Saturday, April 21, 2012
basic cake decoration
Suka sangat mengumpul video video pasal Deko cake...eee
Friday, April 20, 2012
ROTIKU....
Roti Manis ku..
Dari resepi kawan-kawanku dari FB yang aku ubah suai caraku... dah cuba menjadi sungguh tak keras walaupun dah sejuk... jangan putus asa kalau sekali mencuba usaha dan terus usaha insyallah akan menjadi dan tentu seronok melihat roti tu nanti...
Bahan-bahannya,,,,
500 gm tepung gandum
100 gm gula caster
1sd bread improver
20 gm susu tepung
1 biji telur
4 sudu teh yiss
220 air
40 gm shoftening
40 gm mentega
sedikit garam
Cara memmbuatnya
masukkan tepung gandum , gula, bread improver, susu tepung, yiss mentega, softening, garam gaul rata dengan hujung jari... hingga semua bahan sebati... buat bulat tengah masukkan telur... gaul lagi akhir sekali masukkan air... masa ini saya menggunakan mixer ,, selama 20 minit... guna tangan pun boleh.... adunan agak lembik sedikit... jgn risau teruskan aje hingga sebati dan doh menjadi lembut dan sekata...
Perap lebih kurang dalam 45 minit atau naik dua kali ganda... lepas itu tumbuk2 untuk buang angin... buat bulat-bulat dan susun dalam loyang ... perap lagi dalam 30 minit atau nai sekali ganda dan bakar dalam suhu 160 atau hingga masak... cubalah...
Sunday, April 15, 2012
Spagethi Goreng Syahdu..
Spagethi Goreng Syahdu..
Dah tak tahu nak masak apa ... intai-intai ternampak spagethi dalam almari ... terfikir pulak... petang-petang nie makan spagethi goreng sedap agaknya...
lagi pun petang nie cuaca amat baik sekali syahdu je.... tak panas tak hujan... Perut pun berbunyi je... maklumlah tengahari tak makan, pagi tadi hanya makan lontong kering yang dibeli Hubby... so cepatlah lapar....Itu yang mengelarkan Spagethi Syahdu ... . Kebetulan aku memang hantu makan spagethi... . apa lagi siap sembahyang zohor, kami sekeluarga duduk makan,makanan yang dihidangkan bersama Piza, keropok goreng dan air limau sunquick...
makan teringat anak kat Pahang... nanti kakak balik kita buat makan-makan ya... sabar je... lah..
lagi pun petang nie cuaca amat baik sekali syahdu je.... tak panas tak hujan... Perut pun berbunyi je... maklumlah tengahari tak makan, pagi tadi hanya makan lontong kering yang dibeli Hubby... so cepatlah lapar....Itu yang mengelarkan Spagethi Syahdu ... . Kebetulan aku memang hantu makan spagethi... . apa lagi siap sembahyang zohor, kami sekeluarga duduk makan,makanan yang dihidangkan bersama Piza, keropok goreng dan air limau sunquick...
makan teringat anak kat Pahang... nanti kakak balik kita buat makan-makan ya... sabar je... lah..
Piza ... Simple..
Anak ku yang bongsu asyhik bertanya emak bila nak buat Piza.. adik lama tak makan... Aku cakap kita tunggu kakak balik bercuti nanti baru buat atau makan kat Piza huts ... Tapi dia asyhik suruh je... so semalam dia tanya lagi mak buat ye.... so tak sampai hati pulak... So terjadi nya Piza ku yang tak seberapa indah nie... .. Tengan nak bancuh kak dia kat Lipis call mak akak lapar kantin tutup... kesian juga tapi nak buat macam mana bukannya dekat Lipis dengan JB .Kalau kirim makanan basi je... So kakak itu lah dugaan anak perantau ... makan dan minum kena urus sendiri... Perkara semua itu akan menjadi kenangan manis untuk masa-masa akan datang.
harap kak Aqma tak marah ya .. tengok gambar Piza yg tidak seberapa nie...
Habis sepinggan tak tinggal sekeping pun...
Jom Intai Resepinya (Resepi dari dek_ma) Mohon share ya..)
Mudah dan senang dibuat...
