Thursday, June 7, 2012
Friday, May 25, 2012
Kek Coklat Moist lapis Cheese


Air Tanganku.. lihatlah hasil tangan ku yang kaku dan tidak berseni nie... Kalau bab mengubah memang tak kreatif..... Tapi tak pelah mungkin ini lah yang sudah diberi oleh nya... aku terima je... yang penting kek tu sedap dan mendapat pujian dari rakan-rakan ku... Sebenarnya kek ini adalah dari permintaan dari kawan anakku ... hari ini adalah hari jadi ibunya so... dia nak minta tolong buatkan... Tak sampai hati nak menolak... harap kawan anaku suka akan kek ini ... ..semuga ibunya dirahmati allah dan sihat selalu... amin
kalau nak resepi ... Jom intai...
Kek Kukus ( resepi dari puan Roha dari )
*2 cawan tepung gandum
*1 cawan serbuk koko
2 cawan gula halus
1 cawan minyak makan (kalau ada minyak jagung lagi bagus)
1 tin kecil susu pekat ( saya guna 1 cawan je )
1 cawan air panas mendidih...
5 biji telor
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil bicabonate of Soda
untuk Lapis cheese
250gm cheese
60 gm gula halus
1 biji telor
25 gm air
Kesemuanya pukul gebu..
Cara2 membuatnya
Kukus kena sediakan dulu ...
ayak semua bahan yang bertanda * tadi.. dan masukkan dalam bekas... buat lubang tengah masukkan telor, susu, minyak dan gula kacau sebati... kemudian masukkan air panas tadi kacau lagi hingga sebati...
mula kusus suku addunan coklat tadi.. sedikit dulu .. suku lebih kurang dalam 10 minit... lepas tu masukkan cheese yang sudah dipukul gebu.. tuang rata... baru masukkan baki coklat tadi kukus lebih kurang 1 1/2 jam... atau hingga masak..
Topping dari Kek Coklat Kukus Badariah
1/2 buku butter
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
masak dengan cara double boiler...
atau
200 gm dark coklat
100 gm whipping cream hiris halus..
2 sudu mentega
caranya masak whipping atas dapur api pelahan je... bila bibir periuk keluarkan buih angkat masukkan coklat tadi dan mentega kacau hingga sebati.. . sejukkan sekejap dan tuang atas coklat tadi...
Sunday, May 13, 2012
Urap Taugeh .. ulam kasih
Haha... tentu pelikkan nama tu... buat urap nie kan kena gaul dengan tangan so... orang kata air tangan isteri boleh menambat hati suami itu... itu yang timbul ulam kasih... syarat tambahan kena baca bismillah , tambah lagi dengan senyuman dan keikhlasan tentu akan bertambah sedap,,,,,
Jom intai resepinya..
2 cawan taugeh - dibersihkan dan itos
8 batang kacang panjang
1 biji bawang besar-dimayang nipis-nipis
limau nipis secukupnya - ambil jus tanpa biji
Garam dan gula secukup rasa
sedikit bunga kantan (kalau suka)
Kelapa parut secukupnya
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan - yg dibakar
2 biji cili merah - boleh tambah lagi kalau suka pedas
Segenggam udang kering - rendam sekejap
CARA PENYEDIAAN:
Bersihkan taugeh dan ditos serta diketepikan dulu . Bersihkan kacang panjang dan dipotong kecil serta dketepikan dulu .Bawang besar dipotong nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai .
Masukkan kelapa parut putih ke dalam kuali bersama bahan yang ditumbuk lumat dan sangai atau goreng tanpa minyak kelapa ni bersama sambal sehingga cukup sebati dan kelapa menjadi sedikit kering anggaran dalam 10-15 minit .
Kacau kelapa dengan sambal sehingga cukup sebati dan boleh la ditutup api dapur serta dibiarkan sejuk . Satu kan semua taugeh , kacang panjang serta bawang besar kemudian boleh la dimasukkan sambal kelapa ni sikit demi sedikit . Kacau semua bahan dan dimasukkan jus limau nipis secukupnya serta garam secukup rasa . Bila kerabu ni dah dicampur mengikut selera sendiri boleh la dihidangkan .
Friday, May 11, 2012
Roti Naik..Gebu

