Friday, January 20, 2012

Teddy Bear Tahun B...aru Cina

lama sungguh aku tidak buat coklat .... adalah dalam setahun memang betul-betul gantung acuan... Tapi tiba-tiba rakan lamaku call minta tolong buatkan coklat Teddy Bear . Mula-mula ingat macam nak menolak... sebab semasa aku buat coklat dulu setahun yang lepas tangan dan bahuku kebas dan sakit ... hubby marah dan jangan buat lagi... masa tu tempahan memang banyak... seronok sungguh . Lupa diri asyik tido lewat malam je...

Itulah agaknya punca tangan ku kebas dan bahuku sakit... hingga nak perah santanpun tak boleh... Aku ambil keputusan tak ambil lagi tempahan coklat... Tapi bila Rima call tak sampai hati pulak .... ambil jelah lagi pun dia buat tempahan awal... ok kot... so ... nie aku tunjukkan gambar2 coklatku disamping buah limau manderin... Rasanya kalau ada orang nak lagi boleh kot tapi kena buat tempahan awal sikit...

Jom tengok gambar-gambarnya ...






Emmm comelkan...,, perassannya... apa pun terima kasih pada rakanku Rima....

Sunday, January 15, 2012

Jom Minum Petang

Petang-petang nie tak tahu nak makan apa . Lapar pulak pergi dapur ternampak pulak pisang yang dibahagi oleh bibah masa aku balik kampung.... otak pun tefikir nak buat kek pisang kalau tak terbuang aje pisang tu...

so aku pun bancuhlah sebiji kek pisang hahah.. anak2 kata mak nie apa masak kek pisang... inilah masalah aku anak-anak tak suka makan,,,, emmmmm aku pulak suka memasak dan suka buat kek ... mak lain kali buat kek coklat sedap dah lama tak buat.... baru best nielah anak2 ku suka sangat kek coklat aku dan hubby pulak tak berapa gemar... Tak apalah esok bawa gi opis... masa petang sedap je makan ... waktu tengah lapar..

Jom intai resepinya


6 biji pisang
1 biji telor
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak jagung atau minyak makan
1/2 cawan susu cair
2 sudu kecil bicabonat

caranya

lenyekkan pisang dengan gula
masukkan telor kacau lagi masukkan susu, minyak dan akhir sekali masukkan tepung dan bicabonat yang diayak dulu.

Bakar selama 1 jam dalam suhu 160 darjah... selamat mencuba tidak mengecewakan tau...


Saturday, January 7, 2012

Kuih Rengas ... Sedap tau

Resepi nie aku ambil dari Resepi Dapur Kama... Aku memang suka makan kuih nie... senang nak buat dan sedap dimakan jom intai respeinya... Kama aka minta share kat blog saya ya... untuk simpanan peribadi... Tapi anak da hubby kata manis mereka tak suka so... aku makan lah sorang2 dan sedekah kat jiran je...






Jom jeling resepinya...

Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut (yg putih) digaul sebati dengan sedikit garam & 1sdB gula (saya letak 1 1/2 cawan kelapa parut)
100ml air suam
minyak utk mengoreng



Cara-cara membuatnya:
Satukan semua bahan kecuali air, tambah air sedikit demi sedikit hingga tepung menjadi adunan.
Jika lembik tmbhkan sedikit tepung. gentel doh & bentukkan leper & sedikit bujur. (sy bentukkan bulat)
Goreng dgn api yg sederhana hingga kekuningan.
Angkat & ketepikan




Bahan untuk menyira:
1 cawan gula
1/2 cawan air

Cara membuatnya:
Cairkan gula sehingga menjadi sirap yang likat.
Masukkan kuih.
Matikan api.
Gaul rata dan sebati sehingga gula kering.
Angkat dan boleh dihidangkan

Kek Sponge Lapis Mix Fruits..

Aku nie bab mengubah memang lemah... .Apa pun harap wahidah suka... terima kasih wahidah... nanti boelh tempah lagi ya... Ini salah satu kek yang mendapat pilihan... kawanku... sedap kata mereka...




Thursday, December 29, 2011

ROTI KAK ANA

Lama tak dengar khabar berita Kak Ana sihat ke tidak akak nie mungkin dah bermenantu agaknya... Kak Ana guru yang pertama ajar aku buat roti... Memang tidak dapat aku nafikan roti dia sentiasa lembut dan segar walaupun dah semalaman.... Aku kini tidak lagi menggunakan resepinya... bukan kerana apa tapi nak dapatkan Yiss basah sekarang nie susah betul... Kalau adapun ada masanya tak menjadi ... . Walaupun aku menggunakan resepi dari Salina dan Kak Liza tapi resepi Kak Ana tiada tandingannya...







Ingin aku abadikan resepi beliau dalam blog ku

500 gm tepung gandum
100 gula pasir
9 oz air
gula dan air dimasak atas dapur agar gula tu larut dan sejukkan (suam kuku)
1 biji telur
2 sudu mentega (nak sedap guna butter)
2 sudu susu tepung
1 bungkus yiss basah
1 sudu softening ...

Air gula yang telah sejuk tadi dimasukkan dalan bekas , masukkan yis basah tadi, kacau rata, masukkan susu tepung, mentega telur kacau hingga sebati masa nie kita gunakan senduk saja ... uli dalam 20 minit.

Perap hingga naik dua kali ganda .. uli lagi dalam 15 minit... baru bentukkan bulat susun dalam loyang.. naik 2 kali gandan baru bakar sedap...

Friday, December 23, 2011

Roti Tok Mak







Geram tak tengok roti-roti nie.... akak kini tiap-tiap hari meroti... sampai anak kata emak asyik baru roti je.... nie hasil dari mesin BM ku... kini dah tak penat lagi... hasil pum wau... seronOk tengok rupa roti tu,,

Kebetulan hari ini ada kenduri so yg paling senang meroti so buatlah aku roti roti manis Tok Mat ... boleh ya tok Mak saya share kan resepinya... menjadi sungguh... rotinya...

jom intai resepinya...

ROTI MANIS, ROTI INTI SARDIN, INTI KELAPA ATAU KACANG...


1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4CWN GULA.
2 SUDU KECIL IBU ROTI@MAURIPAN .
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING.
500 GM TEPUNG GANDUM CAP SAUH.
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JER..

CARA ...
KAEDAH BREADMAKER.
MASUK AIR YG DI BANCUH DGN TELUR SUSU MANIS N SUSU TEPUNG.
MASUK TEPUNG.
MASUK GULA.
MARJERIN.
SORTENING.
LAST SEKALI IBU ROTI@YEAST.
START PUTAR SEMUA ...
INTI IKUT SUKA KACANG MERAH OR KELAPA .ROTI KOSONG PUN SODAPPP..
SELAMAT MENCUBA HINGGA BERJAYA.

ULI DALAM 15-20 MINIT
PERAP DALAM 1 JAM
TUMBUK2 BUANG ANGIN DAN BUAT BULAT2 MASUKKAN DALAM LOYANG YANG DAH DISAPU MAJAERIN
PERAP LAGI DALAM SEJAM
ATAU NAIK 2 KALI GANDA BAKAR DALAM SUHU 160 SELAMA 45 - 30 MINIT

DSH SIAP DAN BOLEH DIMAKAN...