300gm tepung gandum
10 gm gula halus
170 gm air
20 gm majerin
6 gm yiss kering (mauripan)
14 sudu kecil garam (ikut rasa)
1 sudu teh bread improver (optional)
1 camca teh softening
Cara membuatnya
(nie resepi dari Dek_ma Blog Resepi minggu ini)
harap kak Aqma tak marah ya .. tengok gambar Piza yg tidak seberapa nie...
Habis sepinggan tak tinggal sekeping pun...
Jom Intai Resepinya (Resepi dari dek_ma) Mohon share ya..)
Mudah dan senang dibuat...
300gm tepung gandum
10 gm gula halus
170 gm air
20 gm majerin
6 gm yiss kering (mauripan)
14 sudu kecil garam (ikut rasa)
1 sudu teh bread improver (optional)
1 camca teh softening
Cara membuatnya
masukkan tepung gandum dalam bekas , masukkan yis, gula, majerin,garam, gaul rata dengan hujung2 jari, masukkan bread softener gaul lagi ... gunakan mesin dan masukkan air dan gaul rata,,, kalau tak de mesin guna tangan pun boleh.... gaul sebati... hingga tidak melekat di jari... lebih kurang dalam 20 minit... biarkan dalam 45 minit atau adunan naik 2 kali ganda . Tumbuk2 agar angin adunan tu hilang . siap untuk di uli menjadi bentuk piza.
Untuk toping nya bolehlah ikut kesukaan sendiri saya hanya gunakan
tomato sos untuk toping
Maryonis Sardin
Sosej Ayam
Cheese parut
Tomato biji cincang halus
bawang cincang halus
lada sulah
sayur campur
kesemua bahan2 nie tabur atas piza dan bakar ...
(nie resepi dari Dek_ma Blog Resepi minggu ini)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya
atau boleh guna resepi ini juga
Piza Edisi lain
·
300 gm tepung gandum
·
200 ml air
·
15 gm gula
·
4 gm yis (1 1/2 sudu teh)
·
25 gm shortening
·
1 sudu teh garam
·
1 sudu makan susu tepung
1 1 sudu makan bread Improver ( biasanya doh akan menjadi lembut walaupun sejuk)
Cara-Cara:-
·
Masukkan tepung, shortening, garam, gula, susu tepung , bread improver dalam bekas atau mangkuk mixer ramas-ramas dengan hujung jari jari hingga menjadi adunan yang berderai bila dan sebati semua bahan tadi On mixer dan masukkan air tadi. Mixer hingga tidak melekat atau adunan menjadi sebati. Biasanya doh agak lembik sedikit (biarkan jangan tambah tepung). Peram dalam 45 minit
·
Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh. Biarkan 10 minit. Kemudian
canaikan doh semasa ini boleh taburkan tepung di papan canai untuk memudahkan di masukkan ke dalam pizza pan atau loyang Cucuk2 dengan garfu...
Untuk Filling:
·
1/2 biji bawang holand-didadu
·
2 ulas bawang ptih-didadu
·
1 cawan ayam cincang (maaf family tak makan daginh kalau nak letak boleh je)
·
2 batang sosej-
·
1/2 cawan sos tomato Prego (Sos Spagetti )
·
Sedikit serbuk lada hitam
·
Sedikit Oregano
·
1 sudu besar minyak makan
·
Garam dan gula secukup rasa
·
Keju Mozarella secukupnya....lagi banyak lagi sedap..
·
Sos Tomato-untuk sapuan di atas piza... yum..
Cara2:
·
Panaskan mentega @ minyak masak tumis bawang dan
bawang putih hingga wangi..
·
Masukkan ayam ,masukkan sedikit air...masak hingga ayam empuk empuk..
·
Masukkan sos prego, garam dan gula secukup rasa...bila agak
pekat boleh la dianggakat..
· tuangkan inti dan ratakan ke
keseluruhan pizza, yang telah di sapu sos tomato susun sosej,taburkan sos lada hitam dan oregano...kemudian
taburkan Mozarella cheese dan bakar lebih kurang 12-15 minit ....Sedap dimakan panass... yum
Saya dan buat kedua-dua resepi... ini
Akir kata sedap mak..... Tapi aku kata macam tak sedap je....
Akir kata sedap mak..... Tapi aku kata macam tak sedap je....
