... aku pun fikir apa nak buat .... akhirnya terjadilah kek di atas... Kek ini adalah resepi ari Badariah Abdul Rahman Pekan Pahang. first time ikut resepinya....terima kasih Badar... nampak macam ok....je...lembut. Kek ini aku belum mekup lagi .... masa aku ambil gambar masih lagi panas.... so kenalah tungu sejuk dulu... nanti aku tunjuk kalau dah siap mekupnya.....lain dari kek hubby ada tempah nasi dan lain-lain lagi.... Ada rezeki lebih... belanja kawan opis.............. Nak tengok resepinya tak..... Boleh ya Badar akak tunjukkan kat sini minta halal ya....

Bahan-bahannya:
250gm butter
240gm gula halus 
1 camca teh ovellet
1 camca teh esen
4 biji telur


Bahan di ayak:
230 tepung gandum
1 1/2 camca teh baking powder


Bahan paste:
1 cawan sebuk koko
1 cawan air @ susu cair  9guna susu dutch Lady chocolate) 
3/4 cawan gula 
-1 satukan semua bahan dalam periuk & masak gan api api kecik...kasi sebati & tutup api & sejukkan.


Caranya:
1-pukul butter,gula sehingga kembang.
2-masukkan 1 persatu telur pukul 3 minit & msukkan ovellet & esen vanila..pukul sebati.
3-masukkan bahan yg di ayak berselang seli gan bahan paste tadi..
4-griskan loyang 8' inci..
5-bakar suhu 170" selama 1 jam @ bergantung oven masing2.
6-setelah masak,sejukkan atas redai..


Selamat mencuba ..... 

Tuesday, February 15, 2011

Chocolate.... design luv dalam bekas





Salam... lama tak menulis dalam blog nie... aku agak sibuk dengan kerja-kerja opis yg taj=k habis-habis... nasib baik ada cuti Maulidur Rasul dapat ruangkan masa dan up load gambar nie....

Apa pn Salam Maulidir Rasul untuk semua......

Nie merupakan tempahan dari kawan ku Noraini..... percubaan yang pertama terok juga nak menyiapkan... nampak macam senang  ..... kalau tak percaya buatlah .....

Thursday, February 3, 2011

Masakkan Pagi Raya


Kek Coklat Kurang Manis...


haha  gambar kek lagi  kek nie bawa balik kg..




Salam... lama tak buka blog nie rasa nya hampir 10 hari... Nie baru lega sikit . Hubby pun baru keluar hospital.... .... So .... dapat berita abang ipar pulak sakit... so... masa cuti  nie ambil kesempatan tengok dia... kat kampung .... . Fikir punya fikir apa nak buat untuk Buah Tangan...... maka terhasil lah masakkan di atas... ha.... sampai kat sana anak saudara ku sibuk nak resepi  roti.... sedap katanya........ apa lagi tunjuklah bakat yang tak terro  nie...... ha.... tak tahulah dia orang tu jadi tak  roti tu...

Sunday, January 23, 2011

coklat lagi


Belum Letak Stick Lagi...



Tempahan dri shamrislah ...


Coklat bentuk matahari letak Peanut Butter dan Crispy yummmmm
Kegemaran anak bongsu ku...

Thursday, January 20, 2011

kek Coklat Moise Kurang Manis





Salam... kek ini aku buat semasa pergi ke Melaka....  kali yang ke tiga tak sampai 10 hari..... Kini semuanya dah diselesaikan... tilam... bantal... selimut dah dibekalkan... barulah nampak jernid sikit mu Mohd Shafiq tu... ha... ha.... aku pun legalah . Kalau nak diikutkan habis duit tu memang lah tak ralat tengok Hubby... keluar duit macam buka paip air ... tapi demi anak2 .. dia cuba buat yang terbaik..... .. So... semasa nak ke Melaka aku terfikir nak buat kek... terciptalah kek yang di atas.... Pertama kali mencuba kek moist dari KR so.. menjadi juga yum..yummm sedap. dapat juga anakku dan rakan-rakannya yang lain merasa... Emakku yang ikut serta pun kata sedap dan lemut...wah... tambah lah lagi koleksi Kek Coklat ku... Jom intai resepinya....


