Monday, July 30, 2012

Ayam Goreng Berempah

AYAM GORENG BEREMPAH SERDAK ~ Mai Zura


Teringin sangat nak buat... so.. ku pun cari-cari jumpa lah resepi nie... kebetulan tak tahu nak masak apa... So... terjadilah ayam goreng berempah.. nie.... Boleh tahan juga anak2 ku makan sedap kata mereka.... Tapi aku lupa letak lengkuas... tapi tak pe lain kali buat lagi... Terima kasih pada temanmu mai Zura atas pengkongsiannya...Semuga allh yang membalasnya...


Jom Sekodeng Resepinya...

BAHAN-BAHANNYA

Bawang besar
Serai
lengkuas 
* bhn diatas diblend /tumbuk

Lumurkan Ayam :
dgn serbuk kunyit, garam skit,
cili kering blend ( mai guna cili kering serbuk ),
rempah kari ikan.
& bhn2 yg telah d blend atau d tumbuk...gaul hingga rata...

- perap dlm 1 jm...( saya perap dlm 15 minit jer )
-panas kn minyak dgn api yg sedrhana...
dn goreng hingga kekuningan...

- bile agak2 ayam dh masak sedia untuk d tos kn...
-masuk kn beberapa helai daun kari...
-tunggu jap dn boleh lh d angkat...
- serdak pn ambil sekali
-Hidangkan panas-pnas ++ bestt...!




 air tangan teman FBku...


 yang aku buat.. 

walaupun tak sama rupanya tapi sedap rasanya..
Ini gambar dari FB..

Sunday, July 29, 2012

Puding Coktail

Teringin nak buat puding nie... boleh juga bagi pada jiran-jiran sebelah rumah untuk berbuka... Kebetulan masa hari pertama berbuka puasa tak puas makan nie yang buat lagi. Pulak hari cuti  adalah juga masa nak buat. Puding nie versi Dapur Ayuharlina hahha... Tapi anak-sanakku tak suka makan... maka aku dan hubby je yang tukang pehabisnya.

Nasib baik guru tution anakku datang dapatlah dia rasa semangkuk puding dan di bawa bekal untuk bersahur nanti

Nak tengok rupa puding ku... Jom

Bahan-bahannya

2 cawan tepung kastard.. ( kalau buat banyak tambah lah tepung ikut sukatan cawan )
6 cawan air ( 1 tepung kastard sama dengan 3 cawan air)
1 senduk gula
sedikt vanila
sedikit garam
2 sudu susu cair (tak letak tak pe)
ini untuk puding

Untuk Kuah

1 tin Coktail
1 cawan air
2 tin susu cair
2 senduk gula ikut sendiri kalau nak manis tambah lah lagi
1 sudu vanilla
2 sudu tepung kastad (dikacu dengan sedikit air)

masak air bersama gula bila gula dah hancur masukkan susu cair kacau lagi kemudian masukkan buah-buahan coktail, vanilla dan tepung kastard tadi... kacau  lagi jangan sampai mengelegak  ... so siap dihiodangkan .

Saya suka disejukkan dalam peti sejuk sedap bila dimakan..

CUBALAH



Roti Puri

Roti Puri   anak bongsu ku sibuk nak makan roti puri nie... Oleh kerana minggu ini rumah abangku punya giliran untuk berbuka.. maka aku bercadang nak buat roti.. nie dengan kari ayam... Bila ramai2 sedap sikit makan.... anak yang lain tak suka ... hubby pun tak suka... Ini adalah masalah aku bila memasak anak-anak tak gemar nak makan sangat ... 


Jom intai resepinya




Bahan-bahannya:




-2 cwan tepung gandum 
-1 sudu besar  yis mauripan 
-1/2 sudu kecil garam * 
-3 sudu makan minyak masak * 
-40-50ml air /1/2 cawan air 
-minyak utk mengoreng 


Cara-cara 


1. satukan tepung gandum, yis dan gara
3. masukkan minyak dan air sedikit dei sedikit... gaul hingga adunan sebati atau tidak lekat ditangan.
4. Biarkan doh dalam 20 minit
5. pastu buat bulat-bulat dan leperkan 
6. Bolehlah goreng..

Goreng dengan menggunakan api yang sederhana @ minyak jangan terlalu panas atau panas sangat.. kena pandai main api... masa menggoreng tu... simbahkan minayk keatas roti tadi .. baru mengelembong nya cantikkk cubalah..