Saturday, April 14, 2012
Kelas kek dengan Chef Azie
Ha... best sungguh dapat berpeluang belajar membuat kek dengan Azie ... . Walaupun nampak pendiam.. tapi beliau tak lokek ilmu setiap pertanyaan dijawab dengan jujur sekali. Walaupun aku ne bolehlah... (ee perasan pulak) buat kek sendiri tapi dengan pergi kelasnya banyak tip-tip yang aku pelajari. So dapat kawan-kawan baru... Leena(cimb). zaimah yang memang berniaga kek. Kalai yang nak menyambut Deepavali enjoy sungguh... mudah- mudahan kita akan dapat berhubung terus dan pergi kelas bersama-sama.
hari itu. aku belajar 4 jenis kek... paling sedap kek chochlate moise dengan ganage... diikuti dengan Kek Butter Cream. kek kukus dan Kek Choclate Brownies... semuanya sedap- sedap... nanti dapatlah aku buat masa Hari Raya haji... saja tunujk bakat... so... dah pergi kelas nie adalah confident kalau nak ambil tempahan ... hahaha... ye... ke..... kalau setakat s biji dua bolehlah...
jom tengok gambar-gambar kelas yang aku hadiri
Nie aku dan rakan-rakan dan Azie ..
nie gamabr kek yang aku belajar

Kek oh... kek
Tanggal 14 April 2012....
Anak saudaraku Uda melangsungkan pertunangannya dalam suasana yang amat meriah dengan cuaca yang ribut, petir sabung-menyabung... Hai Uda kuat makan belacan ke awak nie... Pihak lelaki tersangkut hampir sejam di jalan raya akibat jam yang teruk... Namun allahdulillah... semuanya berjalan dengan lancar dan diberkati allah... majlis akan diadakan pada bulan 11 nanti.... aduh tahun nie hampir 6 majlis kahwin saudara terdekat akan berlangsung... hahah... apa nak buat dah jodoh mereka tahun nie... kami saudara mara turut gembira dan dah mula-mula menghitung hari dan terbayang kepenatannya... apapun inilah masa ntuk berkumpul dan berjumpa saudara mara jauh....
Berbalik pada majlis pertunangan Uda .. aku ini kononnya nak bagi dia sebiji kek ... dan door gift apam dot-dot... Tapi sedih kek gubahan ku tak beapa menjadi... maklumlah aku nie dari dulu mendeco mesti kaku macam kayu... Kesiannya tengok kek tu...
JOM INTAI KEK KU INI ...
![]() |
apam pokodot... maaf gambar tak jelas...
Aku harap uda terima kek tu seadanya... . Aku nie jarang buat kek nampaknya kenalah praktis banyak kali Apa pun Selamat Bertunang Uda... dan pasangannya Fathli..... (betol ke namanya) ...
Wednesday, April 11, 2012
Roti ooo Roti ... sedapnya...
Air Tanganku..
Dah lama berangan nak buat roti nie... haha bila terpandang kat web utm... apa lagi... aku pun daftar dan nak jadi peserta kelas roti... selamanya ini aku asyik je buat roti manis teringin nak cuba buat sosej ... cenamon..dan yang lain-lain...
So peluang yang ada tak disia-siakan... Dapat pula Chef Amy yang sporting... dan amat peramah tak lokek ilmu dan kami enjoy semasa kelas beliau.. jom intai-intai gambar aku semasa di kelas .... aku dan ina (adik iparku) telah buat chef amy usik kami siapa yang banting kuat-kuat tu... ..ha hahahah gelak kami dibuatnya... Roti Cenamon yang paling aku suka... memang sedap ...
Inilah Chef Amy... beliau ada kedai di pasir gudang dan ada beberapa kelas yang di buka untuk sesiapa yang berminat...
semangat betul haslina nie... hahah nie adik iparku... kacau jangan tak kacau.. ya ina ,,, jangan banting-banting lagi.... Semuga jumpa lgi Chef Amy dan rakan-rakan lain semuanya sproting dan best .....
Inilah Chef Amy... beliau ada kedai di pasir gudang dan ada beberapa kelas yang di buka untuk sesiapa yang berminat...
semangat betul haslina nie... hahah nie adik iparku... kacau jangan tak kacau.. ya ina ,,, jangan banting-banting lagi.... Semuga jumpa lgi Chef Amy dan rakan-rakan lain semuanya sproting dan best .....
Subscribe to:
Posts (Atom)
















