Sunday, September 11, 2011

Padamu ku bersujud lirik lagu Afgan

Entah kenapa aku suka mendengar lagu ini . Banyak menginsafkan aku yang selama ini leka dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab ku padanya...... . Banyak peristiwa yang berlaku pada tahun 2011 yang kadang-kadang aku tak mampu untuk melawannya....  namun aku bersyukur kerana ia telah mendekatkan aku dengan nya .... Ya Allah sesungguhnya ... kau yang maha mengetahui tentang apa yang berlaku ... Sesungguhnya perancanganmu amat sempurna dan kalau kau dah tentukan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengelakkannya... Amin...


Ini Gambar famili ku raya tahun 2011.......



ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud
pada-MU 

Monday, August 1, 2011

Macaroni Juadah Pertama Berpuasa

Alhamdulillah... syukur pada allah.. dapat aku berpuasa hari ini... harap-harap penuh satu hari... maklumlah orang perempuan....

Lama betul tak bersiaran kat blog... nie... banyak sebenarnya yang nak ku coretkan..... untuk permulaan ini... nak ku syer resepiku untuk juadah berbuka puasa hari ini...

Setiap tahun aku dan adik-adikku akan berbuka puasa di rumah emakku... pening juga nak masak apa...
Fikir punya fikir aku nak masak Macaroni goreng dan urap pelam.... dan berapa lauk  lain... Nurul anakku jauh di Lipis tak dapat berbuka dia dengan kami .. Tak pe... nanti puasa ke 26 dia balik bercuti...
kat sini aku nak syer resepi ;







Yang ini Urap Pelam... bahan tak banyak so apa yang ada je...


Macroni Goreng

Bahan-bahan

1 bungkus (1/2 kilo) macaroni
rebus dan toskan
8 - 10 tangkai lada kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
kesemuanya dikisar halus

10  udang basah
2 ekor sotong  ikut suka

2 susu cili sos
2 sudu tomamto sos
sedikit isi ayam

3 batang  sayur sawi
2 biji tomato biji
daun sup dan daun bawang
semuanya ikut suka

Tumis bahan yang dikisar tadi bila dah garing masukkan udang, sotong , gaul rata, masukkan garam, sos cili dan tomato sos  ikut suka... masukkan sayur sawi dan akhir sekali masukkan macaroni tadi.....

macamana nak rasa ia tawar ke masin.. biasanya saya ambil bau kalau baunya sedap
Cukup rasalah tu...

hahah selamat berbuka... jom cuba

Saturday, April 16, 2011

Puff Bluberry Hangus kat Opis



Ready nak bawa pergi opis


Wah.... lama tak tengok blokku nie.... macam tak de... resepi baru je... nak dipamerkan... tapi tak pelah... nie aku tunjuk gambar Puff Bluberry... yang aku masak hari khamis dan cadangnya nak bawa gi opis.....boleh makan dengan kawan-kawan kat ...sedap tau....

Alkisah masa aku panaskan dalam oven microwave aku pun tinggal sekejap sebab bos panggil nak dapatkan sesuatu... aku pun pergilah.... lepas... dalam 1/2 jam kemudian rakan-rakank jerit asap-asap.... smoke ditector berbunyi... alamak ada wayar short ke... bau hangit sana-sini....bos aku dah menjerit Ayu awak masak apa..... , satu lagi suara menjerit puff siapa dalam oven nie..... Ya allah aku punya lah.... alalam habislah aku kena marah dengan MTO.....wa.. wa.... hangus sudah ...... Aku dengan muka selambanya.... Saya punya Puff maaflah lupa....emmmmm.... bau hangus tu dah merebak kat 9 blog kat opisku.... maaf ye kawan-kawan... buat semua orang suspen.... nanti aku buat lagi....hahaha.....  Bak kata Dr. Halim .... kalau kejadian tu tak berlaku... kita tak tahu yang smoke Ditector tu berfungsi ke tak ... Tank Q Dr. Halimmmm kena menyebelahi aku....

Sunday, April 3, 2011

Serawa Durian



Isi durian yang telah dikeluarkan dari pangsa...

A'salamualikum....