Ada yang gelembung ada yang tak... tapi feed back yang diterima sedap....,,,



Saturday, July 28, 2012

Kek mable

Gerammmmm tengok kek ini... apa lagi aku pun ambil terus resepi nie n abadikah dalam  blogku tuan puan resepi adalah dari Resepi Ibu2010..... tank ya... aku tumpang sekaki..




BAHAN2NYA

250GM MENTEGA
160GM GULA KASTOR
½ CAWAN SUSU PEKAT MANIS
250GM TEPUNG NAIK SENDIRI
6 BIJI TELUR GRED ‘A’
1 SUDU TEH BAKING POWDER
5 JENIS PEWARNA (PUTRI GUNA 2 PERISA ….COKLAT DAN PANDAN LAGI 3 GUNA WARNA SAHAJA)
1 SUDU TEH OVELATE

****PERHATIAN: JIKA LETAK 5 PERISA BERBEZA DALAM SATU LOYANG RASA KEKNYA AGAK PELIK SEDIKIT…SO TERPULANG PADA ANDA YERR…BAGI PUTRI 2 PERISA NI DAH CUKUP MEMBUAT KEK NI RASA SEPERTI KEK MARBLE. ANDA BOLE JUGA GUNA PERISA STRAWBERRY DAN PANDAN ATAU APA2 PERISA TAPI JGN KESEMUANYA BERBEZA PERISA.CUKUP PILIH 2 PERISA SAHAJA.APA PUN TERPULANG JUGA KEPADA ANDA SENDIRI)



Kek Mable lagi...



Bulan2 puasa tak tahu nak buat apa2.. nak buat kuih awal lagi.. so... aku pun rajin2lah kononnya cari kek,, ke... biskut ... ke atau apa je yang boleh aku sharekan dalan blogku ini... Ini kot masanya aku abadikan resepi rakan dari FB dan rakan blog.... ku... Ini menyenangkan bila aku nak mencari resepi... kalau teringin nak buat... so ini adalah salah satu dari resepi raka2ku... terima kasih ya.. Geram tengok belangnya cantik sangat...




Resepi kek merble.....


3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan mentega
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
Pewarna

Cara..
Pukul mentega & gula sampai kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan tepung,baking powder & asen vanila
Masukkan susu segar
Bahagikan pada beberapa bahagian & letak pewarna
Letak 1 sudu bg setiap warna kat tengah loyang
Bakar pada suhu 175... Selama 45 minit








Mina MinD CooKinG RooM tuan punya resepi

Monday, July 23, 2012

Sotong goreng tepung..

Geram tengok sotong goreng tepung nie sedap nampaknya... Aku pun elalu juga beli sotong... Hubby suka... so bila nampak je resepi ini cepat copy n paste di blog ku... Nanti kalau nak buat senang nak cari... harap dihalalkan ya....



sotong di potong kecil
tepung beras
sebiji telur ayam
sedikit serbuk kari
serai ditumbuk
sedikit air kapur
sedikit kunyit serbuk
garam dn perasa
gandum secukupnya........
gaulkan semua bahan kecuali sotong dan gandum.....
masukan sotong
panaskan minyak, ambil sotong tadi, gaulkan dgn gandum balik2an dan goreng....






nampak sedapkan.... resepinya pun senang . ini adalah hasil ciptaan dari...........


terima kasih atas pengkongsian resepi di FB...

Sunday, July 22, 2012

Biskut Semperit Edisi Sabariah Bahasar



Resepi ini dari kak sabariah... banyak juga resepinya yang aku dah cuba yummmm menjadi dan sedap terutama ayam masak merah tabur dengan daun limau purut... kini dia menjadi lauk kegemaran anak lelakiku... sedap katanya...


Kini aku mengabadikah resepi ciptaannya dalam blog ku... boleh ya kak...senang nak mencari bila teringin nak makan...


 jom intai resepi dari kak sabariah..




Bahan-bahannya




150 mentega/marjerin
120g tepung gandum
80 g tepung kastad
50g tepung jagung
80g gula icing
1 biji kuning telur
sedikit ceri

Putar mentega dan gula icing hingga kembang
Masukkan kuning telur dan gaul rata
kemudian masukkan kesemua tepung dan uli hingga lembut
Sudah boleh dipaipkan keatas dulang.
Bakar dalam ketuhar selama 20 minit dgn suhu 170C









biskut ini kepunyaan dan hak kak sabariah bahasar