Sunday, April 22, 2012

ROJAK BUAH

Air Tanganku..

Hari ini aku dikunjungi oleh Abang Iparku dari Tangkak.... Kepala mulalah merangka apa nak masak ya... Lagipun mereka baru bagi tahu pukul 11.00 pagi... alamak lauk tak de... ... Pasarpun dah  kehabisan sayur agaknya... Intai-intai.... terpandang kuah rojak yang aku baru buat tadi konon nak simpan kalau nak makan senang je... Hahah...  aku buatlah Rojak buah... sup ayam... sambal sotong dan kangkung goreng... nampaknya itu je yang ada ,, mudah-mudahan abang iparku dan family... bepuashati hidangan yang aku sediakan...

Rojak ku biasanya mendapat pujian dari saudara-mara atau pun kenalan ku sedap katanya.... Mungkin kot... aku pun tak pasti tapi aku memamg pengemar rojak...

Jom Intai Rojakku..



yummmm 



Bahan2 nya semua aku agak-agak je tiada sukatan yang betul..



Aku letak Kacang tanah yang dah di tumbuk ,,, aku beli je kat kedai..dah siap dah... aku letak cili padi dan bawang putih ( blender kedua-duanya) , aku letak perahan limau kasturi, jus sunquick, garam, gula . kicap dan kuah rojak buah-buahan bancuh kesemuanya... kacau dan rasa ikut citarasa sendiri... biasanya kuahku ini agak pekat sedikit.....  Ok Siap....

 So dah  boleh lah pelbagaikan kalau suka  buat Rojak Buah...  letak je... buahan yang sesuai atau Rojak Sayur...yang letak kangkung, tauhu, tauge, timun, nenas, sengkuang. dll... Ikut citarasa sendiri... Aku rojak buah.... 

Cubalah memang sedap....hahahahh


Friday, April 20, 2012

ROTIKU....







Roti Manis ku.. 

Dari resepi kawan-kawanku dari FB yang aku ubah suai caraku... dah cuba menjadi sungguh tak keras walaupun dah sejuk... jangan putus asa kalau sekali mencuba usaha dan terus usaha insyallah akan menjadi dan tentu seronok melihat roti tu nanti... 

Bahan-bahannya,,,,

500 gm tepung gandum
100 gm gula caster
1sd bread improver
20 gm susu tepung
1 biji telur
4 sudu teh yiss
220 air
40 gm shoftening
40 gm mentega
sedikit garam

Cara memmbuatnya

masukkan tepung gandum , gula, bread improver, susu tepung, yiss mentega, softening, garam gaul rata dengan hujung jari... hingga semua bahan sebati... buat bulat tengah masukkan telur... gaul lagi  akhir sekali masukkan air... masa ini saya menggunakan mixer ,, selama 20 minit... guna tangan pun boleh.... adunan agak lembik sedikit... jgn risau teruskan aje hingga sebati dan doh menjadi lembut dan sekata...

Perap lebih kurang dalam 45 minit atau naik dua kali ganda... lepas itu tumbuk2 untuk buang angin... buat bulat-bulat dan susun dalam loyang ... perap lagi dalam 30 minit atau nai sekali ganda dan bakar dalam suhu 160 atau hingga masak... cubalah... 

Sunday, April 15, 2012

Spagethi Goreng Syahdu..

Spagethi Goreng Syahdu..



Dah tak tahu nak masak apa ... intai-intai ternampak spagethi dalam almari ... terfikir pulak... petang-petang nie makan spagethi goreng sedap agaknya...

lagi pun petang nie cuaca amat baik sekali syahdu je.... tak panas tak hujan... Perut pun berbunyi je... maklumlah tengahari tak makan, pagi tadi hanya makan lontong kering yang dibeli Hubby... so cepatlah  lapar....Itu yang mengelarkan Spagethi Syahdu ... . Kebetulan aku memang hantu makan spagethi... . apa lagi siap sembahyang zohor, kami sekeluarga duduk makan,makanan yang dihidangkan bersama Piza, keropok goreng dan air limau sunquick...

makan teringat anak kat Pahang... nanti kakak balik kita buat makan-makan ya... sabar je... lah..


Piza ... Simple..

Anak ku yang bongsu asyhik bertanya emak bila nak buat Piza.. adik lama tak makan... Aku cakap kita tunggu kakak balik bercuti nanti baru buat atau makan kat Piza huts ... Tapi dia asyhik suruh je... so semalam dia tanya lagi mak buat ye.... so tak sampai hati pulak... So terjadi nya Piza ku yang tak seberapa indah nie... .. Tengan nak bancuh kak dia kat Lipis call mak akak lapar kantin tutup... kesian juga tapi nak buat macam mana bukannya dekat Lipis dengan JB .Kalau kirim makanan basi je... So kakak itu lah dugaan anak perantau ... makan dan minum kena urus sendiri... Perkara semua itu akan menjadi kenangan manis untuk masa-masa akan datang.

harap kak Aqma tak marah ya .. tengok gambar Piza yg tidak seberapa nie...


Habis sepinggan tak tinggal sekeping pun...