Lama sungguh tak mengadun roti nie... Tiba- ada orang nak makan dan emak pulak nak bawa pergi kelas agama so... buatlah juga... Bila lama tak buat rasa excited juga tengok dia naik dan gebu semacam ... suka hati... ha.. ha.. jom aku tag kan lagi resepinya
Nama Roti Ku.. Roti naik
500 gm tepung gandum (kalau nak guna tepung roti lagi bagus)
100 gm gula halus (caster)
20 gm susu tepung
80 gm mentega
2 sudu pelembut roti
220 gm air kekadang saya letak 230gm tengok keadaan tepung
11 gm yis (sebungkus mauripan)
1 biji telor
1 sudu softening (optional)
Cara-caranya
masukkan tepung, gula, mentega, pelembut roti, dan yis gaul gunakan jejari hingga rata dan sebati. Buat lubang tengah,,, masukkan telur gaul lagi... Akhir sekali masukkan air adunan dan uli hingga tidak melekat kat tangan,,, masa ini saya guna mesin je... tak larat nak mengadun dengan tangan... kalau betul diuli dalam masa 30 - 45 minit adunan akan naik 2 kali ganda ... atau sekurang-kurangnya biarkan satu jam.... Kemudian tumbuk-tumbuk buangkan angain.. dan uli lagi sebentar..
Boleh dibentuk-bentuk dan susun dalam loyang lebih kurang 20 minit... atau 30 minit lihat keadaan roti tu..
boleh bakar dalam masa 25-30 minit... api bawah je... tau ..
kalau adunan tu melekat boleh lumur mejerin di tapak tangan... orang biasanya gunakan tepung tapi saya memang gunakan majerin untuk mengelakkan adunan lekat. mungklin guna tepung boleh kot... ...
Wednesday, May 9, 2012
Kek Kukus lagi
Hobi baru ku... kini... walaupun penat tapi mengembirakan...

hahah malam tadi mengodekm kek kukus coklat nie... kek nia adalah antara kek ku yang banyak permintaan ...

Anak lelakiku pun seibuk mak nak bawa satu pergi sekolah... so... buatlah lebih satu ... sebenarnya tak lebih pun ada lagi 3 tempahan yg belum siap .. oleh kerana anak aku pun bagi lah...


Tempahan dari Za dan wati... satu di lapis dengan whiping cream dan Silling Strawberry dan satu lagi lapis ganage coklat je ... terima kasih kekawan... telah mencipta satu lagi hobiku yang baru....
Tuesday, May 8, 2012
Isi Ayam Masak Merah
Sedapkan nampak resepi nie... Ini adalah hasil masakan Puan Sabariah ... oleh kerana anak-anakku suka makan isi-isi ayam.. maka aku pun tabadikan dalam blog ini....(dah minta izin) aku mesti cuba ... nampak macam senang dan sedap.... hahahha... kalau ...
AYAM MASAK MERAH
isi ayam di dadu dan goreng
2 keping asam gelugur
3 helai daun limau purut hiris nipis
1 senduk cili blend
2 senduk sos tomato
gula,garam dan perasa
blend:
bawang besar
bawang putih
halia
serai
lengkuas
Tumis bahan blend hingga naik bau
masukkan cili dan kacau hingga garing
tambah daun limau dan asam
tuang sos kedalam
tambah gula garam dan perasa
akhir sekali masukkan ayam dan kacau sebati
isi ayam di dadu dan goreng
2 keping asam gelugur
3 helai daun limau purut hiris nipis
1 senduk cili blend
2 senduk sos tomato
gula,garam dan perasa
blend:
bawang besar
bawang putih
halia
serai
lengkuas
Tumis bahan blend hingga naik bau
masukkan cili dan kacau hingga garing
tambah daun limau dan asam
tuang sos kedalam
tambah gula garam dan perasa
akhir sekali masukkan ayam dan kacau sebati

menarik sungguh.. kan...
Sunday, May 6, 2012
SPONGE KEK MAT GEBU..
Resepi dari Mat Gebu... memang gebu macam tuahnya... Boleh ya En mat saya share resepinya menjadi sungguh dan sedap... saya tabur coklat ganage... sebab anak2 suka...
BAHAN-BAHANNYA
Bahan-bahannya
160 gm gula halus
15 gram ovallate
5 biji telur gred B
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75 gram mentega cair (mat guna minyak canola@jagung)
5 biji telur gred B
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca teh esen vanilla
40 ml air
75 gram mentega cair (mat guna minyak canola@jagung)
Cara membuatnya
Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan
telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air dan putar
pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kueh baulu.
- Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang mentega cair dan gaul
dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
- Tuang dalam loyang bulat 9 inci yang telah dilenser dengan sedikit
minyak, dan alas dasarnya dengan kertas minyak yang telah dilenser. Bakar
dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau
hingga masak.
- Keluarkan segera dari acuan bila kek masak, untuk mengelakkan kek
mendap. Sejukkan dan hias ikut gaya apa yang anda mahu kan. Boleh
dihidangkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)