Lama benar rasanya ku tak bersiaran macam sibuk lah sangat-sangat. Bukannya apa dalam 2 - 3 minggu aku berada dalam situasi yang tidak menyenagkan gundah, pilu, sedih... macam-macam .... Ha... tapi atas nasihat dan dorongan pihak atasan maka aku bangkit semula mudah - mudahan semangatku yang hampir pulih nie berjalan seperti biasa... alamak kenapa diingat kisah tu.... lupakan...

aku ingat share dengan semua mengenai serawa durian yang aku buat.... tak tahulah negeri lain... panggil apa tapi aku memanggilnya Serawa Durian yang biasanya orang Johor makan dengan pulut.... oleh kerana badan dan lama maka aku tukar pulut dengan roti. Maka Terjadilah Serawa Durian Cicah Roti... ok juga ..

Di Johor bukanlah musim durian.. tapi adalah orang menjualnya dan ada beberapa daerah seperti Batu Pahat yang terdapat banyak durian di kebun-kebun. so... maka mungkin terjadilah beberapa longgokkan durian di
Taman rumahku.  Anak-anakku semuanya tak suka .... busuk katanya... maka bondanya nie tengok je... dari jauh nak baw balik dah kena warning dengan anak ... jangan masuk dalam kereta nanti satu kereta bau durian.... Kesian kat isteriku kata suami... dia pun antu durian juga tapi oleh kerana berpantang takut Darah Tinggi menyerang dia pun takut nak makan..... maka aku pun tergoolong dalam golongan yang tak boleh makan durian mengalah dengan semua orang dalam rumah tu... ....





Yang telah siap dimakan.... Yam... yam...

Tapi entah macamana suamiku ajak aku cari durian katanya teringin nak makan dengan roti..... apalagi jom....... pusing kat taman dan pekan . akhirnya jumpa kat rumah mak ku . Beli terus .....yam-- yam---  aku pun makan 2 biji wah sedap gila.... duduk menghadap sorang2...... Bakinya aku buatlah Serawa Durian suamiku bawa kat opisnya ... aku pun bawa kat opis ku.... bising rakan-rakan yang anti durian.... ada yang tak nak masuk bilik ku....ada yang tutup hidung , ada yang hulur angan je bila nak hantar surat .....  hahahaha........ tapi apa pun orang.. nak kata  nielah rupa dan bentuknya.... kalau nak rasa nikmatnya cubalah resepiku kat bawah....

Bahannya

Isi durian ikut suka
Gula ikut banyak mana isi durian
Gula Melaka agarkan je...
santan 2 mangkuk (1 biji kelapa)
daun pandan

Cara membuatnya

Campurkan santan, gula melaka dan gula pasir dalam isi durian.. Masak atas dapur dan kacau hingga meletup dan sebati semua bahan tadi kerap kena kacau agar tidak hangit bila dan sebati rasalah dulu kalau kurang manis tambahlah gula kalau dah ok tutup api  dan boleh dihidangkan...

selamat mencuba.

Saturday, March 12, 2011

Resepi Pitachios Cheese Cake



Bahannya

Vannila sponge (5)
Cooking Base
Cruncy Layer
pistachios Creamy (7)
Cheese Filing
Pistachio Cheese

Cooking Base (1)

100 gms Choclate Cookies (Biscuit Marie)
70gms Buttermas (melted)
30 gm kismis
mix together

Crunchy Layer  (3)

30 gms White cooking choclate
10 gm Buttermas melted
15gm Walnut (chopped) 

campurkan  white choclate and buttermas bila dan cair kemudian maskukan walnut dalam mixer tadi
kacau rata tuangkan atas kertas minyak dan ratakan masukkan dala peti sejuk (semasa di lapisan 4 kena patahkan dan susun di lapisan tersebut)

Pistachio Creamy (4)
70 gm white choclate
100 UHT cream
30 gm Pistachio paste

masak secara double boiler  white choclate pour UHT and pistachio paste

Cheese Filing (2)
80 gms chese cake
80 gm Golden Peak (Freash Cream)
200 gms UHT Whiping Cream
mix well together 

Pitachio Cheese Filing (6)
200 gm Cheese Filing
Pistachio Creamy
mix together 

Assembling

lapisan  1 is Cooking Base 
lapisan  2 Cheese Filing
lapisan  3 Crunchy layer keluarkan dari peti sejuk  ( patahkan dalam saiz sedang) tabur saja atas cheese kek) - layer 2
lapisan  4 Pistachios creamy - just tuang je..
lpisan  5 vanilla sponge
lapisan  6 pistachios cheese filling
lapsan 7 pistachios Cream (optional)
sejukkan dalam 1 atau 2 jam 
keluarkan hiaslah semasa menghias jangan lupa sapu dengan deco jel dulu ..... 