Jom Intai Resepinya (Resepi dari  dek_ma) Mohon share ya..)
Mudah dan senang dibuat...


300gm tepung gandum
10 gm gula halus
170 gm air
20 gm majerin
6 gm yiss kering (mauripan)
14 sudu kecil garam (ikut rasa)
1  sudu teh  bread improver (optional)
1 camca teh softening 


Cara membuatnya
masukkan tepung gandum dalam bekas , masukkan yis, gula, majerin,garam,  gaul rata dengan hujung2 jari, masukkan bread softener gaul lagi ... gunakan mesin dan masukkan air dan gaul rata,,, kalau tak de mesin guna tangan pun boleh.... gaul sebati... hingga tidak melekat di jari... lebih kurang dalam 20 minit... biarkan  dalam 45 minit atau adunan naik 2 kali ganda . Tumbuk2 agar angin adunan tu hilang . siap untuk di uli menjadi bentuk piza.  


Untuk toping nya bolehlah ikut kesukaan sendiri saya hanya gunakan 



tomato sos untuk toping
Maryonis Sardin
Sosej Ayam
Cheese parut
Tomato biji cincang halus
bawang cincang halus
lada sulah 
sayur campur
kesemua bahan2 nie tabur atas piza dan bakar ...


(nie resepi dari Dek_ma Blog Resepi minggu ini)



3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya


atau boleh guna resepi ini juga

Piza Edisi lain


·         300 gm tepung gandum 
·         200 ml air
·         15 gm gula
·         4 gm yis (1 1/2 sudu teh)
·         25 gm shortening
·         1 sudu teh garam
·         1 sudu makan susu tepung
1         1 sudu makan bread Improver ( biasanya doh akan menjadi lembut walaupun sejuk)

Cara-Cara:-
·         Masukkan tepung, shortening, garam, gula, susu tepung , bread improver dalam bekas atau mangkuk mixer  ramas-ramas dengan hujung jari jari hingga menjadi adunan yang berderai  bila dan sebati semua bahan tadi On mixer dan masukkan air tadi. Mixer hingga tidak melekat atau adunan menjadi sebati. Biasanya doh agak lembik sedikit (biarkan jangan tambah tepung). Peram dalam 45 minit 

·         Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh. Biarkan 10 minit. Kemudian canaikan doh semasa ini boleh taburkan tepung di papan canai untuk memudahkan di masukkan ke dalam pizza pan atau loyang  Cucuk2 dengan garfu...

Untuk Filling:
·         1/2 biji bawang holand-didadu
·         2 ulas bawang ptih-didadu
·         1 cawan ayam cincang (maaf family tak makan daginh kalau nak letak  boleh je) 
·         2 batang sosej-
·         1/2 cawan sos tomato Prego (Sos Spagetti )
·         Sedikit serbuk lada hitam
·         Sedikit Oregano
·         1 sudu besar minyak makan 
·         Garam dan gula secukup rasa
·         Keju Mozarella secukupnya....lagi banyak lagi sedap..
·         Sos Tomato-untuk sapuan di atas piza... yum..

Cara2:
·         Panaskan mentega @ minyak masak  tumis bawang  dan bawang putih hingga wangi..
·         Masukkan ayam  ,masukkan sedikit air...masak hingga ayam empuk  empuk..
·         Masukkan sos prego, garam dan gula secukup rasa...bila agak pekat boleh la dianggakat..
·       tuangkan inti dan ratakan ke keseluruhan pizza, yang telah di sapu sos tomato susun sosej,taburkan sos lada hitam dan oregano...kemudian taburkan Mozarella cheese dan bakar lebih kurang 12-15 minit ....Sedap dimakan panass... yum 


Saya dan buat kedua-dua resepi... ini  


Akir kata sedap mak..... Tapi aku kata macam tak sedap je.... 

Saturday, April 14, 2012

Kelas kek dengan Chef Azie



Ha... best sungguh dapat berpeluang belajar membuat kek dengan Azie ... . Walaupun nampak pendiam.. tapi beliau tak lokek ilmu setiap pertanyaan dijawab dengan jujur sekali. Walaupun aku ne bolehlah... (ee perasan pulak) buat kek sendiri tapi dengan pergi kelasnya banyak tip-tip yang aku pelajari. So dapat kawan-kawan baru... Leena(cimb). zaimah yang memang berniaga kek. Kalai yang nak menyambut Deepavali enjoy sungguh... mudah- mudahan kita akan dapat berhubung terus dan pergi kelas bersama-sama.

hari itu. aku belajar 4 jenis kek... paling sedap kek chochlate moise dengan ganage... diikuti dengan Kek Butter Cream. kek kukus dan Kek Choclate Brownies... semuanya sedap- sedap... nanti dapatlah aku buat masa Hari Raya haji... saja tunujk bakat... so... dah pergi kelas nie adalah confident kalau nak ambil tempahan ... hahaha... ye... ke..... kalau setakat s biji dua bolehlah...

jom tengok gambar-gambar kelas yang aku hadiri


Nie aku dan rakan-rakan dan Azie ..




nie gamabr kek yang aku belajar





Choclate moist