Sunday, July 22, 2012

Fruit Cake dari Sabariah


Sabariah Bahasar tuan punya resepi






FRUIT CAKE 






A: 1 1/2 cawan gula
2 kotak mix fruit
1/2 suduteh rempah kuih
2 1/2 sudubesar oren sunquick
375g marjerin/mentega [1 1/2 potong]
1 1/2 suduteh bikarbonat soda
1 1/2 suduteh nescafe
1 1/4 cawan air
Rebus kesemuanya selama 10 minit dgn api perlahan. Sejukkan

6 biji telur
1 3/4 suduteh baking powder
2 3/4 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga naik
Campurkan kedalam rebusan tadi dan kemudian lipatkan tepung yg telah diayak dgn baking powder kedalamnya.
Gaul sebati dan tuangkan kedalam loyang berlengser
Bakar selama 1 1/2 jam








Terima kasih kak sabariah kerana sudi share reepi nie kat FB... izinkan saya abadikan dalam blog ya..... suka tengok kek ini...

Saturday, July 21, 2012

AIR MATA SYAWAL - SITI NURHALIZA



Air Tanganku..

Biskut Sarang Semut

Ini adalah percubaan pertamaku untuk membuat Biskut Sarang Semut.. ini pun kerana anak lelaki ku nak makan mungkin tertarik melihat coklat rice tu.. dia nie bab makan memang payah ... oleh kerana biskut nie kosong dan ditabur denan coklat rice so... bolehlah dia makan.... Terima kasih pada pemberi resepi nie di FB  dah ku cuba menjadi...   Shahizan Mohamad Said hahahaaa lepas nie biskut apa pulak ya..... nak mencuba...  Aku nie kalau duduk diam alamak tidolah so...daripada tido jom... buat biskut apa yang patut.... 

Jom baca-baca resepinya...


Bahan-bahannya 

1 cwn planta
3/4 cwn gula kastor
1 cwn tpg kastad
tepung gandum...ikut lembut
coklat rice secukupnyer

pukul planta dan gula hingga kembang
masukkan tpg kastad...
gaul rata...
masukkan pula tpg gandum..agak2 x lekat kat tgn...

parutkan adunan tadi ...dan masukkan dlm paper cup...hias dgn coklat rice...
siap atau manik warna-warni pun lawa 








 ini yang dibuat oleh .. Shahizan Mohamad Said 


BIS

CAKOI

CAKOI ...resepi   DARI rAKAN KU DI fb cHAH rAMLAH boleh ya saya paparkan di blog saya ... saya akan cuba dan tunjuk gambarnya nanti...


CAKOI... makanan anak lelaki ku.. biasanya setiap petang kalau dia duduk rumah nenek dia , pasti dia akan beli di warung kat kawasan taman sri pulai... sedap katanya.... Ini bila dah jumpa resepi aku nak cuba buat...harap-harap menjadilah...



BAHAN-BAHANNYA:-

1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 sudu kecil instant yeast( mauripan)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil ammonia @ NUTRE POWDER
minyak untuk menggoreng..

Cara-caranya:-
Satukan semua bahan-bahan dan uli seperti membuat roti. @ pun guna bread maker. sehingga menjadi sebuku doh. Biarkan naik selama 45 minit.
Taburkan tepung keatas papan canai, c
-ratakan ngan tangan.biar jadi 1 cm tinggi & 5-6mm tebal..potong setebal 2-2.5 cm..biar rehat selama10-15 minit lagi..
-panas minyak untuk menggoreng dengan api kecil..ambil sekepingdoh, bubuh sedikit air diatas doh..letak sekeping doh lagi diatas doh tadi..tekan ditengahnye dengan lidi sate..
-pegang kedua2 hujung & tarik perlahan2, biar jadi 15-20 cm panjang & terus masuk kedalam minyak panas.. kacau skit apabila ia dah timbul kt permukaan minyak supaya ia jadi lebih kembang..goreng hingga kuning keemas





ini  gambar dari Chah Ramlah.... nanti aku tayang gambar ku pulak ya..... sabar-sabar... eeeee

Thursday, July 19, 2012

Kek mable







Minggu nie aku banyak menyimpan resepi rakan-rakan dari FB .. suka sangat tengok resepi mereka.. sedap-sedap... cantik-cantik... dan lawa-lawa.... kalau tak simpan dalam blog ku rugi pulak sebab bila nak cari balik susah nak ingat kat rakan FB yang mana ...tu yang aku simpan untuk kenangan dalam blogku. harap rakan di FB tak marah ya... sekiranya ada yang tidak membenarkan aku akan delete kan... terus dari blogku... Semuga ilmu yang diberi akan mendapat ganjaran dari allah swt.... 



Alamak membebel pulak... Ini adalah salah satu dari resepi rakan-rakanku...



Kek Marble 

Bahan-bahan:-

250 g butter
250g gula castor
250g tepung gandum -(ayak ngan baking powder)
1 sudu teh baking powder
3 biji telor
1 sudu besar serbuk koko/choc emulco
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:-
Pukul butter ngan gula sampai kembang.
Masukkan telur 1 persatu..masukka esen vanilla..
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum
Asingkan kpd 2 bhgn-1 bhgn warna asal..1 bhgn lg dicampurkan ngan serbuk koko (gaul sehingga rata)
Masukkan dlm loyang..selang-selikan adunan tersebut.
Bakar suhu 160'- 45minit-hingga masak (bergantung pd oven masing2)





 ini resepi ciptaan Suriani.... 





 
Suriani Osman terima kasih ya.. harap dapat halalkan resepi nie.... 

Sunday, July 15, 2012

Kek marble Horlick - Rohaimi Ahmad

Kek Marble Horlick

Bahan2nya:
250g mentega
180g gula halus
4 biji telur}A
250g tepung gandum
100g horlick
50g susu cair
1sudu kfc baking powder
2sb serbuk koko

Cara2nya:
-pukul gula dn mentega sehingga kembang
-masukkan telur 1 per1~putar
-masukkan tepung dn baking powder~putar
-masukkan susu cair~putar


-masukkan horlick~putar
-bhgikan kepada 2 bhgn
-1 bhgn adunan asal
-1 bhgn adunan dicmpur dgn serbuk koko
-sediakan loyang 8inci n apa yg ada kt rmh...hentam aje
-masukkan adunan berselang-seli sehinga habis...larutkan dgn lidi
-bakar pada suhu 150-180'c selama 45min-1jam sehingga masak!

Rohaimi Ahmad

Nie gambar tuannya..

Resepi dari Bonda

Cantik kan Biskut nie ... kalau dalam FB sedang dilanda Tsunami Biskut Semperit nie... Ramai yang mencuba dan dan mencuba ... saya juga akan mencuba nanti dah jadi saya akan taqkan gambar saya pula... Oleh kerana berkenan kat hari saya pun jadi kolesi  dalam blog nie harap dihalalkan oleh bonda...


BISKUT DAHLIA

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
75 gm tepung jagung
125 gm tepung kastad
175 gm tepung gandum
ceri merah/ coklat chip sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.