Selamat mencuba ...... sorylah bahasa campur campur ...

Kelas Cheese Kek






PISTACHIOS CHEESE



DENGAR PENERANGAN...


CHOCOLATE HAZELNUT CAKE





Blueberry Cheese Kek ............ rasa sedap 



Kek Hazelnut ...... 


Ini adalah hasil gubahan  Chef masa aku pergi belajar .....


Salam hari nie aku semangat nak pergi kelas Cheese kek haha.... di C Siang Taman Uda ...berbagai-bagai Cheese dia ajar semuanya tak payah bakar masuk peti sejuk je... dan dia ajar macamna dan deko...Seronok sungguh .... . Nanati balik aku nak cuba buat.... . Tapi kena beli bahan-bahannya.... wah... teruja sungguh.. hasilnya amat memuaskan hatiku dan rakan-rakan yang lain cantikkan

Jom Lihat bahan2nya...

Cheese Cake Blueberry 

Vanilla Sponge kek dah dipotong 5mm
Cookies base
Cheese Filing
Fruit Gel (deco gel)

Untuk buat Cookies Base (A)

100 gm biskut marie ang kosong (takde minyak) hancurkan
70gm butter mas (apa butter pun boleh) cairkan
30 kismis sulatanah

bila mentega dah cair masukkan biskut marie dan kismis gaul rata
tuang dalam acuan  dan tekan dalam acuan saiz 7 "
ketepikan

Untuk buat
Cheese Filling (b)


70gm  Cheese Cake Mix
70 gm Glden Peak  (Feash Cream)
200 gm UHT Whipping Cream

campurkan semuanya dalam mixer hingga sebati dan pekat (lembut)

Untuk menyediakan kek

1. untuk lapisan pertama kita dah letakkan cookies base tadi dalam acuan 7" tadi
2. untuk lapisan kedua kita letakkan Cheese Filing tadi dalam 5 mm
3. untuk lapisan ketiga kita letakkan sponge kek yang dipotong 5mm
4. untuk lapisan ke empat letak lagi cheese filing 5mm lagi
5. sapukan atas dengan deko gel
6. lettakkan bluberry filling
Simpan dalam peti sejuk dalam 1 @ 2 jam
keluar kan dan hias

p/s semasa  hendak memgeluarkan kek ini acuan hendaklah di panaskan dengan api sekeliling agar mudah dikeluarkan ...

Selamat mencuba.

Thursday, March 10, 2011

Kek Muffin





Salam.....  malam nie aku cuba buat Muffin kek .... ada kawan minta tolong buatkan... asalnya tak nak buat ...Tapi tak sampai hati pulak.... so lepas balik dari Bengkel payroll dan HR aku balik ambil si adik (anak bongsu) ku... kononnya nak g makan dulu sbb Hubby g KL tapi... tiba2 Hubby dah sampai kat Rumah...hahahah cancel nak makan .... Balik sembahyang ... n baru g makan..... alamak teringat ada kawan nak tolong buatkan kek muffin... so inilah hasilnya... sebenarnya aku ada pergi kelas belajar buat muffin tapi teringin pulak nak cuba buat Muffin dari Resepi Badariah... Apa pun terima kasih ya Badar menjadi juga mufffin nie... malam ini je dah habis 5 biji..... maklumlah panas-panas.... Sini aku sharekan resepinya..... pada Kan Ros terima kasih ye.... maaf kalau tak sedap...




Bahannya


1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 kecil bicabonate soda (saya kurang lagi) takut terasa soda bila banyak sangat
1/4 cawan tepung coco
(ayak semua)


(bahab B)
1 cawan susu segar
3/4 cawan gula caster (1 cawan kalau nak manis)
1/3 cawan minyak makan
1 sudu kecil vanilla
1 biji telor
(gaul sebati)


Caranya


gaul sebati bahan  bahan B dan kemudian masukkan bahan A gaul hingga sebati dan rata...
Lepas tu maskkan dalam acuan . jangan penuh sangat lebih kurang 3/4 saja.
bakar dalam 180C dalam masa 20 minit...emm siap senang kan...




selamat mencuba ....