Bahan kek 

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k bicabonate
1 s/k baking powder
diayak dan ketepikan

2 biji telor 
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
sedkit esen vanilla
1 sudu coklat emulco (tak letak tak pe)

Cara bancuhan

1. Mula pukul telor dengan gula hingga kembang
2. Masukkan susu pukul lagi
3. Masukkan minyak pukul lagi dan masukkan vanilla.
4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis  gaul rata
5. Bakar dalam ketuhar 160% selama 1 jam  hingga msak

Toping

1. Cairkan coklat masak secara double boiler
2. bila dah cair masukkan susu cair
3. masukkan menterga kalau agak pekat masukkan lagi susu cair biarkan dia berkilat dan sekata dengan cantik
4. Tuang atas kek dan hiasa ikut kreativiti masing-masing...

ha... dah jadi.... 



Sunday, January 16, 2011

Tambahan Gambar Coklatku


Bila belek - belek jumpa pulak gambar-gamar lama coklatku. So sayang pulak nak di hapuskan..so ambil keputusan untuk letak dalam blog nie... bila boring boleh tengok semula ....












Rumah Sewa...Oooo Rumah Sewa

Semalam aku. hubby, ibu (mak okid)  ayah (pak jaafar)  dan akir ke Puteri Resort Melaka... jumpa Abang Ngah.... .. untuk bantu dia dapatkan rumah sewa.... Hotel yang pihak Hotel sediakan agak tidak selesa (risau juga kalau ada apa2 berlaku)  wa....susah sungguh satu ari suntuk pusing kat kawasan malim dan area kawasan maydin... Air Keroh...tanya sana tanya sini.... Nasib baik ada teman hubby yang kerja di CIDB Melaka bantu kalau tak buntu juga... dalam masa 1 hari nak dapatkan rumah sewa .  Anggaran dalam pukul 4.00 petang dengan bantuan En Sulaiman dan dengan kebaikkan Kak Syam (tuan punya rumah)... akhinya dia membenarkan anak ku dan 4 orang lagi rakannya dapat menyewa rumah flat tersebut dengan kadar bayaran RM350 sebulan. petang tu juga anakku ambil barang di rumah kawannya di Umbai dan terus duduk situ... ... KESIAN dengan tak sempat belikan bantal dan tiada tilam (harap mereka cari sendiri malam tu)  dan terus mereka bermalam di situ   .... hampir pukul 9.00 malam baru semuanya selesai dan aku berangkat balik ke Johor. Mungkin ini namanya pengalaman dan kena belajar erti berdikari....... sebagai seorang ibu aku kena reda dan harap dia dapat sesuaikan diri dan keadaan nie...

Hampir seminggu dia menumpang kat rumah rakannya... mungkin budak2 nie tak selesa untuk menumpang rumah orang .... kot...walaupun rumah tu besar dan ada banyak bilik... tapi tetap rumah orang yang hanya diduduki oleh Atok  (rakan anakku) tapi bila hujung minggu... rumah tu penuh dengan sanak saudara, serta cucu atok datang. Apapun aku ucapkan ribuan terima kasih pada atok tersebut kerana telah menjaga anak hampir seminggu. Budi mu tak dapat ku balas...

Harap apa yang berlaku akan menjadikan ia sebagai pengalaman dan mengajar mereka erti berdikari ... Ini hanya cubaan yang terlalu kecil ... bagi mereka... dihadapan ada lebih luas lagi pancaroba yang bakal mereka tempuh...

Terima kasih juga ku pada Supevisor En Azizul ... Puteri Resort (kalau tak silap namanya) kerana memberi kelonggaran kepada anakku untuk keluar sekejap (5 ptg  - 7 mlm)  ambil barang dan menyelesaikan masalah rumah sewa... kalau tak tak tahu nak buat macamana sebab mereka tengah kerja...

Allhamduillah semuanya telah selesai dan Allah telah permudahkan segalanya... Jom tengok tempat Resort anakku buat Praktikal....



Emaknya yang lebih....hh...